" Nah "" Gomawo--- "
Jihyo menyambut aiskrim kon pemberian Felix . Bersinar-sinar mata Jihyo apabila dapat aiskrim kegemarannya itu .
" Erm--- lepas ni kita nak pergi mana ? "
Jihyo menyoal sambil makan aiskrim ." Balik "
Jawab Felix singkat dan berjalan mendahului Jihyo . Mata Jihyo terbuntang . Dia mengejar Felix dan berdiri di depan lelaki itu ." Awak kata nak dating .
Tak akanlah dah nak balik .
Dari luar tadi kita dekat pantai ni je . Lepas tu saya makan aiskrim "
Jihyo tunjuk aiskrim di tangannya dengan muka tak puas hati . Dating apanya macam ni . Duduk dekat pantai ni pun tak sampai 15 minit pun lagi ." Habis tu kau nak pergi ? "
Jihyo hembus nafas kasar .
" Nah--- "
Aiskrim dia berikan kembali kepada Felix .
Felix ambil dengan raut wajah bingung .
" Lebih baik tak payah keluar dating kalau macam ni . . " Jihyo mahu pergi tapi lengannya pantas di pegang oleh Felix ." Yelah--- kau nak pergi mana aku bawakan ? aku tak tahu nak pergi mana "
Felix cuba memujuk .
Raut wajah Jihyo jelas tampak masam mencuka .
" Tak payah .
Awak nak balik kan .
Kita balik jelah . Tak payah nak dating ke apa . Nanti buat masa awak je kena layan saya ni "Felix mengeluh seraya garukan kepalanya .
Aduh , mood buah hati tak berapa baik lah pula ." Okay , aku bawa kau tengok wayang yea .
Kita tengok cerita Monster Hunt .
Kau kan suka Monster kecil tu "
Orang yang tak reti nak memujuk ini sahajalah modal yang ada .
Jihyo jeling geram .Selesai menonton wayang , Felix dan Jihyo jalan sama-sama untuk balik kerumah .
Disebabkan Jihyo merajuk , Felix telah bawa Jihyo tengok wayang dan bersiar-siar . Keduanya dating seperti pasangan yang lain . Sampailah ke malam keduanya dating .Merekah senyuman Jihyo . Dia tunduk melihat tangannya yang di pegang oleh tangan Felix . Terasa berbunga-bunga hatinya . Walaupun , Felix seorang yang beku dan sentiasa serius . Tapi kadangkala lelaki itu sweet juga .
" Erm--- awak dah jumpa ke dengan Cikgu Seonghwa ? "
Tanya Jihyo kerana fikir dia , Felix tidak jumpa lagi dengan Cikgu kelasnya itu . Itupun sebab tiada pula dia dengar apa-apa masalah tentang dirinya yang keluar dari mulut Felix .
" Belum lagi .
Esoklah aku jumpa "" Kenapa ?
Kau takut Cikgu Seonghwa cerita dekat aku kesalahan yang kau buat ? "
Pertanyaan Felix menghentikan langkah Jihyo . Dia dan Felix saling mengadap .
" Aniyo--- saya mana ada buat salah apa-apa " Jihyo menyangkal tanggapan Felix ." Boleh percaya ke kau ni ? "
Jihyo angguk .
" Saya tak ada buat salah pun .
Cikgu Seonghwa tu je selalu tak puas hati dengan saya . Ada je yang tak kena "
Asyik nak cari kesalahan dia je .