Sebaik sahaja sampai di hadapan 63 Building,kami memarkirkan kereta di tempat letak kereta yang disediakan.Kami pun memasuki bangunan itu lalu menuju ke tingkat yang menempatkan Sea World.
Tiket masuk Johnny sudah beli awal-awal.Kami hanya perlu menunjukkan tiket itu kepada penjaga kaunter dan masuk.
"Kenapa kita datang sini?",tanya aku hairan.Yela kata nak pergi date,tapi kenapa pergi aquarium pula?
"Kalau awak nak tahu,sinilah tempat kegemaran saya masa saya kecil dulu.Saya selalu datang sini dengan keluarga saya.Tapi bila dah sibuk ni,tak ada masa nak singgah sini",beritahu Johnny sambil melihat ikan berwarna-warni berenang-renang di kiri dan kanan kami.
"Kalau macam tu,lepas ni jom datang sini lagi nak tak?",ajak aku. Johnny hanya mengangguk lalu tersenyum.
"Awak,sekejap lagi ada pertunjukan ikan duyung.Nak tengok tak?", beritahu Johnny.Aku pun mengangguk laju.Bukan selalu dapat tengok ikan duyung depan mata ni.Selalunya aku tengok dalam buku cerita puteri dengan tv je.
Kami berjalan melalui lorong-lorong di dalam aquarium itu.Cantik. Aku rasa aku dah mula suka tempat ni.Sebab kecantikan tempat ni dan tempat ini adalah tempat kegemaran Johnny.
Semasa pertunjukan ikan duyung,akulah orang paling teruja.Johnny pula biasa-biasa je.Mungkin sebab dulu dia dah pernah tengok.So bagi dia benda tu dah biasa.
Aku duduk barisan paling depan.Aku menangkap gambar ikan duyung yang berada di hadapan aku.Kalau buka galeri ni,mesti penuh dengan gambar ikan duyung.Biasalah pertama kali tengok.Macam nilah jadinya.
Aku dapat merasakan ada orang mencuit bahu aku.Aku menoleh dan tanpa sengaja tertekan butang kamera.Habis silau mata orang tu kena flash aku.
"Arghh appo",Johnny menggosok matanya yang terasa sakit itu kerana flash aku itu tadi.Aku yang berada di sebelah sudah gelabah.
"Ahhh mian.Saya tak sengaja tertekan",aku cepat-cepat minta maaf. Nanti merajuk,tak jadi date kitaorang dibuatnya.
"Buat apa awak ambil gambar ikan duyung tu banyak-banyak?Baik awak ambil gambar saya.Nanti saya tak ada boleh tengok gambar untuk lepas rindu",kata Johnny sambil menggosok matanya.
"Sebab ikan duyung ni cantik",aku memandang hadapan semula. Tangan masih memegang telefon untuk menangkap gambar ikan duyung itu.
"Awak,pandang sini",panggil Johnny.Aku pun menoleh dengan kadar segera.
KLIK!
"Dapat pun",Johnny melihat gambar yang diambil.Tiba-tiba,Johnny tertawa setelah melihat gambar itu.
"Kenapa?",tanya aku hairan.Dia pun menunjukkan gambar itu.
"Kenapa muka awak macam tu?",tanya Johnny sambil gelak memegang perut.Aku sudah bermasam muka.Aku tak bersedia lagi dia dah tangkap gambar.Habis buruk muka aku dalam gambar tu.
"Padam",arah aku dingin.
"Tak nak.Comel apa".
"Padam.Kalau tak saya balik",ugut aku.
"Arasso.Saya padam.Dah jangan merajuk lagi",Johnny terus memadam gambar itu selepas mendengar ugutan aku.Tahu takut.Kami pun keluar selepas pertunjukan ikan duyung itu habis.
"Lepas ni nak pergi mana?",tanya aku.
"Cheongye Stream",balas Johnny.Kami pun masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu menuju ke destinasi yang ingin kami tuju.
...
Suasana malam itu sangat cantik dan nyaman.Angin sepoi-sepoi bahasa datang menerjah muka aku.Kami berjalan turun ke tepi sungai.
![](https://img.wattpad.com/cover/250669672-288-k652174.jpg)
YOU ARE READING
OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||
Romance'Sekejap!Aku sekarang ni dekat mana?Betul ke ni?Aku tak mimpi kan?Betul ke Johnny NCT sekarang ni ada depan mata aku?!Dan betul ke sekarang ni aku ada dalam bilik dia?!'-Raesang credit to @ForeverAdel start : 9.12.2020 end : 21.01.2021