Dayyan turun ke bawah sambil memakai tali leher.Blazernya disangkut di atas lengannya.
Cahaya yang telah siap menyediakan sarapan itu segera mendekati suaminya.
"Meh sini"kolar baju kemeja itu ditarik oleh Cahaya.Gadis itu memakaikan tali leher pada leher suaminya.
Terkejut Dayyan dibuatnya kerana kedudukannya kepala Cahaya benar-benar tepat di bahagian bibirnya.
Bau wangian daripada rambut Cahaya agak mengasyikkannya.
Wangi.
"Okay dah siap"ditepuk selamba dada bidang lelaki itu seraya tersengih.
"Pergilah duduk.Saya dah buatkan awak sarapan.Jangan berani nak pergi hospital lagi selagi awak tak sarapan"ditarik selamba tangan Dayyan ke arah meja makan.
"Duduk and makan"ditarik kerusi sambil membuat isyarat agar Dayyan duduk.
Dengan muka yang bingung Dayyan duduk di atas kerusi tersebut.Matanya hanya memandang sahaja tindak tanduk isterinya yang menyendukkan nasi goreng ke atas pinggan untuknya.
"Ni apasal tiba-tiba jadi baik ni?"
"Orang nak buat baik pun salah ke?Tak menghargai langsung!"jeling Cahaya.
"Takdelah cuma pelik je"ujar Dayyan.
"Tak payah nak pelik sangatlah.Ibu dah pesan pada saya supaya saya jaga makan pakai awak.So saya buatlah.Plus nampak sikit macam saya ni isteri mithali.Tak gitu?"
"Ceh!"decit Dayyan.
"Whatever lah.Dah makan cepat.Nanti lambat pulak awak pergi kerja.And cepat sikit saya nak keluar"sengih Cahaya.
"Nah duit"beberapa duit bernot 100 diberikan kepada isterinya.
Cahaya hanya menerima sahaja walaupun dia sendiri tidak menggunakan duit berkenaan.
"Guna duit tu.Duit awak tu awak simpan je"ujar Dayyan selepas menyantap nasi goreng yang disediakan oleh isterinya.
Sedap.
"Tengoklah dulu macam mana"
"Ahh tak kira!Pastikan awak guna duit yang saya bagi.Tak payah nak simpan dalam bilik air"tegas Dayyan.Cahaya mencebikkan bibirnya.Suka hati je nak paksa orang.Tumbuk kang!
"Tengah hari ni awak balik tak makan?"tanya Cahaya.
"Tak.So jangan tunggu saya balik"jawab Dayyan ringkas.
"Okay"
Selepas selesai bersarapan,Dayyan mencapai blazernya dan telefon.Kaki dihalakan ke arah pintu.
"Wait!"
Dayyan yang sedang menyarung kasut pada kakinya menoleh ke belakang.
"Nak apa?"
"Nak salam lah"diraih tangan kekar suaminya lantas disalami sambil senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
Dayyan agak terkejut sebenarnya.Dia berdehem seketika.Cuba mengawal gelora di hatinya.
Dayyan memandang isterinya yang kelihatan comel sahaja pada pandangan matanya."Dah dah lah pandang saya.Saya tahulah saya cantik.Dah pergilah hospital cepat.Kang saya halau awak kang"ujar Cahaya selamba.
Dayyan mempamerkan riak wajah menyampahnya.
Kuat perasan betul budak kecik ni!
"Perasan.Dahlah saya pergi dulu.Jangan lupa kunci pintu before keluar. Assalamulaikum"
YOU ARE READING
[EBOOK] Love You Miss Weirdo
Romance{COMPLETE} Hayla Cahaya Iman,pelikkan nama gadis cantik berkaca mata ni?Nama dia yang pelik memang sesuai sangat dengan perangai dia yang tersangatlah pelik.Kenapa dia pelik?Maybe dia alien kot. Dia ni memang seorang yang pelik.Pelik-pelik dia pun b...