𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13

557 68 14
                                    

“ hiks--- ”

“ jihyo ”
Haruto duduk mencangkung depan Jihyo . Gadis itu menangis teresak-esak selepas Felix meninggalkannya . “ pasti Felix ada alasan sendiri kenapa dia pergi sana balik .
Mungkin dia tak boleh nak elak .
Nanti kan dia ada perlawanan bola sepak ” Haruto cuba memujuk . Tiada tanda Jihyo mahu berhenti menangis .

“ hiks--- dia dah janji dengan saya tak nak pergi dah . Saya faham dia tak boleh nak elak . Tapi kenapa dia tinggalkan saya macam ni ? cara dia dah macam tak nak balik sini dah .
Dia langsung tak pujuk saya ” nada suara Felix pun menunjukkan yang lelaki itu mahu pergi dan tak akan balik lagi kepadanya .

“ jihyo , sabar ya .
Dia akan balik juga nanti .
Dia kan sayang awak ”

Jihyo berdiri dan begitu juga Felix .
Jihyo mengesat airmata yang mengalir laju . “ kalau dia sayang saya dia pujuk saya .
Bukan pergi macam tu je .
Dia dah macam tak sayang saya dah ”

Haruto diam sahaja .
Tidak tahu mahu mengatakan apa lagi . Felix ada memberitahunya sesuatu . Tetapi rakannya itu tidak mahu dia menceritakan kepada Jihyo .

“ tak apalah .
Awak baliklah .
Saya nak masuk rumah ”

“ baiklah ”

“ erm , jihyo ”

Jihyo yang mahu masuk kedalam berhenti . “ nae ? ”

“ awak pergi sekolah esok ? ”

Jihyo sekadar menganggukkan kepala sahaja . “ kita jalan sama-sama .
Saya datang rumah awak esok .
Bye , jumpa esok ” ujar Haruto dan berpaling pergi dari situ . Jihyo melihat Haruto hingga hilang dari pandangan . “ gomawo , haru selalu ada ” ucap Jihyo dan masuk kedalam .

“ eonnie , gwenchana ? ”
Soal Chu yang sedang berada di meja makan bersama dengan Puan Song . Jihyo angguk . “ jihyo , mari makan ” ajak Puan Song lembut . Dia dan Chu tahu Jihyo menangis diluar rumah dan ditinggalkan Felix . Tapi keduanya tidak mahu kacau apabila nampak Haruto cuba memujuk Jihyo .

“ tak apalah , eomma .
Jihyo tak lapar ” jawab Jihyo dan terus naik ke tingkat atas masuk kedalam bilik .

Masuk kedalam bilik , Jihyo melabuhkan duduk dibirai katil .
Gambarnya bersama dengan Felix diatas meja tepi katil dia ambil . Direnung sedih . Linangan airmata mengalir kembali . Esakkan tangis kedengaran .

“ hiks , wae ?
Wae awak pergi ?
Awak tak sayang saya ke ?
Saya sayang awak ” jihyo memeluk gambar tersebut dan menangis sesegukkan . Rintihannya di dengar Chu yang curi-curi dengar di luar bilik .

“ eonnie ”
Chu turut bersedih dengar keluhan kakaknya itu . Dia sangat sayangkan Jihyo . Dia tahu yang Jihyo terlalu cintakan Felix .




















“ oppa--- haru oppa ! ”
Panggilan Chu menghentikan langkah Haruto . Dia yang mahu ke perpustakaan menghampiri Chu .
“ nae , kenapa Chu ? ”

“ oppa ,
Oppa tahu tak kenapa Felix oppa tinggalkan eonnie ? Chu pelik kenapa dia pergi macam tu je ”soalan Chu mengejutkan Haruto . Dia tampak termangu dengan soalan itu . “ erm--- tak ada .
Felix tak ada bagitahu oppa apa-apa ”Haruto mengelengkan kepala . Chu tidak percaya . Dia tahu Haruto berbohong .

“ oppa tolonglah , Chu tahu Felix oppa ada ceritakan sesuatu dekat oppa . Tolonglah bagitahu , Chu .
Oppa tak kesian dekat Jihyo eonnie .
Semalam dia asyik menangis je , oppa .
Sampaikan tidur dia peluk gambar Felix oppa . Chu merayu sangat .
Kesianlah dekat eonnie ”rayuan Chu menyentuh hati Haruto . Serta merta merasa bersalah kerana menuruti kata-kata menyembunyikan daripada Jihyo .






𝙋𝙚𝙧𝙛𝙚𝙘𝙩 𝙈𝙖𝙩𝙘𝙝 | 𝙁𝙀𝙇𝙄𝙓   ✔︎Where stories live. Discover now