{COMPLETE}
Hayla Cahaya Iman,pelikkan nama gadis cantik berkaca mata ni?Nama dia yang pelik memang sesuai sangat dengan perangai dia yang tersangatlah pelik.Kenapa dia pelik?Maybe dia alien kot.
Dia ni memang seorang yang pelik.Pelik-pelik dia pun b...
Pintu bilik air dibuka oleh Dayyan.Tuala yang melilit pinggangnya diperkemaskan sebelum dia melangkah keluar dari bilik air.
Matanya tertumpu pada Cahaya yang sedang mengemas pakaian ke dalam bagasi.
"Awak,baju dan seluar awak saya letak atas katil"ujar Cahaya tanpa memandang ke arah suaminya kerana sibuk mnegemas pakaian.
Dayyan tidak membalas.Dia bergerak ke arah katil.Baju dan seluar dipakai di situ juga.Masa awal pernikahan mereka memang Dayyan berasa malu tapi disebabkan Cahaya hanya beriak biasa dia cuma untuk menghakis perasaan malu itu.
Sejujurnya memang Cahaya tak kisah pun sebab dia ada ramai abang.Jadi setakat tengok lelaki seperti itu dia tidak berasa malu sangat.Lagipun Dayyan dah jadi suami dia.
"Cepatnya awak kemas.Kemaslah malam-malam ni"ujar Dayyan seraya mendekati isterinya itu.
Cahaya menoleh kepada suaminya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Takpelah saya kemas awal-awal.Btw pakaian saya ni awak nak pilih sendiri or nak saya pilih?"tanya Cahaya.
"Awak pilih jelah yang mana pun.Banyak mana awak yang tentukan"balas Dayyan selamba.
Dayyan duduk di atas lantai di hadapan isterinya yang sedang mengemas pakaian mereka berdua masuk ke dalam bagasi.
"Dah kenapa duduk sini?Pergilah duduk atas katil ke apa ke"Cahaya memandang Dayyan.
Cahaya menggulingkan biji matanya."Apa-apa jelah awak..."
"Btw kan kita pergi kampung saya berapa lama?Awak cuti berapa lama?"tanya Cahaya.
"Actually saya cuti seminggu je.Takpekan?Ke awak nak stay lama sikit?"
Cahaya menganggukkan kepalanya tanda faham."Saya tak kisah pun lama mana.Asalkan saya dapat jumpa toknek dan tokki saya.Lama tau saya tak jumpa diorang"
"Disebabkan saya tak pernah jumpa atuk dan nenek awak boleh tak awak ceritakan pasal diorang"pinta Dayyan sambil tersengih.
"Hahaha.Awak nak saya ceritakan? Boleh je tapi jangan rasa bosan pulak"
"Aku tak pernah bosan cakap dengan kau Cahaya..."
"Ye ye saya tahulah"akur Dayyan.
"Okay fine.Toknek saya ni baik tau even mulut dia agak menyakitkan hati.Walaupun toknek ni umur dah nak dekat 70 tahun tapi tenaga dia macam orang muda hahaha!
Awak nak tahu tak? Saya dulu kan degil sangat sampai toknek kejar saya dengan batang penyapu.Haihh kalau diingatkan balik memang lawak.
Tokki saya pulak dia nelayan.Even paksu dan abah dah tersangat mampu nak sara diorang tapi tokki still nak kerja.Setiap bulan abah dan paksu akan masukkan duit untuk toknek dan tokki tapi hmm tokki saya degil jugak nak pergi ke laut.
Katanya barulah badan sihat.Kalau asyik duduk kat rumah je dia bosan.Daripada dia pergi lepak dekat kedai kopi baik dia pergi tangkap ikan kat laut"cerita Cahaya panjang lebar.
Dayyan mendengar sahaja.Dia sebenarnya dari tadi memerhatikan tindak tanduk Cahaya.Raut wajah Cahaya yang ceria sahaja menyebabkan hatinya berasa sangat senang.
"Nanti sampai sana awak akan jumpa dengan paksu saya.Paksu saya handsome tapi berlagak nak mati.Harap muka je handsome tapi cehh bila nak kahwin pun saya tak tahu"bebel Cahaya dengan cebikkan.
Dayyan menepuk kuat dahinya.Alahai Cahaya sentiasa membuatnya berasa seperti mahu tergelak.
"Nama apa eh?Hmm kalau nama abah Firdaus nama paksu apa?Adehh saya lupa.Emm Firhad ke Firman?"pikir Cahaya.
Berkerut-kerut dahinya memikirkan nama paksunya.
Dayyan mengemam bibirnya menahan tawa daripada terhambur.
Kenapa Cahaya ni lawak sangatMDah lah pelik.Lawak pulak tu.Tapi dia comel.Dengan dahi dia yang berkerut-kerut bersama wajah seriusnya menambahkan lagi geli di hatinya.
"Nama paksu sendiri tak ingat ke?Apalah awak ni..."tempelak Dayyan.
Cahaya mencebikkan bibirnya.
"Dah nak buat macam mana.Saya lupa okay.Rasanya Firhad ataupun Firman"ujar Cahaya dengan serius.
Walaupun Cahaya serius namun di mata Dayyan, Cahaya nampak sangat comel.
"Kenapalah awak ni comel sangat?" gumam Dayyan perlahan.
"Hmmm nanti awak jumpa awak tahulah nama dia.Btw kan awak jangan awkward sangat dengan dia.Even dia tu ayah saudara saya tapi awak buat dia macam kawan dia je"Cahaya tergelak kecil.
"Kenapa pulak?"
"Kan saya pernah bagitahu awak yang paksu saya tu umur dia tua setahun daripada along je.Dia tak suka orang layan dia macam dia ni tua sangat.Sedangkan dia muda lagi.So kalau awak jumpa dengan dia nanti awak cakap je macam awak kawan dia.
Paksu saya jenis yang sempoi.And disebabkan dia tu muda lagi sebenarnya dia tak nak orang panggil dia paksu.Hahaha yelah anak saudara sendiri muda setahun daripada dia"gelak Cahaya lagi.
Dayyan turut sama tergelak.
"Family saya belah abah ni sempoi sangat-sangat.Lagi-lagi cikngah and paksu.Cikngah saya pun muda lah jugak sebab umur Cikngah baru 37 tahun.Sedangkan umur abah yang anak sulung adalah 55 tahun"
Dayyan tergamam seketika.
"Wait!Umur abah 55 tahun? Umur toknek 70 tahun?Makanya toknek kahwin dengan tokki masa umur 15 tahun?"
"Haah.Alahh biasalah tu orang dulu-dulu kan kahwin awal.Tapi sebenarnya tokki dan toknek kahwin bukan atas dasar suka sama suka.Toknek tak suka tokki.Dia cakap tokki ni menyakitkan hati"Cahaya tergelak lagi apabila teringatkan kisah hidup nenek dan atuknya.
"Dah tu diorang kahwin atas sebab apa?"Dayyan pula berasa teruja mendengar kisah atuk dan nenek Cahaya.
"Toknek setuju kahwin dengan tokki sebab tokki adalah lelaki pertama yang boleh buat dia rasa nak marah sangat.Kalau awak tengok tokki dan toknek saya bercakap maybe awak akan rasa mak aii macam gangster"
"Awak ni biar betul??"terasa sukar untuk mempercayai perkara ini.
"Betul lah.Toknek dan tokki memang kalau bercakap macam nak ajak gaduh.Last-last saya jugak yang suruh diorang berhenti cakap macam nak gaduh"
Dayyan tergelak.Dia berasa teruja pula hendak bertemu dengan keluarga Cahaya di Terengganu.
"Awak buat saya teruja nak balik kampung awak tau tak.Rasa macam nak peegi sekarang jugak"
Cahaya tergelak.
"Sabar.Esok kita balik kan.Apa pun thanks sebab sudi ambik cuti"ucap Cahaya dengan ikhlas.
Dayyan tersenyum nipis.
"Awak isteri saya.Apa salahnya kan...Lagipun keluarga awak keluarga saya jugak"balas Dayyan dengan lembut.
Cahaya tersenyum lebar mendengar ujaran Dayyan.Terasa bahagia je.
K done🌸 So ho?Just moment Dayyan dan Cahaya je hehe Pape pun harap enjoy and next episode saya akan ketengahkan masa diorang di Terengganu horrayyy🙊😍