"Lepaskan saya boleh tak?"
"Saya sejuk lagi lah"
Cahaya menggulingkan biji matanya tanda menyampah.Geram je dia nak tentang Dayyan dengan kuat.
Dayyan masih mahu memeluk Cahaya tapi Cahaya pula mahu meloloskan diri daripada pelukan suaminya itu.
Tak selesa tau tak!
"Kalau sejuk... selimut jelah.Takyah lah peluk orang"ditolak kuat tubuh Dayyan daripada memeluk dirinya sehingga pelukan itu terlerai jua.
Dayyan meluruskan badannya sambil menyandarkan badan pada kepala katil.Dia memandang Cahaya yang telah bergerak turun dari katil itu.
"Nak pergi mana?"
"Nak masak lah.Tunggu kat situ nanti saya datang balik"
Sejurus itu Cahaya terus keluar dari bilik dengan muka yang cemberut.
Dayyan meletuskan tawanya.Kelakar pula melihat wajah cemberut milik isterinya.Mesti Cahaya tidak berpuas hati dengannya.
Tiba-tiba telefonnya mendendangkan lagu Life Goes On menandakan ada panggilan yang masuk.
Kenapa lagu Life Goes On?Ini semua gara-gara Cahaya yang gatal nak tukar nada dering telefonnya.
Telefon dicapai oleh Dayyan.
Sayang❤️
Dayyan menjawab panggilan daripada teman wanitanya itu.
"Baby!You pergi mana?Kenapa I call you tak angkat?I datang hospital tapi kawan you cakap you mc.You tak sihat ke?Nak I datang tak?"
Dayyan tergelak kecil.
"Sorry lah sayang.I tak sihat sikit tapi dah okay dah sekarang"balas Dayyan dengan lembut.
"So betul lah you tak sihat?You ni buat I risau jelah.I datang sana you tunggu tau.Okay bye!"
Belum sempat Dayyan membalas, Vivi telah meletakkan panggilan.
Dayyan memandang telefonnya lama.Mati aku!
*****
"Abang dah sihat sikit.Ni Aya tengah masak bubur untuk abang"beritahu Cahaya di corong telefon.
"Bagus lah kalau macam tu.Sorry tau mama tak datang jenguk Dayyan.Takpe kan Aya yang jaga Dayyan?"
"Takpe mama.Lagipun abang dah nak baik dah.Mama janganlah risau.Aya akan jaga abang sampai dia sembuh"balas Cahaya.
"Mama tu sengaja nak bagi peluang kamu berdua berdua-duaan.Kalau diikutkan boleh je mama pergi sana jenguk Dayyan"
Datuk Daniel merampas telefonnya yang dipegang oleh isterinya.Cahaya tergelak mendengar pergaduhan manja ibu bapa mertuanya di corong telefon.
"Takpe papa.Aya pun suka berdua-duaan dengan abang"balas Cahaya selamba.
Terdengar hilai ketawa di belah sana.
"Takpelah kalau macam tu.Nanti bolehlah mama dan papa dapat cucu cepat-cepat"
Selepas itu Datin Syuhada terus meletakkan telefonnya.Cahaya menggelengkan kepalanya.Aduhlah...
"Cucu?"
"Hmm lambat lagi lah..."gumam Cahaya perlahan.
Sejujurnya dia sendiri mahukan anak tapi...faham tak situasi yang dia hadapi sekarang?Ada suami tapi bukan dia cintakan aku pun.Kalau aku pulak lagilah!

YOU ARE READING
[EBOOK] Love You Miss Weirdo
Romance{COMPLETE} Hayla Cahaya Iman,pelikkan nama gadis cantik berkaca mata ni?Nama dia yang pelik memang sesuai sangat dengan perangai dia yang tersangatlah pelik.Kenapa dia pelik?Maybe dia alien kot. Dia ni memang seorang yang pelik.Pelik-pelik dia pun b...