"Riz!"
"Kau tahu tak yang bini kau datang tadi.Aduh kau ni syok syok je pergi dating dengan minah kerek tu"marah Zain kepada Dayyan yang baru sahaja memasuki ruangannya.
Dayyan pula terpinga-pinga gara-gara dimarahi oleh kawan baiknya itu.
"Wait!Cahaya datang sini?Nak jumpa aku?Kenapa?Dia nampak aku dengan Vivi ke?Aduhh masalah lah!"
"Masalah?Kau tu yang bermasalah!Kau nak date ke apa ke dengan minah tu aku malas nak peduli tapi kalau boleh jangan kat sini.Ramai orang yang nampak.Berbalik pada persoalan kau tadi.Sebenarnya dia tak nampak pun tapi dia terdengar nurse duk bercakap pasal kau.
Aku tahu kau tak cintakan dia tapi tolong lah hormat dia sebagai isteri kau.Dia tu isteri kau.Isteri kau yang sah.Jaga lah sikit hati dia.Perempuan ni hati dia lembut"bidas Hairul namun dengan tetap diselitkan dengan nasihat.
Dayyan terdiam lama.
Dia teringatkan isterinya.Timbul rasa bersalah terhadap gadis yang sentiasa ada dengannya tidak kira masa walaupun mulut gadis itu memang tidak reti untuk diam.
"Dah lama ke dia balik?"
"Dalam sejam yang lalu"keluh Zain.
"Kau tolong cover aku.Aku nak balik kejap"kot disarungkan ke badannya sebelum dia beredar dari situ.
"Riz!Apa aku nak cakap pada papa kau nanti!Aduh matilah aku!"gerutu Hairul dan Zain.
Melihat kelibat Dayyan sudah tiada membuatkan mereka mengeluh panjang.Memang matilah diorang nak menjawab dengan Datuk Daniel nanti.
*****
Muka Cahaya berubah menjadi pucat.
Tangan kanannya menekan kuat perutnya yang terasa sangat sakit itu.Gadis itu mengerang kesakitan di atas katilnya.
Berpeluh-peluh wajah Cahaya pada tika ini kerana rasa sakit yang dirasainya.
"Ya Allah!Sakitnya!"Cahaya hanya mampu menahan sakit di perutnya kerana dia tidak boleh bergerak walaupun sedikit kerana perutnya betasa sangat sakit.
"Ni mesti sebab aku makan ramen tadi!"sempat lagi Cahaya memarahi dirinya sendiri.
Sebenarnya Cahaya tidak boleh makan makanan yang pedas kerana perutnya agak sensitif.
Setiap kali dia makan makanan yang pedas dia akan mengalami sakit perut yang parah.
Sedang dia mengerang kesakitan, derapan kaki tiba-tiba kedengaran.Dalam kepayahan Cahaya cuba mengangkat wajahnya.
"Aya!"
Kelihatan Dayyan yang tergesa-gesa mendekati dirinya.Diterpa tubuh lemah itu dengan segera.
"Awak kenapa ni???"wajah isterinya disentuh dengan riak yang penuh kerisauan.
"Perut saya sakit"adu Cahaya.
Dengan pantas Dayyan mencapai tudung Cahaya latas dipakaikan pada kepalanya isterinya.Tubuh lemah itu dicepungnya untuk dibawa ke hospital.
Sepantas kilas Dayyan memandu keretanya untuk ke hospital.Lampu isyaratnya dilanggar sahaja kerana terlalu risau akan apa yang terjadi terhadap isterinya.
*****
Mata dibuka dengan perlahan-lahan.Cahaya matahari yang menerobos masuk dalam matanya menyulitkan Cahaya untuk membuka mata.
Mata diliarkan ke sekeliling.
"Aku kat mana ni?"
Cahaya mencuba untuk bangun namun perutnya merasa sangat pedih.Dia terus menyentuh perutnya.

YOU ARE READING
[EBOOK] Love You Miss Weirdo
Romans{COMPLETE} Hayla Cahaya Iman,pelikkan nama gadis cantik berkaca mata ni?Nama dia yang pelik memang sesuai sangat dengan perangai dia yang tersangatlah pelik.Kenapa dia pelik?Maybe dia alien kot. Dia ni memang seorang yang pelik.Pelik-pelik dia pun b...