" Jihyo "
Panggilan Yuqi mengalihkan perhatian Jihyo yang sedang termenung seorang diri di dalam kelas . Yuqi yang mahu ke kantin berpatah balik apabila teringatkan rakannya itu . Dia tahu Jihyo sedang bersedih . Hari ini Felix pergi ke Yonsei University untuk mendaftar . Dan esok sekali lagi Felix akan kesana dan akan terus bersekolah disana mulai esok .
Jihyo tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya terpaksa berpisah dengan Felix . Tidak akan satu sekolah lagi dengan lelaki itu .
" Kau buat apa dekat dalam kelas sorang-sorang ? jomlah , pergi makan " ajak Yuqi dan duduk di depan Jihyo . Ditempat duduk rakan kelasnya yang lain .
" Kau pergilah makan .
Aku tak lapar " balas Jihyo seraya senyum paksa . " Jihyo , kau janganlah macam ni . Kalau Felix pindah sekalipun nanti korang boleh jumpa . . " percakapan Yuqi terhenti apabila Jihyo memotong ." Kitorang memang susah dah nak jumpa . Cikgu Paul sendiri bagitahu aku jangan berhubung sangat dengan Felix sebab risau Felix tak bagi tumpuan sepenuhnya . Jadi apa aku boleh buat . Dia bukan hak aku yang aku nak main langgar je pesanan Cikgu Paul " potong Jihyo sedaya upaya menahan sedih .
" Betul tu---
Kau patut ikut pesanan Cikgu Paul .
Sedar pun Felix tu bukan hak kau "Jihyo dan Yuqi toleh kearah pintu kelas . Mijoo masuk berlenggang dengan pandangan jelek dihala kepada Jihyo .
" Selama ni kau menganggu tumpuan Felix tak sedar pula . Hari ni baru sedar sebab dah nak kena tinggal " sambung Mijoo sambil senyum senget . Jihyo diam malas nak bergaduh .
" Jangan masuk campur urusan oranglah , Mijoo . Kau ni asyik nak cari pasal dengan Jihyo je " ujar Yuqi kurang senang dengan kedatangan Mijoo .
" Aku ada bercakap dengan kau ke ? "
" Tak ada kan .
Jadi tak payah nak menyampuk "Mijoo pandang Jihyo yang sedang tunduk .
" Aku cuma nak cakap dekat kaulah ya . Tak payahlah nak sedih-sedih Felix pindah . Sebab dia tak sedih pun kena tinggal kau . Kau tu je perasan yang dia sayang kau . Padahal , dia tak kisah pun pasal kau . Eh , malulah aku jadi kau "" Mijoo--- "
Jihyo angkat muka tengok Mijoo ." Kalau aku tak ada cari pasal dengan kau . Jadi kau tak payah cari pasal dengan aku .
Cukuplah kau buat dekat aku masa dekat tandas haritu . Aku bencilah dengan kau .
Manusia yang tak ada hati perut " balas Jihyo ditekankan . Dia bangun dan melangkah keluar dari kelas . Diikuti oleh Yuqi .Mijoo mengetap gigi .
" Kau memang nak tengok aku punya hati perut rupanya . . "" Kita tengok sepanjang Felix tak ada kau aman ke tak dekat sekolah ni .
Aku takut kau juga pindah sekolah sebab tak tahan dengan aku punya hati perut " ujar Mijoo sambil senyum sinis .Selepas makan , Jihyo menyuruh Yuqi masuk kedalam kelas dahulu sebab dia mahu bersendirian . Jihyo menapak ke perpustakaan . Tidak ramai pelajar ketika ini . Kaki dihayunkan untuk mencari buku . Mahu mengurangkan sedikit rasa sedih yang bersarang di dalam hati saat ini .
Jihyo gigit bibir sambil melihat buku-buku depan mata . Apabila nampak buku yang diinginkan Jihyo mahu mencapai tapi terlalu tinggi . " Aish--- tinggi pula " rungut Jihyo . Apabila nampak satu kerusi berhampiran dia ambil . Kerusi dipanjat .
" Kenapalah aku pendek sangat ? "
Tanya Jihyo pada diri sendiri .
Tetap berjengket untuk ambil buku walaupun sudah diinjak kerusi . Inilah ya kesusahan apabila anda pendek .
Tetapi bersyukurlah kerana pendek itu comel ." Eh---eh "
Tiba-tiba Jihyo rasa tidak seimbang .
Kaki kerusi bergerak-gerak ." Jihyo--- "
" Argh--- "
Jihyo terasa bagaikan terbang jatuh .
Mata dipejamkan dan sebelum mencecah lantai dia disambung oleh seseorang .
Jihyo perlahan-lahan membuka matanya . Keduanya berpandangan .
Tapi Jihyo rasa janggal dan tidak selesa ." Gwenchana ? "
Tanya pelajar lelaki tersebut ." Arr--- nae , gwenchana "
Jihyo menolak lelaki tersebut perlahan dan berdiri tegak .
Rambut dibetulkan . Pelajar lelaki tersebut memandangnya tanpa kelip . Baru pertama kali dia melihat wajah Jihyo dari jarak dekat ." Err---gomawo , haru "
Jihyo tunduk sedikit dan mahu berlalu pergi ." Jihyo--- "
Langkah Jihyo terhenti .
Dia pusing kembali kebelakang .
" Nae " jawab Jihyo pendek .
Haru mengambil buku yang Jihyo mahukan dan mendekati gadis itu .
Buku diberikan kepada Jihyo . " Nanti nak buku apa-apa bagitahu je .
Jangan panjat kerusi .
Bahaya kalau jatuh " pesan Haruto prihatin ." Nae , gomawo "
Buku bertukar tangan .
Jihyo berlalu pergi dari situ .Dalam diam Haruto menguntum senyum .
Dadanya rasa debaran yang cukup hebat apabila berada dekat dengan Jihyo apatah lagi pandangan Jihyo terhadapnya ." Aish--- Haru kau tak boleh .
Dia girlfriend kawan kau "
Haruto cuba mengingatkan dirinya .+++
Apabila diberitahu oleh Chu bahawa Felix datang , Jihyo terus turun ke tingkat bawah . Senyumannya melebar kerana satu hari tidak berjumpa . Terasa rindu pula .
Dah macam tak berjumpa setahun . Jihyo keluar menghampiri Felix yang berdiri diluar pagar ." Hai , awak "
Ucap Jihyo sambil melambai tangan .
Felix senyum dan berjalan mendekati Jihyo . " Esok aku dah nak pergi .
Kau jaga diri ya .
Ada apa-apa masalah bagitahu aku .
Jangan pendam sorang-sorang " pesanan Felix menyentuh hati Jihyo . Dia angguk laju ." Awak pun sama jaga diri .
Dan ingat--- jangan pandang perempuan lain . Saya cemburu " balas Jihyo mengundang tawa Felix . Comel betul dia punya protes . " Tak , aku pandang kau je .
Sebab kau sorang pun dah cukup " Felix mendekatkan wajahnya pada wajah Jihyo membuatkan pipi Jihyo memerah dan terundur sedikit .Felix pantas memegang pinggang Jihyo dengan sebelah tangan . Jihyo terkedu .
Dah macam patung . " Kau dekat sini pun jangan pandang lelaki lain .
Kalau kau buat juga aku tak teragak-agak balik sini belasah lelaki tu " amaran Felix membuatkan mata Jihyo terbuntang ." Kau aku punya dan aku tak suka kongsi apa yang aku punya dengan orang lain " ujar Felix membuatkan muka Jihyo berbahang . Nasib baik tak terbakar . " Awak--- "
CUP !
Tanpa sempat Jihyo bercakap , Felix bertindak mengucup bibirnya lama .
Sungguh Felix tidak sanggup mahu meninggalkan Jihyo . Sedangkan tidak berjumpa sehari pun dia dah rasa terseksa .
Entah boleh atau tidak dia berhubung dengan Jihyo nanti .
Kalau boleh pun pasti tidak kerap ....
BERSAMBUNG .