BAB 4

9 2 0
                                    

"Adik, nanti adik balik dengan kak Sandra dan abang Eriq tau." Pesan Ezril, abangnya yang kedua kepada Ayralissa.

     "Ok." Kata Ayralissa dengan manja sambil membuat isyarat ok menggunakan jarinya.

     "Abang pergi dulu." Kata Ezril lalu membetulkan beg sandangnya. Selepas bersalaman dan mencium dahi adiknya, barulah Ayralissa masuk ke dalam kawasan sekolahnya. Dia terus pergi apabila melihat senyuman manis Ayralissa. Enjin motornya dihidupkan lalu dia pun pergi ke sekolahnya.

     "Assalamualaikum." Kata Ayralissa dengan kuat kepada sahabatnya, Firash. Dia sengaja muncul dari belakang untuk membuat Firash terkejut.

     Buku yang sedang dipegang oleh Firash pun terlepas. Firash terus menjelingnya dengan tajam sambil membetulkan kedudukan kaca matanya. "Waalaikummussalam. Kau ni kan..." Firash menahan rasa geramnya.

     "Hehehe... Aku tahu. Kau tak cakap pun aku dah tahu. Kau nak cakap aku cantik kan? Aku tahu memang aku ni cantik pun." Kata Ayralissa dengan nada suara yang cukup perasan membuatkan Firash terus membuat muka hendak muntah di hadapannya.

     "Eh masuk bakul angkat sendiri betulla kau ni. Tak habis-habis nak perasan cantik." Kata Isyraf yang tiba-tiba muncul di situ.

    "Mana ada aku perasan. Dah memang kenyataan. Nak buat macam mana lagi." Jawapan Ayralissa itu membuatkan kedua-dua budak lelaki di hadapannya menggelengkan kepalanya.

     "Kau ni kan, kan cikgu Suzanne dah pesan. Tak baik perasan sangat. When Allah give something to us and we love it so much, we should say Alhamdulillah. And whenever, Allah take it back or give us something bad until we couldn't accept it, say Astarghfirullahhal'azim. Bukannya angkat ekor macam kau ni." Kata Firash sambil mengambil buku komiknya yang terjatuh tadi.

     "Ok. I'm so sorry. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku wajah yang cantik dan dua orang kawan yang baik macam Firash dan Isyraf. Amin." Kata Ayralissa sambil tersenyum.

     "Amin." Jawab Firash dan Isyraf serentak.

Waktu persekolahan sudah berakhir pada waktu tengah hari itu, Ayralissa mengorak langkah keluar dari kawasan sekolahnya lalu berjalan sendirian menuju ke sekolah tadika Casssandra.

    Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam berkilat berhenti di hadapannya. Pintu kereta di bahagian belakang dibuka menunjukkan seorang lelaki yang hampir sebaya dengan papa angkat Ayralissa berada di dalamnya.

     "Ayralissa." Panggil Dato' Richard sambil tersenyum ke arah anak gadisnya itu.

    Ayralissa hanya melihat ke arah lelaki itu sebelum dia turut membalas senyuman lelaki itu. Entahlah. Dia terasa dekat dengan lelaki itu. Wajah lelaki itu terasa cukup familiar.

    "Silakan naik, cik Ayralissa." Pelawa Huzair kepada Ayralissa. Geram dia melihat wajah comel anak majikannya itu. Rasa macam nak ditarik-tarik pipi comel itu.

    Dengan penuh rasa ingin tahu, Ayralissa pun menaiki kereta itu dan duduk di sebelah lelaki itu.

    "Ayralissa sihat?" Tanya Dato' Richard yang masih tidak puas melihat wajah anak gadisnya itu.

      "Sihat? Macam mana pak cik tahu nama Ai?" Tanya Ayralissa.

     Saat itu, kereta sudah pun bergerak meninggalkan kawasan itu.

      "Mestilah tahu. Ayralissa kan anak daddy." Kata Dato' Richard membuatkan Ayralissa mengerutkan dahinya.

     "Anak daddy? Bukanlah. Ai bukan anak pak cik. Ai anak papa dengan mama." Kata Ai membuatkan Dato' Richard ketawa.

Give me your loveWhere stories live. Discover now