14 | PARK EUNSEO |

62 14 6
                                    


Raesang POV


"Hyunwoo,Soo Yoo.Mana korang ni?Aku dah sampai dah ni",bising aku melalui telefon.

"Sekejap.Kitaorang dah nak sampai ni.Kitaorang sekarang dah berjalan melepasi kedai oden ni",balas Hyunwoo tersangkut-sangkut. Kedai oden?Mata kau melilau sekeliling.Tak silap aku dekat sini ada kedai oden juga.

Tidak jauh dari situ,aku ternampak Hyunwoo dan Soo Yoo sedang berlari anak menuju ke arah aku.Aku pula sudah bercekak pinggang. Sudah bersedia untuk berleter dekat dua orang budak ni.

"Maaf kitaorang lambat.Tadi ada kemalangan so jalan sesak sikit", beritahu Soo Yoo tercungap-cungap mencari nafas.

"Korang ta-",ayat aku dipotong.

"Kau tak payah la nak membebel dekat kitaorang sekarang ni.Jom masuk.Aku haus ni",Hyunwoo terus menarik aku masuk ke dalam restoran.Begitu juga Soo Yoo.

Tahu takut.Aku kalau membebel,orang sekeliling akan sakit telinga. Sebab apa?Sebab suara aku ni sama macam ikan lumba-lumba.Bingit.

"Kau nak makan apa?Harini aku belanja kau makan",tanya Soo Yoo sambil menyelak-nyelak buku menu.Aku sudah tersenyum gembira. Hilang sikit amarah aku bila ada orang nak belanja makan.

"Aku?Kau tak belanja aku sekali ke?",tanya Hyunwoo sekali sambil jari telunjuk dituding ke arah dirinya sendiri.

"Buat apa aku nak belanja kau?Ada duit sendiri,kan?Bayarlah sendiri",Soo Yoo mendengus perlahan sambil menjeling tajam. Hyunwoo pula hanya mencebik.Aku?Aku pula sudah tergelak sakan di dalam hati selepas melihat pergaduhan itu.

"Wey aku nak pergi tandas sekejap.Kau order jela apa-apa untuk aku.Aku pergi dulu tau",aku bingkas bangun lalu berjalan menuju ke tandas restoran itu.

Selesai membuang apa yang patut,aku menuju ke singki untuk mencuci tangan.Sehelai tisu aku ambil lalu berjalan ke luar sambil mengelap tangan.

Sedang aku mengelap tangan dan kesan air di baju akibat percikan air semasa aku membasuh tangan tadi,tanpa sengaja aku terlanggar seorang pelayan restoran yang sedang membawa dulang berisi air.

Air yang dibawa jatuh ke lantai,juga di baju aku.Aku mengusap perlahan bahuku yang terlanggar pelayan itu tadi.Kenapa aku rasa macam aku langgar dinding tadi?Keras bukan main lagi.Sampai sakit bahu aku dibuatnya.

"Maaf saya tak sengaja",ucap pelayan lelaki itu lalu cepat-cepat menolong aku bangun. Dia mengutip gelas-gelas yang bersepah di atas lantai.Aku melihat wajah lelaki itu.

'Aikk rasa macam pernah nampak je dia ni?Tapi dekat mana eh?',Aku sedaya upaya cuba mengingati lelaki itu.

"Hwang Hyunjin?",nama itu terbit melalui bibir aku.Lelaki itu mendongak.Wajahnya sedikit terkejut.

"Raesang-ah",sebut lelaki itu.Aku hanya tersenyum.

"Lama tak jumpa kau.Bukan haritu kau kata kau sambung belajar ke dekat luar negara?Bila kau balik sini?",sapa aku.Aku menolong Hyunjin mengelap kawasan yang kotor kerana air tadi.

"Aku balik sini dua bulan lepas.Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini.Kau datang dengan siapa?",tanya Hyunjin sambil tersenyum lebar sehingga menampakkan eyesmile nya.

Kalau nak tahu,Hyunjin ni kawan sekelas dengan aku,Hyunwoo dan Soo Yoo.Sebenarnya,dia ni crush aku.Kenapa aku ter crush dekat dia? Sebab senyuman dia tu.Senyuman dia tu boleh mencairkan semua hati gadis yang melihat. Dan mata dia yang mengoda tu.Hik hik hik.Jangan bagitahu Johnny tau.Ingat!

OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||Where stories live. Discover now