Cahaya memandang ke arah suaminya yang sedang berbual dengan teman wanitanya di corong telefon.
Cahaya mencebikkan bibirnya.Menyampah pun ada sebenarnya.Geram je aku nak campak telefon tu dalam kolam ikan kat luar.
"Awak"panggil Cahaya.
Namun Dayyan langsung tiada mendengar panggilan.Cahaya mengetap gigi menahan geram.
"Dayyan Emeeriz!"
Terperanjat Dayyan dibuatnya.
"Sayang,kita jumpa nanti tau.Nanti I pergi ambik you okay.Bye"talian diputuskan.
Dayyan menjeling tajam ke arah isterinya.Terkejut aku tau tak!Eii nasib kau bini aku kalau tak memang aku debik dah budak ni.
Elehh acah je lebih.
Cahaya tersengih.
"Jom keluar"ajak Cahaya sambik tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Nak keluar pergi mana?Lagi satu...saya nak keluar dengan Vivi.So saya tak boleh keluar dengan awak"beritahu Dayyan dengan jujur.
Antara sikap Dayyan yang Cahaya suka ialah jujur.Dayyan terlalu jujur terhadapnya.Kalau lelaki lain konfem temberang terus.Tapi Dayyan tak...
"Kiranya awak lebih pentingkan dia lah ni?Okay fine.Kalau macam tu izinkan saya keluar"Cahaya masih lagi tersengih.Sebenarnya dia takdelah kisah sangat kalau Dayyan nak keluar dengan sesiapa pun yang dia mahu.
"Nak keluar pergi mana?But no tak boleh.Takkan awak nak keluar sorang-sorang.Bahayalah"
Cahaya menggulingkan biji matanya tanda menyampah.
"Nak keluar beli barang lah.Awak tengok kat dapur tu.Ada ke barang-barang?Takde kan?So saya nak keluar.Wait bahaya?Memanglah bahaya tapi kalau tunggu awk free lambat lagilah dapur tu nak berasap"tempelak Cahaya dengan selamba.
Kata-kata Cahaya dibalas dengan jelingan tajam daripada suaminya.
"Japp awak nak keluar dengan Vivi kan?"
"Haah kenapa?"
"Saya nak ikut jugak"
"Ehh budak-budak tak boleh ikut!"bantah Dayyan dengan cepat.
"Suka hati cakap kita budak.Saya dah besar okay"jeling Cahaya."Awak....nak ikut.Saya janji saya takkan kacau date awak dengan buah hati awak tu"pinta Cahaya lagi.
"Tak boleh!"
"Boleh!"
"Tak boleh!"
"Tak boleh!"
"Boleh!"
"Yes!Okay saya pergi siap kejap tau.Jangan berani nak tinggalkan saya.Ingat tu"sorak Cahaya keriangan.Serentak itu Cahaya terus naik ke bilik untuk bersiap.
Dayyan menyumpah seranah dalam hati.Mulut aku ni memang menderhaka pada tuan dia lah!
*****
"Kenapa you bawak budak ni?"geram Vivi.
"I terpaksa okay"keluh Dayyan seraya mengerling ke arah Cahaya yang hanya mempamerkan riak wajah selambanya.
"I nak berdua-duaan je dengan you tapi you bawak pulak wife you.Erghh!"Vivi mengetap gigi menahan amarah.Kalau diikutkan nak je dia halau Cahaya dari situ agar tidak mengganggu mereka berdua.
Cahaya tersenyum sedikit sebelum bersuara.
"Seperti mana yang saya cakap tadi.Saya takkan ganggu korang.And my beloved husband...boleh izinkan saya berambus dari sini?Saya nak beli barang ni"
YOU ARE READING
[EBOOK] Love You Miss Weirdo
Romance{COMPLETE} Hayla Cahaya Iman,pelikkan nama gadis cantik berkaca mata ni?Nama dia yang pelik memang sesuai sangat dengan perangai dia yang tersangatlah pelik.Kenapa dia pelik?Maybe dia alien kot. Dia ni memang seorang yang pelik.Pelik-pelik dia pun b...