Johnny POV
Pintu bilik aku buka lemah.Aku berjalan ke arah katil sebelum mencampakkan badan ke atas tilam yang empuk itu.Aku merenung siling bilik sebelum menghela perlahan.
"Ni semua salah aku.Kalau aku tak tuduh dia bukan-bukan haritu, perkara ni takkan berlaku.Sekarang aku dah hilang orang yang aku sayang",aku bermonolog sendiri di dalam bilik.Hati aku terasa sakit sangat sekarang ni.
Aku menerkup muka aku dengan bantal gebu.Tanpa aku sedar, aku menangis dalam diam.
...
Soo Yoo POV
"Annyeong, Raesang-ah",aku melawat Raesang selepas habis waktu bekerja.
"Annyeong.Seorang je ke?Mana Hyunwoo?",Raesang membalas sapaan aku dengan senyuman.Dia meletakkan telefonnya di atas meja.
"Dia lambat sikit sebab ada meeting.Jadi, aku datang dululah", beritahu aku lalu meletakkan beg silangku di atas sofa.
"Kau macam mana?Ada ingat apa-apa tak?",soalan yang sama seperti selalu aku tanya.Seperti biasa, gelengan dari Raesang aku dapat. Aku membuka laci meja dan aku ternampak sebuah buku di dalamnya.
"Buku apa ni?Siapa bagi?",aku menunjukkan buku itu.Dia tidak mengendahkan soalan aku.
"Siapa yang bagi ni?".
"Adalah orang gila ni bagi dekat aku",beritahu Raesang acuh tak acuh.Dia seperti tidak berminat dengan buku itu.
"Jahatnya mulut kau!Kesianlah orang tu.Dia dah bagi kau buku, bacalah.Tapi aku tengok buku ni macam bukan buku biasa-biasa je. Nampak macam diari.Apa kata kau baca.Mana tahu buku ni dapat tolong kau ingat semula ke, mana tahu?",paksa aku.
"Yela yela.Nanti aku bacalah.Letak je dalam laci tu dulu.Bila-bila nanti aku bukalah baca",marah Raesang.Haishh dia ni.Aku smack down nanti baru tahu.Nasib kau sakit, kalau tak dah lama aku buat.
...
Raesang POV
Aku berjalan menuju ke taman hospital.Kenalah pergi seorang diri sebab semua orang sibuk.Aku berjalan menuju ke arah bangku berdekatan sebelum melabuhkan punggung disitu.
Udara segar petang itu aku hirup.Suasana sekeliling aku perhati. Buku diari yang diberi oleh Johnny aku pandang.Aku pun membelek buku itu perlahan.
"Tak apa ke dia bagi aku baca buku diari dia ni?Setahu aku, selalunya orang tak akan bagi orang lain baca buku diari diaorang.Tapi dia ni terbalik",aku membuka halaman pertama.
5 Mac
Cantiknya dia tadi!Song Raesang namanya.Sedap.Dia dah curi hati aku hari ni<3
Aku hampir nak langgar orang.Nasib baik tak langgar lagi.Dahla orang tu adalah orang yang dah curi hati aku!>_<
Aku?Aku ke orang yang dia maksudkan?
8 Mac
Kemas rumah dengan awak!Pandai betul awak mengemop.Sampai dah tiga bilik pun tak sedar.Boleh buat bakal isteri ni!^ ^
Main truth or dare dengan awak!Saya kena dan awak bagi truth dekat saya.Haechan tanya saya ada suka siapa-siapa tak dan saya jawab ada.Orang tu adalah awak!<3
YOU ARE READING
OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||
Romance'Sekejap!Aku sekarang ni dekat mana?Betul ke ni?Aku tak mimpi kan?Betul ke Johnny NCT sekarang ni ada depan mata aku?!Dan betul ke sekarang ni aku ada dalam bilik dia?!'-Raesang credit to @ForeverAdel start : 9.12.2020 end : 21.01.2021