Flashback...
"What?!You hantar I balik??Baby!Kita duk sini tak sampai sejam you dah cakap nak hantar I balik?But why?"
Dayyan mengeluh perlahan.
"I kena pergi cari Aya"
"Dia bukan budak kecik lagi okay.Biar jelah dia tu"geram Vivi.
"Vi,memang dia bukan budak kecik lagi. Tapi...dia isteri I.Isteri I yang sah.Dia tanggungjawab I.Please faham I sayang"lirih Dayyan.
Vivi langsung tidak memandang ke arah Dayyan sebaliknya dia hanya diam sahaja.Biarpun dalam hati rasa seperti mahu dibunuh sahaja Cahaya.
End flashback...
Dayyan masih mencuba untuk menelefon Vivi namun tidak diangkat.Jejaka itu mengeluh berat.Mesti Vivi sedang merajuk dengannya.
Melihat kehadiran isterinya,Dayyan meletakkan telefonnya di tepi katil.
"Awak awak"
"Hmm apa dia?"
"Nak alamat rumah ni"pinta Cahaya sambil tersengih.
"Nak buat apa?"
"Shopee lah apa lagi"gelak Cahaya seraya menunjukkan aplikasi shopee di dalam telefonnya.
"Hah?"
"Ishh awak ni!Itu pun tak tahu ke?Haihh dasar lelaki darkness"selar Cahaya selamba.Dia menyandarkan belakangnya pada kepala katil.
Dayyan berdecit kegeraman.
Suka hati dia je panggil aku lelaki darkness.Mentang-mentang wallpaper phone aku warna hitam ciss ini budak!
"Cepatlah awak...Nak alamat.Saya nak beli something ni"disua telefonnya ke muka suaminya.Dayyan mengeluh perlahan.
Telefon itu diambil oleh Dayyan.Lantas ditaip alamat rumah ini ruangan alamat.
"Nah"diserahkan kembali kepada isterinya.
"Yahoo! Thanks my beloved husband ehek!"dicuit selamba pipi Dayyan sambil tergelak suka.
Dayyan menjeling tajam ke arah Cahaya namun tidak pula dia memarahi gadis tersebut."Awak nak beli banyak-banyak tu nak buat apa?Nak semakkan bilik ni ke?"
"Heloo bukan nak letak dalam bilik ni okay.Hehe awak, bilik yang hujung tu awak tak guna kan?"
Dayyan memandang lama isterinya."Ni mesti ada something yang awak nak buat untuk bilik tu kan.Memanglah saya tak guna bilik tu sebab saya guna bilik sebelah"
"Saya nak bilik tu boleh tak?"
"Nak buat apa?"
"Awak ada bilik peribadi awak sendiri so saya pun nak jugak.Saya nak renovate bilik tu.Boleh tak?"pinta Cahaya dengan bersungguh-sungguh.
"Tell me.Awak nak buat apa dengan bilik tu?"tanya Dayyan lagi.
"Actually...tempat untuk saya study.Takkan saya nak ganggu awak dalam bilik ni pulak time saya study.Please...saya nak bilik tu.Saya dah usha dah bilik tu.Memang sesuai kalau saya nak guna"pinta Cahaya lagi.
"Dah usha?Dah usha baru nak tanya.Macam-macamlah awak ni.Yelah yelah ambik jelah bilik tu.Awak kata nak renovate... awak ada duit ke?Ke awak nak guna duit yang saya bagi awak hari-hari tu?"
"Heloo..Dr Dayyan Emeeriz duit yang awak bagi hari-hari tu saya langsung tak guna.Sikit pun saya tak sentuh"jawab Cahaya.
"Dah tu?Awak buat apa dengan duit yang saya bagi?And awak nak guna duit sape nak renovate bilik tu?"tegak terus badan Dayyan kerana terkejut yang Cahaya langsung tidak menyentuh duit yang
selama ini dia beri kepada gadis itu."Duit awak?Jap saya ambik"
Cahaya turun dari katil lantas memasuki bilik air.Tidak lama kemudian,dia pun keluar bersama kotak besar di tangannya.
Cahaya tersengih.
"Kotak apa tu?"
"Kotak duit yang awak bagilah"Cahaya meletakkan kotak itu dia atas katil lantas dibuka penutup kotak tersebut.
Dayyan mendekati isterinya dengan muka yang kebingungan
Terbuntang mata Dayyan melihat berpuluh-puluh duit bernot seratus di dalam kotak tersebut.
Ternganga terus Dayyan dibuatnya.
"Hehe"Cahaya tersengih lagi.
"Kenapa awak simpan dalam kotak ni?Kotak ni awak simpan dalam bilik air??Are you serious Cahaya??"tanya Dayyan bertubi-tubi.
"Alahh kalau saya simpan kat dalam bilik nanti ada orang boleh jumpa so saya simpan lah dalam bilik air.Salah ke?"
Dayyan menepuk kuat dahinya.
Kenapalah perangai Cahaya sangat berbeza dengan orang normal???
"Ya Allah awak ni kenapa simpan dalam bilik air???Kenapa tak simpan dalam bank ke beg duit ke??And kenapa awak tak guna duit yang saya bagi???Saya bagi duit ni untuk kegunaan awak wahai Puan Cahaya oii!"bebel Dayyan.
Cahaya mempamerkan riak wajah bosan.
"Meh saya jawab soalan awak satu persatu.First sebab saya malas nak pergi bank.Second...sebab saya dah ada duit saya sendiri.Duit dalam bank saya tu pun saya tak sentuh apatah lagi duit awak Mr Husband!"geram Cahaya.
Sekali lagi Dayyan tercengang.
"What???Malas nak pergi bank??? Sumpah awak memang rare.Ya Allah nak je aku cekik budak bertuah ni!"Dayyan menyembamkan mukanya bantal sambil menahan kegeraman.
Cahaya sudah terbahak-bahak tergelak melihat reaksi suaminya.
Laa salah ke kalau aku malas?Normal lah kan?Ke tak?🤔😗
"Awak ni memang erghh!"Dayyan mengetap gigi menahan geram.
"HAHAHAHAHA! Chill lah...tapi ni betul ni.Saya dah ada duit saya sendiri.Sebab tu saya tak guna duit awak"
"Awak kerja ke?"
"Nak cakap kerja tu..takdelah kerja sangat pun.Just saya tolong repair laptop or something yang berkaitan dengan laptop.Plus...saya ni dapat biasiswa so duit tu takde lah diperlukan sangat.Duit saya banyak habis pada foods and shopee.
Duit yang abang-abang saya bagi setiap bulan pun saya tak guna apatah lagi duit awak"jujur Cahaya.
"Seriously???"
"Serious lah ni"
"Abang awak still bagi awak duit ke sampai sekarang?"saja Dayyan ingin tahu.
"Sejak saya kahwin dengan awak...hmm tak rasanya.Entahlah manalah saya tahu...saya jarang guna duit yang diorang masukkan dalam bank"jawab Cahaya.
"Haihh macam-macamlah awak ni.Pelik"
"Amboii yang pelik ni lah isteri awak tau"tempelak Cahaya.
"Hmm yelah yelah.Oh ya lupa saya nak bagitahu.Esok saya dah start kerja balik esok.So jangan tunggu saya balik tengah hari.Saya kerja tak tentu masa jadi kalau saya balik lambat...awak stay rumah mama"panjang lebar pesanan Dayyan untuk isterinya.
"Okay je.Hehe awak... boleh tak saya nak keluar esok? Dengan kawan saya"pinta Cahaya sambil tersenyum lagi.Nak bodek lah tu...
"Kawan lelaki ke perempuan?"
"Dua orang lelaki dua orang perempuan"jujur Cahaya.
"Hmmm nak keluar untuk apa?"
"Nak pergi kedai laptop.Ada something saya nak beli.Alang-alang tu saya nak tengok wayang dengan diaorang"jawab Cahaya tanpa was-was.
"Yelah yelah Tapi balik before pukul 6 petang"Dayyan mengizinkan isterinya keluar.
"Berehh boh!"
Dayyan menggelengkan kepalanya melihat telatah Cahaya yang kadang kala menghiburkan dirinya.
Aku rasa macam aku kahwn dengan budak.
Nasib lah kau Dayyan.
K done😗😜
So how?
Perangai Cahaya memang sukar nak jangka kan😂
Pape pun enjoy jelahh yerr🙈💕
YOU ARE READING
[EBOOK] Love You Miss Weirdo
Любовные романы{COMPLETE} Hayla Cahaya Iman,pelikkan nama gadis cantik berkaca mata ni?Nama dia yang pelik memang sesuai sangat dengan perangai dia yang tersangatlah pelik.Kenapa dia pelik?Maybe dia alien kot. Dia ni memang seorang yang pelik.Pelik-pelik dia pun b...