1 |LANGGAR |

405 39 14
                                    

Raesang POV

GEDEBUK!!!

Kedengaran seperti ada sesuatu telah jatuh.
"Adoii!!! Time ni jugalah nak jatuh katil! Dahlah aku dah lambat", rungutku lalu terus bangun. Tuala yang berada di ampaian aku capai lalu berlari masuk ke dalam bilir air.
Selesai membersihkan diri aku terus menyarungkan pakaian di badan .Rambut panjangku aku ikat gaya ponytail. Aku turun ke bawah sebaik sahaja selesai bersiap.
Roti di atas meja aku gapai lalu terus dibawa ke mulut. Tangan sebelah kanan sıbuk mengunci pintu manakala sebelah lagi sedang memegang roti.
Selesai mengunci pintu, aku mengambıl kasut tumit tinggiku dan terus masuk ke dalam kereta. Enjın kereta aku hidupkan dan terus memandu keluar dari halaman rumah menuju ke tempat kerja.

...

"Ahhh maafkan saya. Saya terlewat bangun tadi", terang aku kepada bossku yang sudah bercekak pınggang.
"Kamu tahukan harini kita ada klien penting?! Kenapa kamu lambat?! Klien kita tu dah tunggu lama dalam bılık menunggu. Sepatutnya kamu yang tunggu mereka bukan mereka yang tunggu kamu!Kamu pergi masuk dan minta maaf dekat mereka",tengking Encik Choi.
Aku yang tidak sempat mencari nafas terus mengangguk laju. Sebenarnya aku malas nak menjawab. Buat sakit telinga je pagi-pagi macam ni .
Aku terus meletakkan beg di atas meja lalu mencapai beberapa keping kad dan berjalan menuju ke bılik menunggu.
Aku berhenti seketika di hadapan pintu bilik menunggu.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum menghembuskanya semula .Aku mengukirkan senyuman manis dı bibir lalu memulas tombol pintu itu perlahan-lahan.
"Annyeonghaseyo!!!",sapa aku dahulu sambil menunduk hormat. Mereka yang terlihat aku terus berdirı dan membalas tundukan hormatku.
"To the world NCT! Annyeonghaseyo,we are NCT ilichil imnida" sapa ahlı-ahlı NCT 127 pula.
Aku terkejut apabila melihat seorang ahli yang sedang berdiri di sebelahku. Aku perlu mendongak untuk melihat wajah pemilik badan yang tinggi lampai itu .
'Siapa dia ni?',aku melihat orang itu dari atas ke bawah. Senyuman masih lagi melekat di bibirku.
Maklumlah aku ni bukan minat k -pop. Manalah nak kenal nama-nama ahli-ahli NCT ni.
Dia yang perasan dengan pandangan aku itu terus merendahkan badannya separas dengan tınggiku. Dia berpaling dan memandang diriku lalu mengukirkan senyuman yang manis di bibir .
Aku yang melihat terpana seketika sebelum dikejutkan dengan bisikan di telinga oleh kru melalui earphone yang dipakai
"Ahhh maafkan saya. Termenung pula saya. Silakan duduk",aku ketawa kecil bagi menghilangkan rasa malu yang menyebulungi diriku.
"Boleh kalian mermperkenalkan diri kalian kepada para peminat?",pinta aku dengan sopan.
Seorang demi seorang memperkenalkan diri mereka sehingga sampai giliran lelaki yang duduk di sebelah aku untuk memperkenalkan dirinya.
"Nctzen Annyeong!!Saya Johnny",sapa lelaki yang bernama Johnny itu.
'Ahhh. nama dia Johnny rupanya' ,kata aku dalam hati sambil mengangguk-anggukkan kepala. Aku pun memulakan temu bual terhadap mereka semua.

...

Selesai temu bual, aku bangun dan menunduk hormat kepada mereka. Mereka membalas tundukan aku sebelum mula beransur keluar dari dalam bilık menunggu itu .
Aku yang ingin bangun dan keluar tidak boleh kerana kawasan tempat duduk aku itu sedikit sempit. Hal ini menyebabkan aku hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh.
Johnny yang perasan terus menyambut diriku daripada terjatuh. Aku terkejut. Nasib baik tak kena bucu meja. Dah la tajam Kalau tak mati aku.
Aku melihat wajah Johnny dan terpaku kerana hanya sejengkal sahaja lagi sebelum wajah kami bertemu.
"Awak okey?" tanya Johnny risau. Aku yang baru tersedar cepat- cepat bangun. Aku membalas soaļannya dengan anggukan dan ucapan terima kasıh.
"Yah!Johnny hyung. Cepatlah !".panggil Mark di pintu. Mark melemparkan senyuman ke arah aku.
"Eo Sekejap!".balas Johnny.
"Lepas ni tolong hati -hati. Saya risau" pesan Johnry sebelum melemparkan senyuman manisnya dan berlalu pergi. Pipi aku menjadı merah menahan malu.
'Apa?Apa?Apa?!Apa dah berlaku tadi?!' jerit aku dalam hati .Aku memerhati sekeliling.
"Bilik ni tak ada cctv,kan?Kalau tak mampus aku", kata aku lalu menepuk dada lega.

...

Johnny POV

"Korang,lepas ni kita dah tak ada temu janjikan?Jom pergi jalan- jalan?", ajak aku. Semua mengangguk setuju. Ada yang sudah terjerit- jerit seronok.
"Hari ni saya pandu. Awak semua boleh balik",kata aku kepada pemandu dan PA mereka.
"Tetapi kalau ada sesuatu berlaku macam mana?",tanya PA ku risau.
" Jangan risau .Saya boleh handle" jawab aku tenang. Mereka hanya akur lalu pulang.
"Jom!",ajak aku lalu masuk ke kerusi pemandu. Enjin di hıdupkan lalu kami meluncur keluar daripada kawasan parkir kereta itu.

...

Raesang POV

"Lepas ni aku nak pergi mana?",tanya aku kepada diri sendiri. Telefon di tangan aku hidupkan .Mencari kedai di sekitar kawasan ini yang best best sambil berjalan tak tengok depan. Nasiblah terlanggar pokok atau termasuk dalam longkang.
Sampai di lampu isyarat aku menyimpan telefonku di dalam beg lalu sekali-sekali memerhatikan lampu isyarat pejalan kaki di atas. Aku termenung sehinggakan aku tidak perasan lampu isyarat pejalan kaku sudah bertukar hijau.
"Aishh,lagi lima saat .Baik aku lintas sekarang",aku tidak melihat ke kiri dan kanan dahulu sebelum melintas. Aku berjalan dengan laju melintas jalan.

PON!PON!PON!

Kedengaran bunyi hon kereta dari jauh. Aku berpaling. Aku ternampak ada kereta laju memecut ke arahku .Aku memandang lampu isyarat pejalan kaki sekilas. Sudah berwarna merah.
"Ni ke pengakhiran hidup aku?",aku menutup mata mengharapkan keajaiban berlaku.
"Aik. aku tak rasa apa-apa pun",aku membuka mata apabıla aku tidak merasakan apa-apa yang berlaku kepada diriku.
"Yah!Awak okey?",pemandu kereta itu turun lalu berlari ke arah aku. Dia bertanyakan soalan itu kepada aku. Aku yang terkejut dengan kejadian itu terus pengsan di situ.
"Yah yah!Kenapa ni?!", kedengaran suara orang lain di sekitar memanggil dan bertanya sesama sendiri.

Haii!!okey ni ff ketiga dinna khas untuk peminat NCT🤗💚dalam cerita ni dinna cuba masukkan kesemua ahli ot23 tau tpi more kepada Johnny dengan Xiaojun😂❣️jangan marah tau...hope korang suka ff ni🤗bagi dinna ff ni best bgi korang xtahu la🤷dialu-alukan untuk vote komen n share!!😆✨happy reading korang!!🐨💜

#followsila
#votesila
#komensila
#sharesila

OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||Where stories live. Discover now