6🌸

1.9K 134 16
                                    

"Awak awak"

Dayyan yang sedang makan nasi goreng itu mengangkat mukanya.Dicicip sedikit air buah mangga yang dipesannya.

Sebenarnya mereka berdua berhenti sekejap di RnR untuk solat dan makan selepas hampir 4 jam perjalanan mereka.

"Apa dia?"

"Saya nak buat aegyo lepas tu awak komenlah eh.Saya tengok kat drama tadi dia buat macam ni"

P/s: bayang je Cahaya buat agyeo macam Aera tu.

Dayyan ternganga.

Cahaya mengerdipkan matanya kononnya nak bagi nampak comel lah.Tapi hakikatnya di mata Dayyan...

Wehh makhluk asing mana kat depan aku ni???!!!

Pucat terus muka Dayyan pada tika itu.

"What?Saya tahu saya comel plus cantik tapi janganlah pandang macam tu.Malulah"Cahaya acah-acah tutup mukanya tanda malu.

"Ya Allah!Perasannya awak ni!Macam manalah aku boleh kahwin dengan perempuan yang perasan macam minah ni?!

Riak wajah Cahaya yang acah-acah malu itu berubah kepada muka selambanya selepas mendengar kata-kata suaminya.

"Ni bukan perasan tau.Ni fakta bro.Semua orang cakap yang saya ni cantik plus comel.Takpe saya tahu awak malu nak puji.Takpe saya faham"ditepuk selamba bahu suaminya.

"Confident betul awak ni.Beli kat mana confident tu?"sindir Dayyan.

"Beli kat kedai dua ringgit je.Alahh awak masuk je kedai tu pastu awak carilah confident tu.Confident tu dia menyorok kat dalam kedai tu so awak kenalah cari betul-betul"jawab Cahaya dengan selambanya.

Sekali lagi Dayyan tercengang.

Tak pernah lagi dia jumpa perempuan yang selamba plus sempoi macam Cahaya.

Cahaya minum sedikit airnya sambil menayangkan muka selambanya.Cahaya tersenyum sedikit kepada Dayyan kerana berjaya mengenakan lelaki itu.

Dayyan mengetap gigi menahan geram kerana sia-sia je dia dipermainkan oleh isterinya.

Cahaya memang menyakitkan hati!

"Kenapa?Sakit hati ke? Opppsss tak sengaja"dengan muka yang dibuat polos, Cahaya menutup sedikit bibirnya.

"Awak ni kan!"

"Apa?Saya salah cakap ke?Hahahahaha muka tu jangan tegang sangat wahai encik suami.Nampak buruk tau tak.Tak handsome dah suami kesayangan saya ni"dengan selamba badak Cahaya mencuit pucuk hidung Dayyan.

Terkedu Dayyan dibuatnya.Selama ni hanya Vivi yang pernah mencuit pucuk hidungnya.

Muka putih Dayyan mula kemerah-merahan kerana berasa sedikit malu.Entahlah dia tak marah pun cuma berasa malu sedikit.

"Wait...awak malu ke?Alahai comelnya suami saya ni"kedua-dua pipi Dayyan dicubit kuat kerana geram.

"Ishh awak ni!Orang tengoklah"ditepis perlahan tangan isterinya.

Mata Cahaya meliar pada sekeliling restoran.Ternyata memang terdapat berberapa orang asyik memandang mereka berdua sambil tersengih.

"Lantak diaorang.Bukan saya buat benda haram pun"tempelak Cahaya.

[EBOOK] Love You Miss WeirdoWhere stories live. Discover now