Soalan Farish tidak terjawab. Malah, masing-masing lebih menumpukan kepada suasana bilik itu. Cantik. Mungkin lebih kepada bilik bacaan.
Rak-rak tinggi yang dipenuhi buku. Dan sebuah tangga bersandar di sebelah salah satu rak tersebut. Mungkin memudahkan untuk mengambil buku di bahagian atas. Diulangi ya, rak-rak buku yang SANGAT TINGGI. Nayla meneguk air liur. Wah... Syurga dunia buatnya.
"Banyak gila buku. " Gumam Farish. Oh, mungkin buat dia juga. Maklumlah... Dalam kalangan mereka bertujuh dialah paling berminat dengan buku.
Tidak dilupakan satu set sofa dan meja kecil di tengah-tengahnya. Beberapa arca kaca bercorak bunga menjadi pengganti kepada bunga hiasan.
Nayla kagum. Dan jatuh cinta. Jatuh cinta pada hiasan bilik tersebut. Cermin bulat berbingkai cantik turut tergantung di satu ruang. Menggunakan warna putih dan merah sebagai warna utama. Nayla tidak pasti temanya, tapi hiasan kaca memenuhi hampir 70% dalam bilik ini.
'Damn, aku dah jumpa tempat lepak yang sesuai. ' Desis hati Nayla. Dia berpusing di tempat tersebut.
Nayla mendekati cermin bulat tersebut. Tangannya memegang permukaan cermin itu.
"Kau rasa kat sini ke bilik Silent Ghost? " Soal Darren. Arshad mengangkat bahu. "Tapi macam tak logik sebab kita baru jumpa ruang ni. " Ujarnya. "Tapi bilik ni macam terjaga " Ujar Iqzal sambil berbaring di atas sofa. "Ah.. Leganya. "
"Woi, jangan tidurlah." Marah Izzat. "Alah, sekejap je. " Rengeknya. Darwish menggeleng perlahan. "Tidur je kerja kau." Komen Darwish.
"Alah, bukan menyusahkan korang pun" Bidas Iqzal. "Banyaklah kau! Aku yang selslu cari kau bila kau tertidur tau?! Kau pun satu, tidur merata tempat, " Bebel Darwish.
"Korang kata Silent Ghost? " Soal Nayla yang cuba mencelah perbalahan mereka. Dia membelakangi cermin yang dilihatnya tadi.
Masing-masing terdiam dan memandang Nayla. Seolah-olah baru sedar Nayla berada di situ. Nayla menjungkit kening.
"Aah, kenapa? " Soal Darren. Nayla sekadar menggeleng. 'Menarik, ' Desisnya.
"Er.. Nayla.. A...aku rasa better kita balik sekarang. Dah.. Dah lewat ni" Ujar Arshad tergagap-gagap.
"Kau dah pehal Arshad? Tergagap tiba-ti...ba, "Kata-kata Izzat terhenti apabila melihat arah di mana anak mata Arshad terpaku. Masing-masing mula hairan.
"Hua... Jomlah balik, " Rengek Hafiy tiba-tiba. "Erk, " Darren meneguk air liur kasar. Iqzal mula terketar-ketar. Farish turut tergamam, terpaku, terkelu, terkedu dan pelbagai lagi. "Korang ni dah.. MAK ENGKAU HANTU MENULIS"
"ARGHHHH!!!! " Nayla terkedu lantas menutup telinganya yang bingit. Entah jantan entah betina yang menjerit. Bercampur je gayanya. Tak dapat nak kenal pasti pula suara perempuan siapa yang keluar tu.
Tujuh lelaki itu sudah berpelukan menghadap Nayla dengan muka pucat. Hairan dengan tingkah mereka, Nayla berpusing ke belakang.
Saat ini,
Dia tahu punca Arshad tergagap.
Dia tahu punca Izzat terdiam.
Dia tahu mengapa Hafiy menangis.
Dia mengerti kenapa Iqzal terketar.
Dia tahu sebab Darren menelan air liur.
Dia faham reaksi pelbagai oleh Farish.
Dan....
Paling penting....
Dia tahu maksud di sebalik latahan Darwish.
YOU ARE READING
Untold Story: Snow White
Teen FictionKisah hidupnya bukan seindah yang dilihat. Dikurniakan keluarga yang kaya tanpa bahagia. Memilik wajah yang cantik tanpa sahabat. Hidup bukannya ibarat fairy tale. Snow White gelaran yang diberi. Humaira bermaksud putih kemerah-merahan. They...