Bab 8

12 2 2
                                    

     "Agak-agak korang, bilik dia kat mana eh? " Persoalan Nayla menarik perhatian mereka bertiga. "Hurm? " Clara mengangkat kening meminta penjelasan. Bilik siapa ni? Tukang kebun? Mak cik kafe? Atau pak cik yang jual coconut shake tu?

    "Bilik pakwe kau. " Ujar Nayla sebaik melihat wajah blur Clara itu. "Huh? " Makin bingung dibuatnya.

   "Eh? Kau ada boyfriend ke Clara? " Soal Qisya hairan. Clara memabdang Qisha bingung. Boyfriend?

   "Tapi kejap? Kenapa kau nak tahu bilik boyfriend si Clara ni pula?  Ish, kau jangan macam-macam. "

  Haura menggeleng perlahan. Entahlah. Malas pula nak bersuara. Lagipun... Nak kata si Nayla tu berseloroh, muka dia mendatar je. Nak kata serius, eh dia dah lah tiba-tiba tanya orang, tak cakap pula tu siapa yang dimaksudkan. Marah buat apa?

Haih.. Manusia. Nilah miss communication namanya. Kena pula si Qisya tu tiba-tiba jadi naif. Hm.. Entahlah.

   Nayla mengeluh perlahan. "Aku pun tak inginlah nak ceroboh bilik boyfriend orang. Aku tanya pasal bilik tempat Silent Ghost study tu. Dekat mana? "

  "Oh, terkejut aku. Ingatkan kau nak masuk bilik boyfrind Clara tadi. "

   "Bila masa aku ada boyfriend? " Soal Clara bingung. Namun diabaikan. Haura menggulingkan mata ke atas. Wow, Cik Clara kita baru mendarat ke bumi ya kawan-kawan. Dia tiba-tiba terlepas ke angkasa tadi. Tu macam di awang-awangan bila disoal begitu. Huh.

  Qisya mengangkat bahu. "No one know where the room. Tapi itu lah kata orang. " Nayla mengeluh. "Haih, macam manalah rumor boleh tersebar kalau tak ada siapa yang pernah jumpa."

  "Dah nama pun rumor. " Clara mengelap rambutnya yang masih basah kerana baru selesai mandi sambil mendekati Nayla. "Kenapa kau berminat sangat? "
 
  Nayla mengangkat bahu. "Sometimes let a secret remain a secret. Orang tak rahsiakan sesuatu tanpa sebab. " Ujar Haura senada.

  Qisya mengangguk setuju. "Yeah. Mungkin mamat tu ada sebab sendiri. Biarlah. Bukan dia kacau orang pun. "

  "Korang tak berminat nak tahu ke?" Soal Nayla. "Mula-mula masuk dulu yes. Tapiaku abaikan dulu sebab aku ada perkara lain yang aku kena handle. Tapi makin lama, aku setuju dengan Haura. Let the secret remain a secret. " Nayla mengangkat kening. Qisya tersenyum pahit. "Well, mula-mula aku masuk sini sebab my mom paksa. But then I just know the truth about my family. And yeah, it should keep as a secret. Dan sebab aku  yang busybody, aku pula yang dapat susah. " Ujar Qisya.

  Nayla memandang Haura. "Ayah aku hantar aku ke sini sebab aku selalu buat hal. And then datang sini, aku pula yang dapat masalah. So, aku malaslah nak menambahkan masalah aku. "

  Nayla mengangguk sendiri. Oh.. Rasanya Haura memang lebih kurang kot dengan nasib dia. Cumanya, dia rela hati ke sini. Mencari petunjuk mengenai ibunya yang entah mana pucuk pangkalnya.

  Wajah Clara dipandang. Clara tayang muka kosong. "What? Aku? Abang aku sekolah sini dulu er.. Sebab dia agak protective so dia suruh aku masuk sekali dengan dia? " Soal Clara ragu?

  'Oo.... Key, Clara ni lain sikit cerita dia.' Nayla mengeluh perlahan. Petunjuk tentang ibunya. Di mana dia harus mulakan? Argh!

"Dah lah, tak payah fikir banyak. Aku nak ke kafe ni. Korang nak ikut tak? " Ujar Clara sambil merapikan rambutnya.

  "Erm...Aku ikut. Tapi aku nak jumpa kawan kat sana. " Ujar Haura. "Aku nak pergi bilik kawan aku. Ada hal." Kata Qisya pula. "Okey, kau Nayla? "

  "Malaslah. Korang pergi jelah. " Tolaknya. "Fine. Kalau kau nak keluar dalam kawasan blok dengan kafe je tau. Kalau nak ke library ada kat bawah. Tapi mini jelah. Tak sama dengan kat bangunan akademik. "Terang Clara. Manalah tahu Nayla kebosanan ke... Habis mati kebosanan anak orang.

  "Okey, " Nayla mengangkat tangan dan memberi simbol okey kepada mereka. "Jangan merayap ke bangunan akademik pula. " Clara menambahkan pesanannya.

"Iya! " Tawa kecil terlepas dari mulut Clara selepas berjaya membuat Nayla bengang. Dia dan Haura segera beredar.

  "Aku pergi dulu. Kau jangan lupa pula pesanan penaja si Clara tadi. " Ujar Qisya pula usai bersiap. "Hm.. Aku tahulah. "

  Dengusnya geram. Qisya tersengih. "Bye.. " Lambainya sambil keluar dari bilik.  Kini, Nayla ditinggalkan bersendirian. Yelah, sendiri tak nak ikut.

"Ibu.... " Serunya lemah. Ayahnya kata petunjuk ada di sini. Tetapi apa? Tiba-tiba dia terlintas buku yang diberi oleh ayahnya berserta surat itu. Bingkas dia nbangun dari pembaringannya.

  Buku yang disimpan di dalam meja itu tercapai. Sebaik dibuka, dia terkedu. Entah apa yang tertulis pada buku tersebut. Bahasa alien? Erk?

  Dia membelek lagi. Simbol pedang melintang dan mengeluarkan api membentuk perkataan.

  IRIS.

Nayla berkerut. Iris mana pula? Iris mata? Dia membelek lagi sehingga terjumpa sebuah peta yang dilukis.

Peta itu turut bersambung di muka surat belakangnya. Entah berapa kali dia mengerutkan dahinya hari ni. Aduh. Apa ni?

  Macam mana nak terangkan ek? Dia macam.... Peta merangkumi kedua-dua belah muka surat kiri dan kanan. Lepas tu belek belakang ada lagi. Macam tu juga.  Tapi nampak macam tempat yang berbeza. Belek belakang ada lagi. Pun sama. Belek lagi... Ok, dah tak ada.

  Nayla melihat kembali peta pertama. Ada macam pintu masuk.. Erm... Kejap... Ni macam....

   "Ni, kalau tak ada hasil, lepas tu tertangkap memang aku luku kepala sorang-sorang" Rungut Izzat.

  "Lah, apahal pula? " Soal Izqal naif. "Sebab buat kerja sia-sia. " Datar Izzat bersuara. "Shad..  " Hafiy merengek. Izzat merengus geram. Dasar manja. Semua benda nak adu.

  "Lek ah... Korang jugak sibuk gaduh mamat tu wujud ke tidak. At least kita carilah kebenaran daripada berdebat kosong je. "

  Ujar Arshad tenang. "Masalahnya, KITA DAH MASUK BANGUNAN AKADEMIK! " jerit Izzat bengang. "Shh!!"  Darwish dan Izqal serentak menutup mulut Izzat manakala Arshad dan lain menaikkan jari ke bibir.

  "KORANG SEDAR TAK KOTA TENGAH LANGGAR PERATURAN! "

  "Shh!! " Sekali lagi dia diberi amaran Izzat mengeluh perlahan. "Ya Allah, ingatkan aku, why I'm going with them, "

  "Lah, kau rileks-rileks sudahlah. Dah tahu kita langgar peraturan. Buat senyap-senyap. Tak payah nak kecoh-kecoh. " Ujar Arshad selamba.

  "Kalau macam ni korang punya bising, sekejap je dah tertangkap. " Tegur satu suara lembut dari belakang. Lembut?  Tak. Dingin sebenarnya. Tapi suara lembut seorang perempuan. Bukan cara percakapannya. Cukup untuk membuatkan mereka terkaku.

"Weyh, siapa tu? " Bisik Darren cemas. "Uhuk... Uwa... Korang....aku takut... " Tangis Hafiy.

  "Apa-apa jelah, " Perempuan yang menegur itu melintas bersama sebuah buku ditangan.

   "Eh... Kau awek hari tu kan? " Tegur Darwish. Langkah gadis itu terhenti lantas berpaling ke belakang. "Ha.. Betullah. " Jerit Darwish. "Ish, diamlah. " Giliran dia pula disekeh.

  Nayla membuat muka sebelum berlalu.
"Eh, nanti, " Tahan Arshad. Nayla merengus geram. "Apa lagi? " Bentaknya perlahan.

To be countinued...
Naz_Nazira
12 January 2021

Untold Story: Snow WhiteWhere stories live. Discover now