{COMPLETE}
Hayla Cahaya Iman,pelikkan nama gadis cantik berkaca mata ni?Nama dia yang pelik memang sesuai sangat dengan perangai dia yang tersangatlah pelik.Kenapa dia pelik?Maybe dia alien kot.
Dia ni memang seorang yang pelik.Pelik-pelik dia pun b...
"Katak lagi comel daripada awak.Rasa macam nak gigit je katak tu.Tapi awak sorry lah tak hingin pun nak gigit.Kalau boleh pandang pun tak nak"cebik Cahaya.
Now Dayyan rasa macam nak cekik je gadis itu.
Suka hati je cakap katak lagi comel daripada dia.Makhluk menggelikan tu jugak yang dia pilih.Sumpah bini dia ni memang rare.Aku letak kat zoo karang minah ni.
"Laa marah ke?Buuu padan muka.Okay awak handsome je sebenarnya tapi takdenye yang comel.Katak lagi comel.Dahlah tak comel.Harap awak ni tinggi je.Dahlah tinggi macam pokok kelapa.Beku pulak tu"
Suka suki je dia mengata Dayyan padahal Dayyan ada di sebelahnya sahaja.
"Sakit hati pulak aku cakap dengan minah ni"jeling Dayyan.
"Kenapa?Sakit hati ke? Alolololo cian nye suami kesayangan saya ni"gelak sakan pulak si Cahaya ni.
"Dah tak payah nak sentap sangatlah.Macamlah saya nak pujuk"getus Cahaya.
"Btw...kenapa awak peluk lengan saya tadi?"tanya Dayyan dengan perasaan ingin tahu.Berdebar jugak rasa.Tak pernah-pernah ada perempuan peluk lengan dia.