10 | SUKA |

80 17 4
                                    

Aku turun ke ruang tamu. Tiba-tiba aku ternampak tingkap yang sepatutnya memaparkan laman belakang ditutup dengan langsir .Aku hairan. Takkan tak ada yang bangun lagi?
"Jangan buka langsir tu!" jerit Jaemin .Aku yang mendengar tetap berdegil hendak membuka langsir itu sehinggalah Jaemin memegang tangan aku .
"Tolong jangan buka"rayu Jaemin.
"Apa yang korang sorokkan dari saya?".
"Esok awak akan tahu. Esok awak boleh tengok",kata Jaemin.
"Kenapa?Korang sorok apa sampai tak nak bagitahu saya ni?!",aku mula naik angin.
"Tolonglah. Tak lama pun. Esok malam awak dah boleh tengok",rayu Jaemin lagi .Aku hanya mendengus kasar. Terus aku berjalan naik ke bilik.
"Apa yang diaorang sorok sebenarnya?Esok ada apa?Anniversary diaorang ke?Kalau ye pun kenapa nak sorok daripada aku?" ,mulalah bermacam-macam soalan muncul dalam kepala aku ni. Aku mencampakkan badan ke atas katıl.
"Dah la. Malas nak fikir!Tıdur lagi bagus!".

...

"Raesang-ah turun makan!" Johnny mengetuk pintu bilık aku. Aku tidak menyahut. Aku menarik selimut sehingga menutupi kepala. Aku dengar pintu bilik dibuka.
"Raesang-ah" Johnny memanggil nama aku sekali lagi. Aku dapat merasakan yang dia duduk di sebelahku. Dia menarik selimut aku .
"Kenapa ni?" tanya Johnny .Aku masih tidak mengendahkannya.
"Awak marah saya ke?Saya buat apa sampai awak marah saya ni?", tanya Johnny lagi .Aku terus berpaling memandang wajahnya dengan muka marahku. Aku bangun dan duduk.
"Awak ada sembunyikan apa-apa daripada saya ke?", tanya aku dingin . Muka dia nampak sedikit terkejut . Johnny mati kata.
"Korang sorok apa ha?",aku meninggikan sedikit suaraku.
"Maaf. Saya tak boleh bagitahu awak sekarang .Esok malam baru awak boleh tengok sendiri dengan mata awak",ujar Johnny.
Jawapan yang sama dengan Jaemin .Aku hanya mendengus kasar. Aku terus menarık selimut semula. Johnny yang berada disitu terkejut dengan tindakan aku.
"Raesang-ah kalau awak nak marah saya, marahlah. Tapi saya jamin esok malam awak tak akan marah saya lagi. Awak akan happy je esok", pinta Johnny sebelum keluar dari bilik aku.
'Happy?Kenapa?Esok hari apa?Berapa haribulan?'

...

Aku bersiap-siap untuk keluar .Nak jumpa Soo Yoo dengan Hyunwoo. Rindu diaorang!
Soo Yoo suruh aku pakai dress pendek warna hijau muda .Aku pun tak tahu kenapa. Aku pakai jela.
Rambut aku, aku biarkan lepas. Aku membetul-betulkan anak rambutku. Biar kelihatan kemas. Telefon aku capai lalu mendail nombor Soo Yoo.
"Annyeong!Bila kau nak ambil aku?" tanya aku .
"Aku on the way ni .Kau tunggu dalam bilik je dulu" kata Soo Yoo melalui telefon.
"Arasso.Cepat sikit" kata aku sebelum menamatkan panggilan. Telefon aku simpan di dalam beg silang semula. Tiba tiba,ada seseorang mengetuk pintu. Aku pun berjalan menuju ke pintu.
"Soo Yoo?Hyunwoo?Cepat betul. Rasanya aku baru letak telefon tadi", kata aku hairan sebaik sahaja ternampak Soo Yoo dengan Hyunwoo di hadapan pintu. Tapi yang aku pelik sekarang ni kenapa diaorang senyum sinis?Dan dekat tangan Soo Yoo ada kain warna hitam.
"Aku nak tutup mata kau dulu",kata Soo Yoo sebelum melangkah ke arah aku. Hyunwoo pula sudah memegang kedua-dua tangan aku.
"Kenapa pula?".
"Aku nak bawa kau pergi satu tempat ni. Kau tak boleh tengok.Nanti tak surprise la" kata Soo Yoo.Aku membiarkan. Diaorang ni mesti nak kenakan aku. Soo Yoo dan Hyunwoo merangkul tangan aku. Aku dibawa turun ke tingkat bawah.
"Raesang, lompat!Ada longkang" kata Soo Yoo. Aku yang tak nampak apa-apa ni hanya turuti. Aku dapat mendengar yang diaorang berdua tengah gelakkan aku.
"Bonggoklah korang ni .Janganlah main-main .Jatuh aku nanti siapa nak sambut?" marah aku.
"Maaf. Nak gurau pun tak boleh ke?Okey dah nak sampai.Sikit je lagi" kata Hyunwoo. Dia menyuruh aku menyarungkan kasut dahulu sebelum kembali berjalan.
"Okey,Raesang-ah .Kau tunggu sini sekejap" Soo Yoo dan Hyunwoo melepaskan tangan aku. Ishh boleh pula diaorang tinggalkan aku sorang-sorang. Dahla aku tak nampak apa-apa ni.
"Raesang kau dah boleh buka kain tu" kata Soo Yoo .Aku pun membuka kain yang menutupi mata aku perlahan-lahan .Mata aku terkatup apabila cahaya matahari terbenam mengenai mukaku.
"Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ Happy birthday to Raesang-ah ~Happy birthday to you!",kedengaran ada orang menyanyikan lagu hari jadi untuk aku. Aku membuka mata aku dan aku ternampak semua ahli NCT ada disitu. Begitu juga dengan Soo Yoo dan Hyunwoo.
'Sekejap harini birthday aku ke?Kenapa aku boleh lupa?Patutlah diaorang macam sembunyikan sesuatu daripada aku' pinta aku dalam hati. Mata aku sudah bergenang dengan air mata. Tunggu masa nak menitis je.
"Yah kenapa kau nangis?Kau tak suka ke?" ,Hyunwoo datang ke arahku sambil membawa topi hari jadi bersama. Aku mengeleng .
"Siapa yang rancang ni?Patutlah korang macam sembunyikan sesuatu dari aku .Rupa-rupanya nak buat surprise ni je ke?",aku mengelap air mata yang sudah mengalır.
"Alololo janganlah nangis",Soo Yoo dan Hyunwoo memeluk aku .Lagilah air mata aku berjujuran keluar!
"Siapa yang rancang?Siapa lagi kalau bukan Johnny tu",beritahu Soo Yoo lalu memuncungkan mulutnya ke arah Johnny. Johnny hanya tersenyum memandang aku.
"Dialah yang rancang semua ni. Kitaorang ikut je",kata Hyunwoo lalu memakaikan aku topi hari jadi.
"Terima kasıh",ucap aku .Mereka hanya tersenyum. Siapa tak terharu kawan buat birthday party macam ni kan?Mestilah ada agenda air mata.
"Raesang-ah happy birthday ",ucap Doyong dengan Jungwoo.
"Terima kasih korang sebab buatkan birthday party ni untuk saya", kata aku sambil tersenyun lebar.
"Dah dah. Jom potong kek!" jerit Ten. Dia menghulurkan pisau kek kepada aku.
"Raesang-ah, senyum ",panggil Lucas yang sudah bersedia untuk menangkap gambar aku .Aku pun memotong kek dengan senyuman kekok. Mana pernah sambut birthday ramai-ramai macam ni.
"Raesang-ah,cantiknya kau dalam gambar ni" Soo Yoo berlari ke arah aku lalu menunjukkan gambar aku yang terpapar di skrin telefonnya. Aku hanya tersenyum.
"Raesang-ah!Buka hadiah aku dulu" Hyunwoo berlari sambil membawa hadiah đi tangan.
"Tak. Aku punya dulu",Soo Yoo menghalang Hyunwoo daripada memberi hadiah kepada aku.
"Akulah".
"Aku dululah!" .
"Ish korang ni .Aku hantuk kepala nanti baru tahu .Aku buka dua- dua" aku mengambil hadiah mereka lalu diletakkan di atas meja .Aku membuka Soo Yoo punya dahulu.
"Wah!Hoodie yang aku nak selama ni . Terima kasih wey!!!" aku memeluk Soo Yoo ketak-ketak sampaikan dia tak boleh bernafas. Opsss terlebih teruja pula. Aku juga membuka hadiah daripada Hyunwoo.
"Gelang?" Hyunwoo menunjukkan gelang di tangannya.Begitu juga dengan Soo Yoo.
"Gelang persahabatan kita" kata Hyunwoo. Aku menyarungkan gelang itu di tangan kanan sebelum memeluk mereka berdua.
"Ehem ehem .Jangan lupa kitaorang dekat sini",dehem Hendery. Kami hanya tertawa.
"Kitaorang pun ada hadiah" kata Kun. Aku mengangkat kening sebelah.
"Korang bertiga duduk dekat sini. Bagi kitaorang bersiap",kata Yangyang. Kami bertiga hanya akur. Aku memandang Soo Yoo dengan Hyunwoo pelik .Diaorang nak bersiap untuk apa?
Tiba tiba kedengaran lagu Make A Wish(Birthday Song) dimainkan. Diaorang menari depan-depan wey!Hyunwoo dengan Soo Yoo sudah terjerit jerit apabila melihat idola sendiri. Baguslah lagu kena dengan situasi sekarang.
Hyunwoo dengan Soo Yoo turut bersama menari di depan .Aku hanya duduk di tepi. Nak menari?Manalah aku reti. Dah la badan macam kayu, ada hati nak menari.
Pada pengakhiran lagu itu,Lucas datang ke arah aku lalu menghulurkan bunga ros. Aku pun mengambilnya dengan senyuman. Hyunwoo dengan Soo Yoo sudah cemburu dengan aku. Padan muka. Siapa suruh lahir awal. Kan dah tak dapat merasa.
Persembahan diteruskan dengan lagu From Home, Back Alive, Turn Back Time,Ridin' dan akhir sekali Kick It.Aku tak sangka aku akan dapat hadiah yang best macam ni. Bukan senang nak dapat tengok free-free macam ni.
Aku memerhatikan Johnny semasa persembahan Kick It. Gerak tariannya semua aku perhatikan .
'Kenapa dia handsome sangat,ha?!Wey kenapa dia kuak rambut dia macam tu?Kau tahu tak aku cair sekarang ni?!',bebel aku dalam hati.
"Sekian hadiah darıpada kami" kata Yuta. Kami bertiga bertepuk tangan dengan gemuruh.
Selepas selesai menonton persembahan mereka kami pun mula menjamah makanan yang disediakan khas oleh Taeyong.
Ada yang sudah terjun ke dalam kolam untuk bermain bola tampar. Aku hanya duduk di kerusi berdekatan dengan pintu .Takut terkena percikan air kolam. Sesudu kek aku bawa ke mulut.
"Selamat hari jadi,Raesang-ah",tiba tiba muncul Johnny di sebelah aku. Nasib baik kek tadi tak tersembur kena muka dia .Aku menumbuk dada aku berkali-kali kerana tersedak.
"Maaf .maaf" Johnny cepat-cepat menghulurkan aku air .Dengan rakusnya aku meneguk air itu.
"Tak boleh bagi salam dulu ke?Ni main sergah je. Nasib tak mati. Kalau mati macam mana?" marah aku
Johnny hanya tersengih sambil menggaru kepalanya.
"Nah. Hadiah" Johnny menghulurkan aku kotak kecil berwarna hitam. Aku mengambilnya.
"Apa ni?Boleh buka tak?".
"Bukalah",aku pun mula menarik reben kecil yang membaluti kotak itu selepas Johnny mengizinkan.
Kotak itu aku buka perlahan. Aku tergamam selepas terlihat seutas rantai di dalamnya. Di rantai itu, terdapat mangga kecil yang terkuncı di situ.
"Rantai?" Johnny mengangguk lalu mengambil rantai itu.
"Biar saya pakaikan",Johnny terus berjalan menuju ke belakang aku untuk memakaikan rantai itu. Aku mengangkat rambutku agar Johnny lebih senang memasang kancingnya.
"Terima kasih ,Johnny-ah",ucap aku sambil membetulkan mangga kecil itu.
"Mana kunci mangga ni", tanya aku Johnny menunjukkan gelang di tangannya yang tersangkutnya kunci mangga itu. Aku hanya mengangguk. Aku masih lagi membelek rantai itu. Cantik.
"Johnny-ah, saya nak tanya something?".
"Eo?"
"Kenapa awak sanggup buat untuk saya semua ni ?Bawa saya pergi Dreamland. Bawa saya pergi ladang strawberi dan sekarang awak buat birthday party untuk saya. Kenapa ha?",tanya aku ingin tahu .Dia tidak menjawab.
"Kenapa awak jaga saya masa saya sakit sampaikan awak tak tidur? Kenapa awak marah saya masa tangan saya luka haritu?Kenapa awak risau sangat pasal diri saya?", bertubi-tubi soalan aku beri .
"Sebab saya suka awak" jawab Johnny sambil memandang wajah aku. Aku yang mendengar terus mati kata.
"Sebab tu saya tak kan lepaskan awak pergi."
" Saya rasa saya dah mula sayangkan awak lebih dari pendatang asing tanpa izin" Aku baru teringat ayat-ayat yang dia katakan pada aku malam itu .Aku fikir dia hanya main-main, tapi nampaknya tak.
"Kenapa saya?Dekat luar sana ramai lagi perempuan yang cantik dan baik daripada saya. Tapi kenapa saya?",tanya aku lagi.
"Saya pun tak tahu .Tapi hati saya kata saya suka awak. Kalau saya nak lawan kata-kata hati saya sekalipun takkan berhasil punya. Sebab saya percaya" kata Johnny sambil memegang tàngan aku.
"Awak pula macam mana?Terima saya atau awak nak biarkan saya bertepuk sebelah tangan?".
"Macam mana dengan ahli yang lain?Peminat awak?Boss awak?",aku mula mengesat air mata yang keluar.
"Jangan risau. Biar saya yang handle. Apa jawapan awak?Terima atau tak?", tanya Johnny lagi sekali .Aku hanya mengangguk perlahan sambil mengesat air mata aku. Johnny sudah tersenyum sampai ke telinga.
"Hubungan kita akan jadi macam mangga ni .Erat. Tak ada sesiapa yang boleh buka",kata Johnny sambil memegang mangga kecil yang tergantung di leher aku. Aku hanya mengangguk setuju.

Bab 10 done!kenapa aku rasa makin lama makin sendu + klise?😂😅idea makin xde😗hope korang x bosanlah ye....jgn lupa vote komen n share ta🤗❣️

OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||Where stories live. Discover now