"Eh, nanti," Arshad menahan langkah Nayla. Nayla merengus geram. "Apa lagi? "
"Mana boleh pergi ke bangunan akademik masa-masa macam ni. Kau tak pernah baca buku peraturan ke?" Soal Arshad tegas. Nayla membuat muka.
"Ha. Ha. Ha. Kelakar bila ayat tu keluar dari mulut orang yang tengah buat perkara yang sama yang aku percaya, pun secara illegaly which is tak ada kebenaran dan orang tu dah ada kat sekolah ni lagi lama daripada aku. " Perli Nayla.
Masing-masing memandang Arshad yang berdehem kekok. Ya tak ya juga eh? Dah kenapa dengan kepala otak dia bengong sekejap ni?
"Apa, korang pun sama jelah. " Bidas Arshad kepada mereka.
"Kau buat kat sini masa-masa macam ni?" Soal Arshad. Nayla membuat muka bosan. "Why should I tell you? " Balasnya bosan. Baru ingin melangkah dengan peta dibukunya, buku itu dirampas selamba.
"Oii... Bagi baliklah! " Selar Nayla geram. Apakah?! Masa bila mamat ni ada di sebelah dia?
Farish membelek peta di buku tersebut. "Apa ni? " Bingkai cermin mata petak itu dibetulkan. Nayla mengetap gigi. Kecik besar, kecik, besar Farish ketika ini dipandangan Nayla. Jangan sampai dia pijak tak besar-besar.
"Jangan sibuk hal oranglah. " Nayla cuba merampas buku tersebut. Namun Farish bijak mengelak dengan berpusing dan buku naik ke atas.
"Eeee....! "Nayla mengetap gigi menahan geram. Kenapa? Kenapa mesti lelaki lagi tinggi daripada perempuan? Kenapa lelaki yang pendek pun hanyalah sama tinggi dengan dia. Urgh... Oh... Tolak budak-budak sekolah rendah dan tadikalah. Yalah. Dah confirm-confirm budak tadika tu pendek buat apa nak bandingkan lagi kan?
Mereka ketawa. Comel sahaja gelagat Nayla pada pandangan mata mereka. Sedar dirinya diketawakan, Nayla menjeling tajam. "Diamlah! Yang kau tadi bukan kemain menangis bagai ke? "
Hafiy mencebik apabila dirinya dijadikan perhatian. Tangannya menarik hujung baju Darren meminta perhatian. Dengan muka penuh simpati, Darren mengusap kepala Hafiy.
"Ni macam peta bangunan akademik ni je. Kau nak buat apa ni? Mencuri ke?" Nayla membulatkan matanya mendengar tuduhan tidak berasas yang keluar daripada mulut Farish itu.
"Mencuri kepala otak kau. Muka aku ni nampak terdesak sangat ke apa?! "
"Well who know? " Balas Izzat. Anak mata Nayla mencerlung tajam ke arah Izzat. Cari pasal betul lah mamat ni. Karang ada elok-elok boleh berjalan, nak balik bilik nanti bergolek je yang mampu.
"Wow, wow... What's wrong with this aura? Vibe ni sama macam dekat kelas 5 Amber tadi. "Nyata Arshad sambil mengangkat tangan separas bahu.
Nayla menggulingkan mata ke atas. "Give my book back." Dingin dua berkata. Namun Farish masih tekun menganalisis peta itu. Wow. Menarik. Walaupun dilukis pada bahagian berbeza, namun tak semua tempat dilukiskan di situ. Bagai memfokuskan kepada satu arah sahaja. Dan tempat itu mestilah di muka surat terakhir peta. Tambah lagi dengan anak panah yang dilukis menunjukkan arah itu. Malah, peta itu lengkap menyatakan setiap bilik-bilik yang ada menggunakan kod-kod tertentu. Namun, dia sendiri tidak pasti akan kod itu.
Buku di belek lagi. Wow. Kod lagi? Hm.. Sekurang-kurangnya itu lah yang terlintas di fikirannya berbanding Nayla ketika pertama kali melihat kod itu. Bahasa alien katanya. Err... Shhh...
"Wait, budak baru kan? " Soal Darren. Dengan malas Nayla mengiakan. "Kalau ya pun kenapa? "
" Ooo... Hai. Aku Darren Nuaim. Call me Darwish or anything you want. " Darwish memperkenalkan diri denga teruja dan... Err.. Menggoda? Ya ke? Entahlah.
YOU ARE READING
Untold Story: Snow White
Teen FictionKisah hidupnya bukan seindah yang dilihat. Dikurniakan keluarga yang kaya tanpa bahagia. Memilik wajah yang cantik tanpa sahabat. Hidup bukannya ibarat fairy tale. Snow White gelaran yang diberi. Humaira bermaksud putih kemerah-merahan. They...