BAB 3

11 2 0
                                    

Ayralissa menyorongkan basikal milik anak jiran rumahnya itu dengan berhati-hati ke kawasan garaj rumah jirannya. Dia kemudian bertemu dengan ibu Aisy, tuan rumah tersebut.
      "Ibu... Ai balik dulu." Kata Ayralissa dengan lembut. Tangan wanita itu disalamnya dengan penuh rasa hormat.

      "Eh, nantilah dulu Ai. Ibu baru je siap buat puding triffle yang Ai suka tu." Kata Ibu Aisy dengan ramah. Dia terus membawa Ayralissa masuk ke dalam rumah.

      Ibu Aisy lebih suka kepada Ayralissa daripada Cassandra kerana Ayralissa lebih menghormatinya dan rajin menolongnya berbanding Cassandra. Malah Ayralissa lebih rapat kepada anak-anaknya meskipun mereka semua lebih tua daripada Ayralissa. Dia terfikir untuk menjodohkan Ayralissa dengan salah seorang anaknya.

      "Abang fikri, abang Izzat dengan abang Nazri tak balik lagi ke ibu?" Tanya Ayralissa sambil menadah tangan. Doa makan dibaca sebelum menyuapkan puding triffle kegemarannya itu ke dalam mulut. Ermmm... sedapnya. Memang 'A+++' lah kalau buatan Ibu Aisy.

      "Tak, diorang ikut ayah pergi memancing." Kata Ibu Aisy sambil tersenyum melihat Ayralissa menikmati puding buatannya dengan cukup berselera.

      Ayralissa hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak minat memancing. Berenang bolehlah. Baginya, memancing merupakan satu aktiviti yang paling membosankan.

      "Sedap tak?" Tanya Ibu Aisy.

      "Mestilah sedap yang Ibu Aisy masak." Puji Ayralissa dengan ikhlas.

      "Ye ke?" Ibu Aisy sengaja berkata begitu kerana ingin mengusik Ayralissa.

      "Yela."

      "Ha. Ni ibu nak tanya Ai sikit?" Ibu Aisy teringat sesuatu.

      "Apa dia?"

      "Ai selalu ke pergi bagi makan kucing kat taman tu?" Ibu Aisy berasa bimbang apabila teringat beberapa hari lepas ada sebuah kereta berwarna hitam asyik lalu di kawasan rumahnya. Kereta hitam itu hanya akan pergi sekiranya Ayralissa pergi dari rumahnya. Dia bimbang sekiranya itu adalah orang jahat. Penculik ke perogol ke manalah tahu kan.

      "Selalu. Setiap hari kan Ai memang pergi taman." Kata Ayralissa dengan selamba. Dia langsung tidak mengetahui bahawa kereta hitam yang mengekorinya selama ini adalah orang suruhan daddynya, Dato' Richard yang diarahkan untuk menjaganya.

      "Ibu bukan apa. Ibu cuma risau. Ai pergi sana sorang-sorang. Mana ibu tak risau. Buatnya ada orang jahat macam mana? Boleh tak kalau lepas ni Ai tak payah pergi sana?" Kata Ibu Aisy. Walaupun Ayralissa bukan anak kandungnya namun sayangnya pada Ayralissa sama seperti dia sayangkan anak kandungnya.

      "Habis tu nanti Putih dan hitam nak makan apa?" Tanya Ayralissa apabila teringat akan dua ekor kucing di taman itu. Ishhh nak bawak balik, takut nanti mama marah.

     "Ala nanti pandai-pandaila kucing tu makan. Ai tak payah tau. Kalau nak pergi jugak, ajak abang-abang Ai. Jangan pergi sorang-sorang, bahaya." Kata Ibu Aisy.

     "Erm... tengoklah dulu." Kata Ayralissa endah tak endah.

      "Camne sekolah?" Tanya Ibu Aisy. Walaupun Ayralissa baru berusia 4 tahun namun dia sudah bersekolah di sekolah Smart reader. Berbeza dengan adik beradik angkatnya, mereka semua hanya masuk tadika semasa berusia 6 tahun. Anak-anak Ibu Aisy pun begitu.

     "Okey. Everything is fine." Kata Ayralissa dengan gembira. Dia suka pergi ke sekolah. Ada kawan-kawan yang suka belajar sepertinya, ada cikgu Suzanne yang baik hati, dan dapat belajar bersama-sama.

     "Baguslah. Ada ramai kawan tak?"

     "Ada. Firash, Isyraf, Iqbal, Danish kawan-kawan Ai." Kata Ayralissa dengan ceria.

     "Semua lelaki?" Ibu Aisy terkejut.

     "Taklah. Ade je kawan perempuan. Semua orang kat situ nak kawan dengan Ai."

     Ibu Aisy meletakkan sebekas plastik berbentuk bulat sederhana kecil berisi puding triffle di hadapan Ayralissa apabila Ayralissa sudah selesai memakannya. Baru sahaja dia ingin bersuara lagi, kedengaran suara suami dan anak-anaknya memberi salam.

      "Waalaikummussalam. Banyak dapat ikan, bang?" Tanya Ibu Aisy sambil menyalami tangan suaminya.

     "Bolehlah dua tiga tan." Kata Ayah Firdaus dengan nada bergurau. Tawanya terus meletus keluar apabila mendapat cubitan manja dari isterinya di bahagian lengan.

    "Ye la tu. Dua tiga ekor je sebenarnya kan. Temberang je lebih." Kata Ibu Aisy sambil turut ketawa.

     "Mana ada ibu. Kitaorang dapat 10 ekor la." Kata Izzat sambil menayangkan kesepuluh jarinya yang kurus kering itu.

     "Ibu, Ai ada kat sini?" Tanya Nazri apabila dia perasan akan kasut berwarna biru muda milik Ayralissa.

     "Ha'ah. Tu dia ada kat dapur. Tengah makan puding triffle yang ibu buat tadi." Kata Ibu Aisy sambil mengambil tong cat bersaiz sederhana besar berisi ikan sungai untuk dibawa ke dapur.

     "Dah. Korang pergi mandi. Busuklah bau ikan." Kata Ibu Aisy sambil berpura-pura menghalau anak dan suaminya dari situ.

      "Kitaorang dah mandilah dekat sungai tadi." Kata Izzat. Dia memang suka bergurau dengan ibu bapanya dan adik-beradiknya. Dengan Ayralissa, tak payah cakapla. Sampai menangis pun ada kerananya.

      "Dah mandi pun. Pergi mandi lagi. Ingat bersih sangat ke air sungai tu. Entah air mengalir dari mana pun kita tak tahu." Ibu Aisy mula membebel.

     "Laa.. cikgu kata air sungai mengalir dari gunung terus ke laut. Jadi air sungai tu bersihla." Kata Fikri menjawab kata-kata ibunya dengan bersahaja.

     "A'ah la. Cikgu Izzat pun cakap camtu jugak." Kata Izzat apabila teringat kata-kata gurunya dua hari lepas.

      Ibu Aisy menghela nafas apabila mendengar kata-kata anaknya. Inilah salah satu dugaan apabila mendapat anak-anak yang bijak pandai belaka. Soalan mencabar kepala hotak kau sekali dia tanya. Tapi dia tidak kisah kerana soalan lah salah satu sebab kenapa manusia semakin rajin belajar. Tiada orang bertanya kalau diorang dah tahu jawapannya. Macam kau nak masuk rumah. Kalau pintu tu dah tak berkunci, buat apa kau nak guna kunci lagi nak bukak pintu tu kan?

      "Memanglah air tu datang dari gunung. Tapi dalam aliran air sungai tu nak pergi ke laut, korang tahu ke apa yang berlaku dekat air sungai tu. Buatnya ada bangkai binatang ke kat dalam tu. Ada orang pergi qada' hajat ke kat dalam tu, korang tahu ke?" Tanya Ibu Aisy membuatkan anak-anaknya tersengih.

      "Ye lah, kitaorang pergi mandi dulu." Kata anak-anak Ibu Aisy dengan serentak.

     "Semua anak-anak kita ikut perangai abang. Pandai menjawab." Kata Ibu Aisy setelah anak-anaknya pergi meninggalkan dia dan suaminya berdua di situ.

     "Eh, abang pulak. Bukan awak ke? Setahu abang, yang pandai menjawab dari dulu sampai sekarang awak je." Usik Ayah Firdaus. Usikan yang memang betul.

      "Ish, abang ni kan. Pergilah mandi. Busuklah bau air sungai. Itulah, Aisy suruh beli kat pasar je, gatal nak pancing sendiri." Kata Ibu Aisy mencuba menutup malu. Segan pula rasanya apabila suaminya mengungkit cerita lama mereka.

       "Jomlah mandi sekali." Ajak Ayah Firdaus yang masih tidak puas mengusik isterinya itu. Senang hati melihat rona-rona merah di pipi isterinya.

     "Gatal. Tak nakla Aisy. Baik Aisy pergi layan Ai lagi bagus." Kata Ibu Aisy lalu pergi dari situ.

     Ayah Firdaus ketawa melihat telatah isterinya itu.

Give me your loveWhere stories live. Discover now