20 | PERMAINAN |

59 14 2
                                    


Raesang POV

Mata aku kelip perlahan.Cahaya yang menyuluh ke mukaku itu membuatkan aku terasa sedikit pening.Kepala aku terasa sakit sangat.

Aku melihat sekeliling.Ehh ni bukan rumah ahli NCT.Aku dekat mana ni?

"Dah bangun?",tegur satu suara dari belakang.Aku berpaling dan terlihat seorang lelaki sedang mengasah pisaunya.Dan pada masa yang sama aku baru perasan yang tangan dan kaki aku diikat rapi.

"Saya...saya dekat mana ni?",aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Jangan takut.Aku takkan apa-apakan kau.Sebab apa?Sebab kau sekarang ni dah jadi orang tebusan aku",lelaki yang berparut di mata itu sekadar tersenyum sinis memandang aku.

"Kau nak apa ha?!",aku meronta-ronta untuk melepaskan diri.Lelaki itu berjalan ke arah aku lalu duduk mencangkung di hadapan aku.Wajah aku dia perhati.

"Aku nak duit, tu je.Kau jangan takut.Lepas aku dapat duit, aku akan fikir nak lepaskan kau atau tak nak",pisau lelaki itu bermain di pipi kiri aku.Lelaki itu tersenyum sinis sebelum ketawanya pecah memenuhi ruang gudang lama itu.

Tiba-tiba bunyi telefon berdering kedengaran.Bunyi itu datang dari telefon aku.Lelaki itu segera mendapatkan telefon aku yang diletakkan di atas meja.

"Tengok siapa yang call",lelaki itu tersenyum sinis sebelum mengangkat panggilan itu.

"Hello Raesang, awak dekat mana?".

"Ouhhh nama dia Raesang.Okey",sekali lagi senyuman sinis menghiasi wajah lelaki itu selepas mengetahui nama aku.

"Kau siapa ha?!Mana Raesang aku?!".

"Kau jangan risau.Perempuan tu selamat je.Kau dengar sini.Kalau kau nak perempuan ni selamat,kau bawa aku sejuta won dulu baru aku lepaskan dia.Kalau tak, kau tak akan jumpa dia dah untuk selamanya. Pastikan kau datang seorang diri.Jangan kau berani nak bawa polis atau kawan kau bersama".


...


Johnny POV

"Kau jangan risau.Perempuan tu selamat je.Kau dengar sini.Kalau kau nak perempuan ni selamat,kau bawa aku sejuta won dulu baru aku lepaskan dia.Kalau tak, kau tak akan jumpa dia dah untuk selamanya. Pastikan kau datang seorang diri.Jangan kau berani nak bawa polis atau kawan kau bersama", ugut lelak itu sebelum menamatkan panggilan.Aku rebah.

"Hyung, kenapa ni?Mana Raesang?",tanya Lucas.Dia duduk melutut mendapatkan aku di atas lantai.

"Raesang Raesang...",aku mati kata.

"Kenapa dengan Raesang, hyung?",kini Renjun pula bertanya.

"Raesang...kena culik",selepas memberitahu perkara sebenar yang berlaku ke atas Raesang, air mata aku secara automatik terus mengalir deras.

"Lelaki tu kata dia nak sejuta won dulu baru dia lepaskan Raesang, kalau tak...kalau tak...",aku tak dapat menghabiskan ayat aku kerana air mata deras mengalir terlebih dahulu.

"Aku tak tahu nak buat apa.Dia kata jangan bawa polis kalau tak Raesang dalam bahaya",aku mengusutkan rambutku.Yang lain hanya mengeluh.

"Aku kena pergi selamatkan dia",aku terus bangun lalu mendapatkan kunci kereta yang berada di atas meja.

"Hyung,kau tahu ke Raesang dekat mana sekarang ni?Kalau kau pergi tapi kau tak tahu dia dekat mana, tak ada guna",tanya Mark. Langkah aku terhenti selepas mendengar kata-kata Mark.

OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||Where stories live. Discover now