Pang!
Pang!
Dua. Yup. Dua tamparan yang dihadiahkan oleh ayahanda tercinta. Heh. Lang Tuan Seri Ketua Panglima Razfi memandang tajam ke arah anak perempuannya. Nayla menyentuh pipinya yang baru di tampar oleh ayahnya sendiri.
" Abang, sudahlah tu." Pujuk Lang Puan Seri Munira. Nayla mengguling mata ke atas. Menyampah.
"Nayla dah makin melampau tahu tak?!" Tengking Lang Tuan Seri Ketua Panglima Razfi lagi. Nayla diam. Malas menjawab. Nanti kena cop kurang ajar lagi. "Mana papa nak letak muka ni? Berkali-kali Nayla, berkali-kali! Tak terkira banyaknya sekolah panggil papa sebab Nayla buat hal! Apa yang Nayla nak sebenarnya hah?! "
Nayla masih diam. Either he really doesn't know it, or he never want to know before this. Nayla sendiri tak pasti. Papanya tak tahu apa yang dia mahukan? Heh, kelakar sangat.
"Itu hal kat sekolah! Kat rumah pun Nayla tak pernah layan mama elok-elok. Nayla ingat papa tak tahu ke?! " Marah Lang Tuan Seri Ketua PanglimaRifzal lagi.
"So? " Soal Nayla mendatar. Lang Tuan Seri Ketua Panglima Rifzal mengetap gigi. "So? You ask me so? Nayla you not little kid anymore. You're 17 years old. So act like one. Be mature! "
Nayla ketawa sinis. Lang Tuan Seri Ketua Panglima Rifzal tak tahu ke? Zaman remaja ialah zaman di mana jiwa banyak memberontak ingin kebebasan. Darah muda kata orang. Terpulang pada masing-masing bagaimana untuk jaga diri. Well...sedikit sebanyak, parents main peranan jugak kan?
"I am being 17 years old girl." Balas Nayla.
"Matured huh? Why not you define to me what kind of behaviour should matured people be? Run from the problem? Accusing other? Or let other people to take your responsibility? Like what have you done? " Soal Nayla sinis. Dia malas mahu menggelarkan lelaki ini papa. Tapi rasa hormatnya masih ada. Takkanlah dia nak beraku-kau dengan Lang Tuan Seri Ketua Panglima Rifzal pula. Sia-sia je dapat penampar percuma lagi. Sekurang-kurangnya Lang Tuan Seri Ketua Panglima Rifzal tak sedar yang anaknya itu sudah lama tak memanggilnya dengan panggilan papa. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang tidak.
Lang Tuan Seri Ketua Panglima Rifzal terdiam. Matanya tajam merenung anak gadisnya. "You don't know anything, " Balasnya dingin. Nayla ketawa. "Ofcourse I don't know. And until now, you just pretend that I never know and see what happen around me!" Balas Nayla.
Malas mahu berlama, Nayla terus naik ke biliknya. Mukanya ditekup pada bantal. Menangis? Tak! Dia tak menangis. Hanya rasa kecewa dan terkilan. Dia sudah puas menangis. Sudah puas kecewa. Katalah apa sahaja. Dia berperangai kebudak-budakkan. Dia tak dapat terima kenyataan. Apa sahaja. Dia tak peduli. Bukan mereka yang bersamanya saat dia jatuh. Bukan mereka yang menghulurkan tangan saat dia ingin bangkit. Jadi kenapa perlu dia peduli tentang apa kata mereka setelah dia berjaya bangkit? Bangkit dan menutup segala luka.
Dia telah terima segalanya. Pengkhianatan. Penghinaan. Makian. She used to let them push her down. But not now. Because she know, there someone have go through the same situation. Someone that never give up and keep in her way. And now she leaving all behind. With a promise that she will come back. Until that time, no one know where she is.
Korang boleh agak kan? Dialah ibu kandung Nayla. Kisahnya? Tunggu. Bukan sekarang. Masih terlalu awal untuk diungkapkan.
Nayla mengubah posisinya kepada terlentang. Matanya memandang siling bilik.
My princess.
You always be my princess.
A princess without crown.
The crown just accessory.
It didn't determine anything.
You should know better my dear.
What kind of princess you wanna be.Satu nota yang ditinggalkan ibunya di dalam sebuah buku yang dihadiahkan kepadanya. Tepat sehari sebelum ibunya menghilang. Sehingga sekarang, buku itu masih kosong tanpa sebarang catatan. Hanya halaman pertama tercoret ingatan buatnya.
Niatnya, ingin mengisi kegembiraan di dalamnya. Agar dapat dikongsikan bersama ibunya di suatu hari nanti. Biar dia yang menanggung peritnya. Tapi siapa sangka? Hampir 8 tahun berlalu, dan buku itu masih kosong.
Nayla memejamkan mata. Dia benci pada pangkat yang ada pada ayahnya. Baginya, pangkat itu bagai membawa malapetaka. Malah, memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.
Malam itu, Nayla masih berkurung di dalam biliknya. Bukan tak lapar, tapi malas mahu menghadap mereka berdua.Sedang Nayla bermalasan di ataas katil, pintu biliknya diketuk. "Cik muda, Lang Tuan Ketua Panglima panggil makan. "
Nayla mencebik dalam diam. Namun dia langsung tidak menyahut panggilan tersebut. Abaikan. Nanti pembantu rumah itu akan pergi jua.
Perlahan-lahan matanya terpejam tanpa mengisi perut.
Sebaik sahaja Nayla lena, pintu biliknya terbuka.
Seorang remaja lelaki berdiri di hadapan pintu pagar yang sudah berkarat itu. Keluhan dilepaskan. Hud yang menutup kepalanya ditarik ke depan bagi melindungi wajah.
Tanpa rasa takut, dia memasuki kawasan tersebut. Sebuah vila mewah yang kosong dan tidak berpenghuni. Sekian lama vila tersebut kosong sehingga menimbulkan khabar angin yang mengenai vila tersebut. Tambahan pula dengan keadaannya yang kelihatan menyeramkan.
Vila tersebut lebih kelihatan seperti sebuah istana. Namun keadaannya yang agak terpencil dari yang lain itu menimbulkan rasa seram. Namun tidak bagi dia.
Hanya satu tempat sahaja yang ditujunya di vila tersebut. Tanpa disedari, gerak gerinya diperhati seseorang. Hati gerangan tersebut terdetik sesuatu. Sesuatu yang hanya dia yang tahu. Sebaik sahaja remaja itu hilang dari pandangan, seseorang itu terus berlalu pergi dari kawasan itu.
Sehelai kertas melayang ke tepi jalan namun tidak dipedulikan sesiapa. Tinta hitam menghiasi kertas itu.
Dia
Hadirnya tak di duga
Perginya tidak dipinta
Demi cinta
Segalanya dikorban
Hatta nyawa menjadi cagaran
Andai memilikinya sebuah mimpi,
Biarkanku terus lena
Andai bersamanya hanyalah sebuah impian,
Biarkan aku terus berkhayal
Andai bersamanya membuatku terluka
Biarkan aku rebah
Bersamanya adalah saat terindah
Tapi andai dia bukan takdirku,
Izinkan aku mengundur diri
Mengangumi dalam diam
Menatapnya dalam jauh
Dan mencintainya dalam rahsia.Hujan mula menitis. Lama kelamaan bertambah lebat. Tulisan di kertas semakin tidak kelihatan. Dakwat mula mencemari puisi yang tertulis cantik di kertas itu. Dan remaja lelaki itu hanya menikmati hujan itu dari balkoni yang terlindung dengan atap kaca di bahagian atas. Dia berpeluk tubuh. Matanya tajam memerhati sesekeliling mencari seseuatu. Seolah-olah mengetahui seseorang telah memerhatinya sebentar tadi.
Beberapa minit matanya melilau, langit yang gelap itu dipandangnya. Seseutu bermain difikirannya. Walau apapun,perkara itu kelihatan serius sekali.
Lang Tuan Seri Ketua Panglima Razfi memandang bingkai gambar keluarganya yang disimpan. Gambar lama. Gambarnya saat bersama isteri pertamanya dan saat sebelum Nayla membuat perangai.
"Sayang, cepatlah balik. Abang tak kuat, " Rayu Lang Tuan Seri Ketua Panglima Razfi dalam diam.
Keep support okey guys! X sure bila nk siap. Tapi akan diusahakan bila free. Stay tuned key?? (~_^)
To be countinued
Naz_Nazira15 Sept 2020
YOU ARE READING
Untold Story: Snow White
Teen FictionKisah hidupnya bukan seindah yang dilihat. Dikurniakan keluarga yang kaya tanpa bahagia. Memilik wajah yang cantik tanpa sahabat. Hidup bukannya ibarat fairy tale. Snow White gelaran yang diberi. Humaira bermaksud putih kemerah-merahan. They...