{COMPLETE}
Hayla Cahaya Iman,pelikkan nama gadis cantik berkaca mata ni?Nama dia yang pelik memang sesuai sangat dengan perangai dia yang tersangatlah pelik.Kenapa dia pelik?Maybe dia alien kot.
Dia ni memang seorang yang pelik.Pelik-pelik dia pun b...
Dayyan melarikan diri daripada isterinya yang sudah seperti orang gila itu.Cahaya mengetap gigi menahan geram.
"Awak ni kan!Saya suruh awak pakai benda ni pun.Bukan saya suruh awak pakai susuk!"tempelak Cahaya seraya menerpa ke arah suaminya.Dengan sepantas kilat,Cahaya menarik kuat tubuh sasa suaminya lantas dihempas ke atas katil.
"Ya Allah awak ni memang tak reti nak berputus asa ke?Saya tak pernah pakai benda alah tulah!"
"Sebab awak tak pernah pakai lah saya nak awak pakai.Awak tahu tak kulit awak tu dah kering.Saya cuma nak pakaikan mosturizer je.Dah duk diam-diam kang saya cium awak kang"amaran Cahaya seraya menarik kepala Dayyan ke atas pehanya.
Cemberut terus muka si Dayyan.
Dasar ini budak!
Cahaya memicit sedikit moisturizer ke atas tapak tangannya lantas dicalit ke atas kulit muka suaminya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dengan separuh rela Dayyan membiarkan perbuatan isterinya.Lama kelamaan Dayyan terbuai dengan sentuhan lembut daripada isterinya.Membuatkan dia seperti mahu terlena.
"Aipp jangan tidur!"dicubit kuat pipi lelaki itu membuatkan lelaki itu tersentak.
"Sakitlah!Nak buat tu buatlah betul-betul.Ni main cubit pipi orang pulak!"bebel Dayyan seraya menggosok sedikit pipinya.
"Hahahaha aloo sorry lah.Hehe okay done.dah bangun cepat.Saya nak pakai tudung pulak ni"dialihkan kepala Dayyan daripada pehanya lantas berjalan ke arah tudungnya yang tersangkut di dinding.
Dayyan menggosok matanya yang seperti mahu tertutup itu.
"So kiranya saya dah boleh keluarlah ni?"
"Haah keluarlah.Saya keluar lambat sikit hehe"
"Kalau macam tu...nanti awak dah siap sila kejutkan saya.Saya mengantuk ni.Ni semua gara-gara awak!"suka suki dia je salahkan Cahaya.
"Ehh jangan tidurlah!Nanti mama papa bising!"
"Alahh kejap je"
Cahaya memandang ke arah Dayyan yang telah merebahkan badannya di atas katil itu.Dia menghela nafas panjang.Haihh kalau bukan sebab aku tak siap lagi pakai tudung memang aku tendang kau sampai jatuh katil.
*****
"So macam mana hidup dengan budak tu?"tanya Angah Harraz kepada adik iparnya itu.
"Macam tulah..."
"Macam tulah?Ishh kau ni!Cam ni adik ada buat hal tak sepanjang korang kahwin?"sampuk Along Haziq pula dengan perasaan ingin tahu.