Jihyo merebahkan badan diatas katil . Dia meniarap , bantal dibuat lapik kepala . Raut wajah itu benar-benar sugul . Dengar sahaja perbualan Felix dan cikgu Paul , Jihyo berubah sedih . Dia tidak mahu jadi manusia yang pentingkan diri sendiri tapi jauh disudut hati Jihyo tidak mahu Felix pergi .
Jika Felix menerima tawaran dan pergi ke Yonsei University pasti keduanya akan jarang berjumpa dan kemungkinan tidak akan berjumpa untuk masa yang lama . Itu yang membuatkan Jihyo berat hati membiarkan Felix pergi .
Lagipula , kalau apa-apa terjadi kepadanya sudah tiada sesiapa mahu membela dan melindungi dirinya seperti Felix . Apalagi tentang Mijoo yang sentiasa tidak puas hati dengannya . Tidak ditambah lagi dengan Eric yang juga selalu tidak berpuas hati dengan dia dan Felix .
Walaupun , Eric sekarang berada di kampung kerana ada urusan keluarga , pasti nanti Eric kembali ke sekolah akan cari gaduh dengannya lagi . Bagaimana Jihyo mahu membela diri andai tiada Felix ? sedangkan Felix lah yang selalu ada bersama jika dia ada dalam kesusahan .
Jihyo sebek . " Aku ni pentingkan diri sendiri ke ? " tanya Jihyo kepada diri sendiri . Bunyi pintu bilik dibuka dari luar membuatkan dia mengalihkan pandangan kearah itu . Terpancul muka Yuqi dengan senyuman melebar .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Chu cakap lepas balik sekolah kau terus berkurung dalam bilik . Kenapa ? " Yuqi masuk kedalam dan melabuhkan duduk dibirai katil sebelah Jihyo . Jihyo pandang Yuqi dengan muka sebek .
" Kenapa ? Kau gaduh dengan Felix ke ? " tanya Yuqi prihatin . Dia duduk bersila mengadap Jihyo . " Ani--- kitorangtak gaduh " Jihyo geleng seraya bangun dan turut bersila .
" Habis tu kenapa ? "
Jihyo peluk bantal dengan muka sedih . " Tadi aku dengar perbualan Felix dengan Cikgu Paul . Diorangbincang pasal Felix kena pindah pergi Yonsei " jawapan Jihyo membuatkan Yuqi mulai faham kenapa mood rakannya itu berubah .
" Jihyo--- aku faham perasaan kau . Kalau aku dekat tempat kau pun pasti aku sedih juga . Kau sabar ya . Nak buat macam mana . Itu dah macam tanggugjawab Felix untuk sekolah "
" Tapi aku tak nak dia pergi--- " balas Jihyo dengan suara merengek sedih . " Jihyo--- " Yuqi memegang lengan Jihyo . Kesian pula dia tengok Jihyo sekarang ini .
" Aku pun kalau boleh tak nak dia pergi sebab aku tak nak tengok kau sedih . Kau janganlah macam ni . Jihyo--- " berkaca mata Yuqi apabila Jihyo mulai menangis .
Jihyo kesat airmata . " Kadang-kadang aku kesal kenapa Felix pandai main bola . Hiks--- jahat kan fikiran aku " ujar Jihyo . Semakin laju airmatanya mengalir . " Jihyo--- janganlah nangis " Yuqi memeluk Jihyo erat . Cuba memujuk Jihyo supaya tidak menangis .
" Dia luahkan dekat aku yang dia sedih bila dengan kau nak pindah " ujar Haruto Felix disebelah . Keduanya sedang duduk di tepi gelanggang futsal . Baru habis bermain futsal . " Entah , aku serba salah . Tak pergi kan nama aku dah ada dekat sana . Kalau pergi Jihyo pula aku serba salah nak tinggal " balas Felix sambil menghela nafas berat .
" Cikgu Paul pun dah suruh aku bersiap beli apa yang patut untuk aku punya keperluan dekat sana "
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Aku rasa kau jumpalah dia . Pujuk dia . Mesti dia tengah sedih sekarang . Bagi aku , aku tak tahu nak cakap macam mana . Tak bagi kau pergi tapi tu dah impian kau . Lagipun nama kau dah ada dekat sana . Dan nak suruh kau pergi aku serba salah pula dengan Jihyo . Bagi aku kau fikirlah betul-betul . Buat keputusan sebaiknya " ujar Haruto menasihati sebagai seorang kawan .
" Tapi kalau betul-betul aku pergi nanti . Aku harap sangat kau boleh jagakan Jihyo untuk aku . Kau jeaku boleh harapkan " rasa risau Felix begitu menebal untuk meninggalkan Jihyo . " Aku boleh jagakan dia , Felix . Bukannya tak boleh . Tapi tulah Jihyo nak kau je"
" Unnie--- Felix oppadatang ! " Laung Chu dari tingkat bawah .
Jihyo keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah . Dilirik sekilas eommanyadi dapur sedang memasak . Jihyo keluar dari rumah . Sweater yang dipakai dia rapatkan ke tubuh . Terasa sejuk pula malam-malam ni .
Pintu pagar Jihyo buka . Berpandangan dengan Felix yang sedang bersandar di dinding pagar .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Felix berdiri tegak dan mendekati Jihyo . Raut wajah Jihyo bertukar sedih apabila melihat Felix . " Awak buat apa dekat sini ? " tanya Jihyo . " Kenapa luah rasa sedih kau dekat Haru ? kenapa tak bagitahu jedekat aku ? " soalan Felix membuatkan mata Jihyo berkaca .
" Saya tak nak jadi penghalang awak pergi sana " ujar Jihyo .
" Siapa kata kau penghalang ? kalau sedih bagitahu aku . Kalau ada masalah luahkan dekat aku . Kau ada aku kan "
Jihyo tunduk . Tangisan kecil mulai kedengaran . Felix membawa Jihyo kedalam pelukannya . " Aku nak pesan . Kalau aku pergi kau jaga diri . Dengar cakap Haru sebab dia akan jagakan kau untuk aku nanti . Aku mungkin akan busy dan kita akan jarang jumpa . Tapi kau kena tahu yang hati aku hanya ada kau " pesanan Felix benar-benar memilukan hati Jihyo .
" Hiks--- " Jihyo memeluk erat pinggang Felix dan menghamburkan tangisan di dalam pelukan itu . Felix membiarkan . Biarlah Jihyo menangis semahunya .