BAB 17

4 1 0
                                    

Aariz menatap ke arah Ayralissa yang tertidur lena di sisinya. Mereka berdua sedang berada di dalam jet peribadinya menuju ke London. Tadi mereka terus berangkat ke London setelah Ayralissa selesai menikmati makan malamnya yang sudah dicampur ubat tidur. Dia tidak mahu Ayralissa terjaga di dalam perjalanan dan menangis tidak mahu mengikutnya.

       "Abang janji akan selalu ada di sisi Airis macam dulu-dulu. Tak akan ada sesiapa pun boleh pisahkan keluarga kita lagi." Dia tidak mahu berlengah-lengah lagi. Dia sedar lambat laun orang tua Ayralissa akan datang mencarinya. Oleh itu dia perlu cepat. Menggunakan nama arwah adiknya Airis Natalia, dia berjaya membawa Ayralissa ke sini.

       Menatap wajah polos Ayralissa membuatkan dia menghela nafasnya sendiri. Dia sedar, sudah terlalu lama adiknya pergi. 20 tahun lamanya ibunya menjadi gila kerana pemergian adiknya. Setiap hari hanya nama Airis yang diucap oleh ibunya. Meratap dan menangis mencari ke mana adiknya pergi.

       Sedangkan ayahnya, sudahlah waktu itu adiknya baru sahaja beberapa minggu meninggalkan mereka. Ayahnya tergamak menyerahkannya kepada seorang ketua mafia gara-gara tidak mampu membayar hutang judinya.

       Mengenangkan semua memori pahit itu, dia tersenyum pahit. Mujurlah ayahnya sudah mati kerana dibunuh oleh along. Waktu itu, setelah mendapatkan bayaran dari menjualnya kepada ketua mafia itu. Ayahnya masih tidak mengubah tabiatnya dari berjudi. Makin menjadi-jadi lagi adalah. Akhirnya mati dengan cukup mengerikan di tangan para along itu.

      Dia sendiri beruntung dijual kepada ketua mafia itu. Dia tidak dibunuh sebaliknya dia dijadikan anak angkat sekaligus penerus dari kegiatan mafia itu. Tidak peduli kerjanya itu haram atau halal, yang penting keinginannya untuk melihat ibunya kembali pulih tercapai.

     Dia tersenyum saat menatap Ayralissa yang menggumamkan sesuatu yang tidak jelas saat dia mengusap pipi Ayralissa. Good night, my little princess. Kucupan lembut dihadiahkan di dahi Ayralissa sebelum matanya dipejamkan.

Dato' Richard meraup wajahnya kasar. Entah di mana lagi dia perlu mencari anak gadisnya itu. Orang-orangnya langsung tidak dapat menemui Ayralissa. Malah anak-anak Encik Faiq sendiri tidak menjumpai puteri kecilnya itu.

      Orang-orang Dato' Alex dan Tengku Zaryl turut membantu. Ya, setelah peristiwa itu, hubungan Dato' Alex dan Tengku Zaryl menjadi lebih baik. Ditambah lagi setelah syarikatnya dan syarikat Tengku Zaryl banyak melakukan kerjasama.

      "Sabar, Richard. Insyallah, Ayra akan selamat. Kita doa supaya tak ada apa-apa akan berlaku pada Ayra." Datin Salina mencuba menenenangkan adik iparnya itu. Dia sudah boleh terima hakikat bahawa jodohnya bukan dengan Dato' Richard tapi Dato' Alex. Lagipun dia dah jatuh cinta pada suaminya sendiri. Dan kini dia bahagia dengan kehamilan anak keempatnya. Hanya saja semua orang masih belum mengetahuinya lagi. Tunggulah di waktu yang tepat dulu.

       "Aku tak boleh sabar lagi dah, Salina. Dah malam ni dan anak aku berseorangan dekat luar tu. Macam mana kalau jadi apa-apa dekat dia? Aku dah hilang Arlissa. Kalau boleh, aku tak nak hilang anak aku pula." Dato' Richard menundukkan kepalanya. Tadi baru sahaja Encik Faiq menghubunginya mengatakan Ayralissa masih belum pulang.

      "Aku tahu, Richard. Tapi walau macam mana pun kau tetap kena sabar. Aku tahu yang aku tak faham apa yang kau rasa sekarang ni sebab aku bukan di tempat kau. Tapi apa yang kita kena buat sekarang ni adalah sabar dan berfikir dulu. Insyallah, Allah akan tolong kita." Tengku Zaryl pula cuba menenangkan kawannya itu. Dia belum berkahwin mahupun memiliki anak. Jadi untuk memahami apa yang dirasakan oleh kawannya itu susah. Malah yang dah berada di posisi yang sama sebagai seorang ayah seperti Dato' Alex juga tak mungkin akan faham.

      "Camnilah. Kalau tetap tak ada apa-apa jugak, esok kita report polis. Buat masa sekarang, jom kita pergi cari Ayra dekat jalan yang dia selalu lalu untuk pergi ke sekolah Erick. Jom kita pergi jumpa Erick suruh dia tunjuk jalan tu." Cadang Dato' Alex membuatkan mereka semua bersetuju.

      "Okey, jom!!!" Ujar mereka semua serentak. Dengan agak tergesa-gesa, mereka terus berangkat ke rumah Encik Faiq.

Seperti yang dirancang, mereka kini sedang merayau di sekitar kawasan perumahan yang dilalui Ayralissa pada waktu pagi tadi. Seperti tengah hari tadi, kawasan perumahan itu sunyi malah jauh lebih sunyi di waktu malam begini.

       "Selalu kalau Ayra nak pergi sekolah Erick, dia akan lalu kawasan ni sebab kawasan ni lebih 'okey' sikit dari jalan lain. Cuma kawasan ni memang sunyi. Ada penduduk macam tak ada. Rata-rata keluar pagi balik tengah malam. Sebab tu kawasan ni sunyi. Ditambah lagi, kawasan ni kawasan perumahan baru jadi tak ramai orang baru duduk dekat sini." Kata Ezril menjawab bagi pihak Erick. Erick sudah tertidur saat mereka tiba di rumahnya maka dialah yang datang ke sini.

      "Nampak kawasan ni pun memang agak menakutkan kalau nak dilalui seorang diri. Macam manalah Ayra boleh berani nak guna laluan dekat sini. Sunyinya macam yelah macam kawasan perkuburan." Kata Datin Salina yang tidak habis berfikir memikirkan Ayralissa menggunakan laluan ini untuk ke sekolah abang angkatnya.

      "Itulah. Eh, cuba check cctv dekat kawasan ni. Maybe kita boleh jumpa apa-apa clue." Ujar Dato' Alex sambil meninjau kawasan sekelilingnya. Dia memakaikan baju kotnya kepada isterinya sebelum menyingsing lengan baju kemejanya. Sejujurnya, dia berasa sangat lelah hari ini. Pulangnya dari office, dia langsung tidak sempat berehat sebaik sahaja mendengar anak saudaranya hilang. Namun penat itu seakan tak berasa memikirkan bagaimana keadaan gadis cilik itu. Selamat kah dia? Apa khabarnya saat ini? Pelbagai persoalan dan andaian berlegar di fikirannya saat ini.

      Fikiran Datin Salina tidak jauh bezanya dengan fikiran suaminya. Walaupun perkenalannya dengan  Ayralissa terlalu singkat namun cukup bermakna baginya. Terkadang dia merasakan Ayralissa sebagai Arlissa. Ingatannya mula teringat saat-saat unversitinya bersama Arlissa.

       Baru sahaja Dato' Richard ingin bersuara, kedengaran bunyi telefon pintarnya membuatkan dia segera menjawabnya tanpa melihat siapa pemanggilnya. Di saat-saat seperti ini dia selalu bersiap sedia dengan telefonnya menunggu laporan tentang puteri kecilnya. Dia juga berjaga-jaga sekiranya Ayralissa diculik dan kemungkinan penculiknya akan meminta wang tebusan darinya. Buat masa ini, hanya kemungkinan itu yang mampu difikirkannya. Dia tidak sanggup memikirkan organ anaknya mungkin dibedah lalu dijual ke pasar-pasar gelap.

      "Assalamualaikum, Dato' Richard. Saya dah check semua cctv dekat kawasan sekolah Ayralissa sampai ke sekolah anak Encik Faiq. Saya mendapati bahawa anak Dato' mungkin diculik di kawasan perumahan bandar baru kerana saya dah check cctv berhampiran kawasan itu dan cik Ayralissa memang melalui kawasan itu. Namun cctv di kawasan perumahan itu telah rosak sekitar pukul 12.00 tengah hari membuatkan saya tak dapat check apa yang berlaku di situ. Tetapi selepas itu ada sebuah van berwarna putih melalui kawasan itu. Mungkin cik Ayralissa diculik oleh pemandu van itu kerana Ayralissa langsung tak keluar dari kawasan perumahan itu selepas itu." Tanpa memberi kesempatan untuk Dato' Richard menjawabnya, Huzair terus menceritakan apa yang telah diketahui olehnya pada hari ini. Itulah sifat Huzair yang sedari dulu lagi tidak dapat diubah. Dulu semasa dia melaporkan tentang Ayralissa dan Datin Arlissa, dia tidaklah sekalut ini. Entah mengapa dia berasa risau setelah melihat van putih itu. Ingatannya terus kembali ke zaman kanak-kanaknya.

      

     

Give me your loveWhere stories live. Discover now