Johnny POV
Panggilan kali ke-25 masih tidak terjawab.Aku hanya mengeluh kecil.Kepala aku picit kerana sakit.Aku risau.Aku risau sebab dia hilang terus macam tu!Hilang dari radar.Tak dapat dikesan.Telefon pun tak angkat.
"Hyung,berhentilah dulu.Hyung dari malam dua hari lepas hyung tak makan.Nanti lepas hyung makan,hyung sambunglah balik",ujar Jaehyun yang muncul di hadapan pintu bilik aku.
"Jaehyun,kau tak faham perasaan hyung sekarang ni",aku mengusutkan rambutku.Telefon di tangan aku lihat.Mana tahu dia telefon nanti.Tetapi harapan aku meleset jauh.Dia tak akan telefon aku lagi disebabkan hal dua hari lepas.
"Aku tahu.Tapi hyung pun kenalah makan.Hyung tu dari dua hari lepas tak mandi,kan?Hyung uruskanlah diri hyung tu dulu barulah nak cari Raesang",sambung Jaehyun mengharapkan aku faham.
"Hyung,aku nak tanya.Siapa Raesang dekat mata hyung sebenarnya? Aku tengok cara hyung layan dia lain sangat",tanya Xiaojun yang duduk di katilnya.
"Dia...dia istimewa bagi hyung",jawab aku.Ya.Bagi aku dia sangat istimewa.Aku takut hilang dia.
"Jadi,orang yang hyung maksudkan tempoh hari,Raesang kan?", celah Jeno.Aku hanya mengangguk.Yang lain terkejut.Tidak percaya dengan apa yang aku katakan.
"Apa-apa pun,hyung makanlah dulu.Kalau Raesang tahu,mesti dia risau",pujuk Sungchan.Aku hanya mengeluh berat.
"Raesang-ah,awak dekat mana sekarang ni.Saya risau sangat",aku menatap skrin telefon.Masih mengharapkan dia telefon aku.
"Hyung,sudahlah tu.Kita tidur dulu nak tak?Esok Woo tolong hyung call Raesang.Dah la hyung,jom tidur",Jungwoo menepuk bahu aku memaksa aku tidur.Aku bangun dengan lemahnya menuju ke arah katil.Telefon aku letak di atas meja lampu sebelum membaringkan badanku.
"Raesang,awak dekat mana sekarang?",aku masih menyebut nama dia walaupun hendak tidur.Ya.Aku sangat rindukan dia sampai boleh jadi macam ni.
...
Xiaojun POV
Jam tangan aku jeling.Sudah pukul 8.15 malam.Aku masih menundukkan wajah aku.Topi yang dipakai aku betulkan.Mata aku ditutupi oleh topi itu.
"Annyeong,Xiaojun-ah",sapa Raesang melalui telefon.
"Annyeong.Ada apa call malam-malam macam ni?",tanya aku dengan segera.Takut Johnny dengar.
"Saya nak jumpa awak sekejap,boleh?".
"Nak buat apa?",tanya aku hairan.
"Saja.Tak boleh ke?Kalau tak boleh tak apalah",rajuk Raesang.
"Ehhh...boleh-boleh.Nak jumpa dekat mana?".
"Ahh...mian sebab lambat",Raesang yang terburu-buru terus mengambil tempat di hadapan aku.Aku hanya tersenyum kecil.
"Awak order dulu",kata aku.Dia pun memesan air jus tembikai.
"Ada apa awak nak jumpa saya ni?",tanya aku ingin tahu.Posisi duduk aku betulkan untuk menyelesakan diri.
"Uhmm...di...dia...",gagap Raesang.Aku hanya memerhati lalu menghela nafas perlahan.
"Johnny hyung ke?",tanya aku dapat mengagak orang yang Raesang ingin tanya.Dia hanya mengangguk.
"Kenapa awak tak angkat call dia?",tanya aku mula serius.

ANDA SEDANG MEMBACA
OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||
Romance'Sekejap!Aku sekarang ni dekat mana?Betul ke ni?Aku tak mimpi kan?Betul ke Johnny NCT sekarang ni ada depan mata aku?!Dan betul ke sekarang ni aku ada dalam bilik dia?!'-Raesang credit to @ForeverAdel start : 9.12.2020 end : 21.01.2021