24🌸

1.7K 138 11
                                    

Melihat wajah suaminya yang mulai muram,Cahaya terus menyentuh tangan Dayyan.Risau pula dia melihat wajah Dayyan seperti itu.

Dayyan memandang Cahaya dengan mata yang berkaca-kaca.

Jika berkaitan dengan operation tempoh hari benar-benar dia tidak dapat mengawal perasaannya.

Cahaya berasa agak terkejut kerana dia tidak pernah melihat Dayyan seperti ini.Dia pulak yang kalut melihat Dayyan yang seperti mahu menangis itu.

"Errr tak jadilah.Tak payah bagitahu"

Dayyan terus memeluk isterinya.Muka dibenamkan pada ceruk leher isterinya.Cahaya pula terkaku.Dia bingung hendak menolak ataupun hanya membiarkan.

"Kenapa ni?"

"Saya dah gagal.Pesakit saya dah meninggal dunia"

Serentak itu Cahaya berasa ada titisan air yang menitis pada lehernya.

Cahaya hanya diam sahaja.Sememangnya dia telah tahu tentang hal ini kerana Zain telah menelefonnya untuk memberitahu tentang masalah yang menimpa Dayyan.

Cahaya menghela nafas berat.

Dia faham perasaan Dayyan.Dayyan seorang yang sangat prihatin terhadap semua pesakitnya.Jika berlaku sesuatu kepada pesakit di bawah jagaannya, pasti dia akan berasa sangat bersalah.

"Bukan salah awak"ujar Cahaya perlahan.

"Tapi-"

Dengan pantas Cahaya meleraikan pelukan Dayyan seraya menempelkan kedua-dua tangannya pada pipi suaminya itu.

"Dengar cakap saya.Awak dah cuba sebaik mungkin.Tolong jangan seksa diri awak atas sebab tu.Kita cuma manusia biasa.Ajal dan maut di tangan Allah.Hanya Allah yang mampu menghidupkan dan mematikan makhluk ciptaanNya"dengan suara yang selunak mungkin,Cahaya mencuba untuk menenangkan Dayyan.

Dayyan hanya terdiam dengan air mata yang mengalir dari hujung matanya.

"Lagipun family arwah langsung tak salahkan awak.Mereka redha.Jadi awak pun kenalah redha.Saya tak suka lah tengok awak macam ni.

Awak nangis aduhai.Tak handsome dah suami saya ni"disapu lembut air mata suaminya sambil tersenyum manis.

Mata Dayyan langsung tidak lepas daripada memandang isterinya.Setiap sudut wajah Cahaya diperhatikan olehnya memandang wajah mereka berdua boleh dikatakan sangat dekat.

"Jangan sedih-sedih.Awak tak salah.Awak dah berusaha sehabis mungkin.Janji dengan saya okay.Jangan salahkan diri awak"pinta Cahaya dengan suara yang lembut.

Senyuman Cahaya ibarat dapat menenangkan hari galau milik Dayyan itu.Mata Dayyan masih lagi merenung lembut wajah itu.

"Saya janji"tutur Dayyan perlahan.

Cahaya tersenyum lebar.Sepertinya dia sangat gembira dengan janji Dayyan.

Sepertinya dia sangat gembira dengan janji Dayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[EBOOK] Love You Miss WeirdoWhere stories live. Discover now