2🌸

2.2K 150 12
                                    

"Aku terima nikahnya Hayla Cahaya Iman binti Firdaus dengan mas kahwin sebanyak 100 ringgit dibayar tunai"

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulilah..."

Doa dibaca oleh Haji Firdaus.Pengantin lelaki yang telah sah menjadi suami kepada Cahaya itu menoleh ke arah pelamin.

Pengantin lelaki yang telah sah menjadi suami kepada Cahaya itu menoleh ke arah pelamin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

P/s : bayang je Cahaya duduk atas pelamin.

Cantik.

Tapi apasal muka dia masam semacam?Terpaksa ke?

Selepas doa selesai dibaca,jejaka itu mendekati isterinya untuk proses pembatalan air sembahyang serta menyarungkan cincin.

Jejaka itu duduk di sebelah Cahaya.Abang-abang Cahaya tersenyum nakal melihat pengantin baru itu.Terletus tawa para tetamu apabila melihat Cahaya beranjak sedikit agar tidak terlalu dekat dengan suaminya.

"Laaa pandanglah suami tu"celah Kak Lang Ain seraya ketawa.

"Tak nak!"

"HAHHAHAHAHA!"

Terburai tawa mereka melihat gelagat Cahaya.

"Kalau tak pandang macam mana nak salam? Macam mana nak sarung cincin?"sakat Alang Hazim.

"Adik,bagilah tangan tu.Suami adik nak sarungkan cincin tu"senyum Haji Firdaus.

Dengan perlahan-lahan Cahaya memandang jejaka itu.Namun gadis itu tak pandang pun wajah jejaka tersebut.Bukan malu cuma dia berasa was-was je.

Cahaya memandang tangan kekar jejaka itu.Dia nak pegang tangan aku ke?

"Tangan"

Fuhh maka terdengarlah suara maskulin jejaka itu.

"Hah?"

"Tangan.Saya nak sarungkan cincin"dingin betul suara dia.Tapi...ada aku kisah?

"Tapi..."

"Tapi apa?"sampuk Along Haziq.

"Betul ke boleh salam ni?"

Pertanyaan Cahaya betul-betul membuatkan semua orang tergelak.

"HAHAHHAHAAHHA!"

"Apasal gelak pulak?"geram Cahaya.

"Dayyan ni dah sah jadi suami adik.Jadi mestilah dah boleh salam.Dah halal dah pun.Salam lah cepat.Kesian dia dari tadi asyik tunggu adik hulur tangan"ujar Hajah Aisyah sambil tersenyum lebar.

"Dah sah dah pun.Aduh kau ni dik!"gelak abang-abangnya selamba.Amboi suka betul diorang gelakkan si Cahaya ni.

"Tapi adik tak biasa lah sentuh tangan lelaki.Tak naklah"tercebik-cebik bibir merah itu.Rasa nak nangis pun ada.

[EBOOK] Love You Miss WeirdoWhere stories live. Discover now