𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12

341 61 12
                                    

" Cikgu , saya dah buat keputusan nak pindah balik ke sekolah ni " ujar Felix kepada Cikgu Seonghwa di depannya . Cikgu Seonghwa terus berubah riak . Jelas sekali dia tidak bersetuju dengan keputusan tiba-tiba itu . " Kamu jangan nak buat keputusan mengarut , Felix . Kamu pergi sana bukan saja-saja . Lagipun kamu pergi sana bawa nama sekolah ni . Jangan nak memalukan nama sekolah ni " Cikg Seonghwa membantah keras .

" Tapi Cikgu saya tak rasa saya sesuai dengan sekolah tu . Saya lebih selesa dekat sini "

" Lebih selesa dekat sini sebab ada kekasih kamu si Jihyo tu ? jangan hancurkan impian kamu sebab seorang perempuan , Felix " balas Cikgu Seonghwa benar-benar tidak bersetuju dengan keputusan itu . " Dia tak sihat , Cikgu "

" Eomma dia ada boleh jaga dia .
Adik dia pun ada .
Dah kamu boleh keluar saya banyak kerja nak buat " Cikgu Seonghwa bangun dan hampiri rak fail pelajar . Felix menapak keluar . Makin buntu dia dibuatnya .


















TOK TOK !

“ eonnie , ada orang datang ”

“ Siapa ?
Felix ke ? ”
Jihyo yang sedang berbaring terus bangkit . “ aniyo , Haru oppa datang ”

Jihyo angguk faham .
Dia sebenarnya sedang menunggu Felix . Jihyo turun dari katil dan keluar dari balik . Muka yang sedih dimaniskan apabila melihat Haruto di luar pagar rumah .

“ hai ”
Haruto menyapa seraya mengangkat tangan kepada Jihyo .
“ hai ” Jihyo menjawab sepatah sambil senyum nipis . Dia bukan tidak suka akan kehadiran Haruto , tapi dia mengharapkan yang datang adalah Felix . Saat-saat begini dia sangat memerlukan Felix .

“ macam mana dengan keadaan awak sekarang ? ”tanya Haruto bernada prihatin . Mahu tahu akan keadaan gadis itu . “ dah makin okay dah .
Thanks ”Haruto memang seorang yang sangat mengambil berat . Dan sepanjang Felix tiada sebelum ini Haruto lah yang menjaganya .

“ saya betul-betul tak sangka Eric sanggup bertindak macam tu .
Mianhe , saya janji dengan Felix nak jaga awak . Tapi saya gagal ”ujar Haruto merasa bersalah kerana gagal melaksanakan janjinya . “ ani , aniyo..jangan cakap macam tu . Awak tak salah ” Jihyo menyangkal tanggapan Haruto . Lelaki ini tiada salah apa .

“ senang hati bila tahu keadaan awak makin baik , Jihyo .
Saya harap lepas ni Eric tak ulang lagi perbuatan tak baik dia tu . Dia tak sepatutnya buat dekat perempuan macam tu . Lagipun , awak tak ada buat salah apa pun dekat dia ”kalau Eric buat lagi , tindakan akan di ambil .

Jihyo mengukir senyum .
“ dia rasa dia bahagia buat macam tu terserah pada dia .
Yang pasti saya tak akan maafkan apa yang dia buat ”dalam senyuman ada kesedihan dan juga ketakutan . Takut apabila teringat tentang apa yang Eric lakukan kepadanya .

“ sabar ya .
Saya tahu awak kuat ”bahu Jihyo dia tepuk-tepuk perlahan .

Tanpa keduanya sedari , Felix sedang melihat dari jauh . Sudah lama berdiri disitu memerhati dari jauh . Felix memasukkan kedua tangan kedalam poket seluar seraya memandang kebawah . Terbit senyum nipis dibibir itu . Dia melangkah pergi dari situ . Sempat melihat keduanya sepintas lalu .
























Felix mula mengemas .
Sehelai demi sehelai pakaian di masukkan kedalam luggege . Dia akan kembali ke Yonsei University . Minggu depan akan ada satu perlawanan persahabatan dengan sekolah lain .

Sedang dia mengemas , bip bunyi telefon menandakan ada mesej masuk . Telefon diatas meja tepi katil dia ambil .

Mine
Annyeonghaseyo . .
awak buat apa ?
wae awak tak datang .
saya tunggu awak .

Felix keluh berat .
Jam di dinding dia lihat .
Sudah menginjak ke angka 11:00 malam . Telefon dia letak kembali di tempat tadi . Hoodie dia sarungkan ke tubuh dan keluar dari bilik .

Dengan senyuman meleret dibibir , Jihyo keluar dan hampiri Felix . “ datang pun .
Dari siang tadi lagi saya tunggu awak .
Hurm--- ” Jihyo berwajah sedih plus merajuk . Malam baru Felix datang . Dahlah sudah lewat malam baru wajah tampan ini muncul .

“ aku dah nak pergi ”

Raut wajah Jihyo terus berubah .

“ bwo ?
tapi awak janji dengan saya yang awak tak akan pergi dah .
Dan awak tak akan tinggalkan saya .
Wae awak nak pergi lagi ? ”Jihyo tahu dia selfish . Tapi biarlah buat masa sekarang Felix ada bersamanya . Dia sangat memerlukan Felix .

Tidak membalas .
Malahan Felix membawa Jihyo kedalam pelukannya . “ jaga diri .
Aku titipkan kau kepada Haruto .
Aku yakin dia akan jaga kau dengan baik ”ujar Felix . ‘ dan dia pasti dapat bahagiakan kau , Jihyo ’detik hati Felix .

Tangisan Jihyo mulai kedengaran .
Kepala digelengkan .
“ aniyo , saya nak awak .
Bukan Haru .
Tolonglah jangan pergi sekarang ” rintih Jihyo bersama tangisan . Felix bertindak menepuk nepuk perlahan belakang tubuh Jihyo .

Felix meleraikan pelukan .
Jihyo menangis teresak-esak sambil mengelengkan kepala .

“ aku pergi dulu ”
Felix melangkah pergi .

“ andwae ! Felix jangan pergi ”

‘ mianhe , Jihyo .
Aku tak nak kau sakit lagi .
Aku tak nak disebabkan marahkan aku kau terbabit sama ’ detik hati Felix lagi dan terus melangkah pergi.

...

BERSAMBUNG .

𝙋𝙚𝙧𝙛𝙚𝙘𝙩 𝙈𝙖𝙩𝙘𝙝 | 𝙁𝙀𝙇𝙄𝙓   ✔︎Where stories live. Discover now