BAB 7

6 1 0
                                    

Hari ini Ayralissa akan pergi ke rumah daddynya, Dato' Richard dijemput oleh Uncle Furqan dan Uncle Huzair. Seawal pukul 7 pagi lagi dia sudah mandi dan bersiap tanpa  mempedulikan pandangan aneh dari keluarganya.

        Sebuah gaun berwarna hijau muda bercampur warna kuning kelihatan sesuai dipakai olehnya. Rambutnya yang berwarna perang telah ditocang dua oleh abang Ezril menyerlahkan kecantikannya.

        "Nak pergi mana ni, Ai?" Tanya Elthaan seakan-akan mewakili pertanyaan semua ahli keluarganya apabila melihat Ayralissa bersiap awal pagi hari itu dan sedang menikmati roti sandwich yang dibuat oleh mamanya di ruang tamu.

       "Nak pergi rumah abang Aryan." Jawab Ayralissa dengan selamba membuatkan mereka semua mengerutkan dahi manakala Encik Faiq sudah menepuk dahinya sendiri.

      "Aduh, anak dara aku ni. Asal bagi tahu nak pergi mana. Camne la nak lepas dari bini aku ni?" Kata Encik Faiq di dalam hati.

      "Who is Aryan?" Tanya Eriq ingin tahu.

       Edzard, anak Encik Faiq yang ketiga turut tertanya-tanya siapakah Aryan. Selalunya Ayralissa akan memberitahu siapa kawan-kawannya walaupun tidak ditanya. Namun Aryan, this is the first time he heard about that name.

       Belum sempat Ayralissa menjawab, kedengaran bunyi loceng rumah menyelamatkan keadaan. "Tu mesti abang Aryan." Ayralissa terus berlalu ke ruang depan rumahnya sambil memegang roti sandwich.

       "Adik.. wait." Ezril turut mengikuti Ayralissa.

       "Abang, do you know who is Aryan?" Tanya Puan Qaisara sambil meneguk air jamu jelitanya. Nak cantik jelita lah katakan. Wajah kacak suaminya dipandang sekilas. Nak kata dia peduli sangat tentang Ayralissa, pagi semalam dia baru sahaja mencubit dan merotan Ayralissa kerana tidak membersihkan halaman rumah daripada daun-daun kering. Mujurlah suaminya tiada di rumah waktu itu. Nak harapkan Cassandra, hurm... membuta la jawabnya. Selagi matahari tak tegak atas kepala, belum tentu dia nak bangun. Dia hanya takut jika Ayralissa memberitahu sesiapa tentang semalam.

       "Oh, Aryan. Well, dia tu anak kawan abang." Ujar Encik Faiq sambil berusaha selamba mungkin di depan isterinya. Mee goreng di dalam pinggan terus dimakan tanpa menghiraukan kerlingan maut isterinya.

       Sementara itu, senyuman Ayralissa terus melebar apabila melihat abang kandungnya bersama Uncle Huzair dan Uncle Furqan ada di depan rumahnya.

       "Adik.." Ezril terus terdiam melihat seorang budak lelaki dalam lingkungan 8 tahun bersama dua orang lelaki memakai pakaian formal berwarna hitam. Adik beradiknya yang lain kecuali Cassandra dan Luq'ai turut terkejut melihat mereka bertiga.

       "Hai.. Erm.. Uncle nak bawak Ayralissa pergi jalan-jalan boleh?" Tanya Uncle Huzair dengan berhati-hati. Meskipun dia lebih tua daripada adik beradik angkat Ayralissa, dia tetap menghormati mereka sebagai tuan rumah. Tambahan pula, jika dilihat pada saiz badan Elthaan, Ezril dan Edzard, tak mustahil tak terasa sakit kena sebiji dua.

      "Uncle ni sape?" Tanya Elthaan mewakili adik beradiknya yang lain. Perwatakannya yang kelihatan tegas dan dingin itu membuatkan sesiapa saja yang melihatnya akan berasa agak takut dan gementar. Berbeza dengan Ezril dan Eriq kerana perwatakan dua orang remaja menyenangkan namun tak bermakna senang dipermainkan. Edzard... hurm.. lebih terikut jejak langkah Elthaan. Hanya saja Edzard lebih ego.

      "Uncle ni penjaga Aryan. Kamu boleh panggil uncle, Uncle Huzair. And, this is my friend, Uncle Furqan. Don,t worry, uncle berdua ni bawahan pada Daddy Aryan." Kata Uncle Huzair. Perwatakannya yang humble itu membuatkan sedikit sebanyak membuat orang menghormatinya.

Give me your loveWhere stories live. Discover now