Bab 5

13 3 0
                                    

  "Erm... Apa bising-bising ni? Orang nak tidur pun tak senang tau, " Lelaki itu bangun dari baringnya dan menggosok matanya.

   Nayla pantas memandang lelaki tersebut. "Hah, Darwish. Ada apa? " Soalnya.  Nayla memandang lelaki yang dipanggil Darwish itu.

    Darwish duduk di atas tanah sambil mengurut dadanya sendiri. Lambat-lambat dia memandang ke arah rakannya itu. "Aku cari kau lah, Qal.  Yang kau tidur kat sini kenapa? Nasib baik Puan Intan tak perasan kau tak ada. "

   "Eh??? Dah masuk masa BI ke? "Polos saja wajahnya ketika bertanya soal itu.  Darwish tayang muka bengang. "Lepas tu  kau ingat aku cari kau ni saja-saja?" 

  "Macam mana kau boleh lepas dengan dia?" Darwish terdiam. Kepalanya digaru. "Er....entahlah." Sedang asyik mereka berdua berbual, Nayla perlahan-lahan cuba beredar dari situ. Dan.....yup. Dia terlepas. Laju dia berlari kembali ke biliknya. Niat untuk bersiar-siar automatik terbatal.

    "Eh? Mana awek tadi?" Darwish memandang sekeliling. Rakannya yang dipanggil Qal itu mengangkat kening? "Awek mana? Bukan kau sorang je ke yang ponteng kelas sekarang ni?" Darwish menjeling. Dasar tak sedar diri punya orang.

       Nayla menghela nafas lega. Maaflah. Dia langsung tak berminat nak beramah mesra dengan sesiapa. Tujuannya ke sini hanya satu. mencari maklumat tentang ibunya. Alah, bukan dia tak biasa dipalau pun. It's not her first time. 

  "Where're you going?" Nayla lantas mengangkat wajah dan terpinga-pinga. Dua orang gadis berada di dalam bilik itu dan memandangnya tajam. "Sorry?" Soal Nayla bingung. Salah seorang gadis yang duduk di birai katil sambil mengasah kukunya mendengus. " Penjaga bagitahu kitorang ada budak baru masuk. So, we as roommate kenalah memperknalkan diri dan tolong jelaskan tentang apa yang kau perlu tahu." Jujur, suaranya kedengaran seperti amat annoying dengan keadaan itu. Tapi.....Nayla peduli apa.

   "So....hai. My name is Clara Airis. Just call me Clara. " Gadis yang berdiri di tengah bilik dan menjadi orang yang pertama menegurnya memperkenalkan diri. "Haura Iviana. Haura." Ujar gadis yang mengasah kuku itu pula. Baru sahaja mahu memperkenalkan diri, Seseorang membuka pintu dengan kasar. Mujur sahaja Nayla sudah berada jauh dari pintu. Kalau tak sia-sia je terhantuk. 

    "Sorry lambat. " Gadis yang baru sahaja memasuki bilik itu segera memohon maaf. Dia kelihatan termengah-mengah. Mungkin kerana berkejaran ke bilik. " Well, Qisha will always be Qisha. " Perli Haura sinis. Namun langsung tidak dipedulikan gadis itu. Alah, bukannya dia tak biasa dengan mulut laser minah sekor tu.

   Pandangannya tertancap pada Nayla. Senyuman manis terukir. " Hai, aku Dania Aqisha. Panggil Qisha je." Ramah Aqisha memperkenalkan diri. Nayla menayangkan muka tanpa riak. Dengan suara mendatar, dia memperkenalkan diri. "Nayla. Nayla Qaisara." Sengaja tidak meyebut nama ketiganya. Bagitahu nama panjang-panjang pun last-last panggil Nayla juga.

   Tanpa disangka-sangka, Aqisha ketawa. "Weyh, Haura....dia punya dingin sama macam kau lah...bezanya lagi teruk. Hahahahahaha....." Nayla tercengang manakala Clara menggelengkan kepalanya.Haura sekadar mengguling mata ke atas. Aqisha tak pernah makan saman. Memanglah.....dia manusia. Makan makanan je. 

   "Abaikan budak tu, by the way...kau boleh duduk kat situ. Dan...erm...depan tu katil budak sengal ni. " Ujar Clara selamba. "Wah.....sengal kau cop aku? Dasar minah perasan bagus," Dua gadis itu mula berperang mulut. Haura awal-awal lagi sudah memakai earphone dan membuka lagu. 

  Hari pertama, dan aku asyik jadi tunggul. Mula-mula dengan si Hanz dan Puan Rana tu. Lepas tu, dengan dua mamat yang entah apa-apa tu. And now....roommate sendiri? Bukan kau kata kau dah biasa kena palau? I mean.... bukanlah tetiba tersepit dia antara dua oranng macam ni. Faham tak? Argh....lantak kau lah. Better aku kemas sekarang sebelum makin banyak masalah timbul.

     "Weyh.....teka apa aku nampak tadi." Bersemangat Darren bertanya kepada empat rakannya. Namun......seorang masih lagi membaca buku, dua orang dengan main game dalam phone, dan sorang lagi.....erm... sedang...er...main...main...lego? Erk? Darren menayang muka monyoknya apabila dipalau. Huh, sedih. "Wey...layanlah aku...." Rayunya. Lebih kepada merengek yang sebenarnya. "Apa.....?" Meleret juga mereka berempat menyoal. Mata Darren kembali bersinar-sinar apabila diberi perhatian. Hm....walaupun tidak sepenuhnya kerana mereka berempat masih fokus dengan aktiviti masing-masing.

   "Tadi aku nampak Puan Rana dengan dua orang ni. Sorang tu ala-ala  bodyguard. Sorang lagi budak perempuan. Rasanya baru daftar kot. Sebab aku tak pernah nampak muka dia." Ceritanya sekali dengan memek muka dan tangan yang turut beraksi.

   "Macamlah kau kenal semua orang dalam akademi ni. " sindir salah satu suara yang bermain game di telefon itu. Darren menjeling geram. " Tolong sikit eh, ni Darren Nuaim lah. Ofcourse  lah aku kenal dan cam muka budak-budak akademi kita. Bukan Izqal Raykal yang asyik pelupa tu. Apalah kau ni Izzat." Izzat sekadar menggulingkan mata. Malas mahu melayan.

   "Weyh...korang dengar tak? Arshad. Ada budak jumpa Puan Rana. " Ulangnya dengan penuh semangat. "So? Takkanlah Puan Rana tak boleh jumpa orang pula. " Ujar Arshad sambil lewa. Darren mengeluh. Huh, nampaknya info yang dia mahu sampaikan itu langsung tidak dapat ditangkap oleh rakan-rakannya. 

  " Hm...buka selalu Puan Rana turun padang, " Mata Darren kembali bercahaya gembira. " Kan... betul tak. Hah tengok.. Farish pun  faham apa yang aku nak cakap. Mereka mula memandang Farish yang mula mengangkat muka dari buku itu. " Pengetua sakit kot. Sebab tu tak boleh handle budak tu. Ataupun busy untuk event akan datang ni." Terangguk-angguk dia yakin dengan teori sendiri. "Mesti grand" Tambah Farish lagi.  Mereka bertiga mengangguk setuju. Darren meramas rambut sendiri, stress pula ada kawan-kawan macam ni. 

   "Darren..." Panggil rakannya yang sedang bermain lego itu. Senyum diukir menampakkan lesung pipitnya. "Jom teman aku main?"Senyap.

Satu saat...

Dua saat.....

Tiga saat.....

   Sepi......menghukum diri erk? Sambung please. Tak ingat lirik la pulak.

Darren merenung wajah Hafiy.

"Jom!" Ujarnya ceria. Terlihat gigi taringnya saat dia tersengih. Ehe....kiut.

 Lantas mereka berdua menjadi kanak-kanak riang yang bermain lego dan berada di dunia sendiri. Sesaat kemudian, dua lagi pelajar lelaki masuk ke kelas itu. "Kau kata Puan Intan masuk?" Soal Izqal atau dipanggil Qal. "erm...oh...haahlah.Puan Intan kata dia ada meeting tadi. Ish, kaulah ni. Dengan aku-aku sekali jadi pelupa." Izqal mencebik. Dia yang lupa, aku yang kena. Sejak bila pula pelupa ni penyakit berjangkit? Da...sar.

   Namun, pada masa yang sama mereka terlihat Darren dan Hafiy sedang asyik bermain lego. "Psst... bukan ke Izzat rampas mainan tu sebab si Hafiy tu campak mereta-rata ke dulu? Macam mana boleh dapat balik?" Soal Darwish musykil. Izqal mengangkat bahu. "Dia pujuk Arshad kot. suruh si Izzat tu bagi balik." Agak Izqal. "Korang bincang apa tu?"

  "Oi, mak mummy masuk kawah!" Satu kelas terdiam. Arshad mengetap bibir menahan tawa. " Arshad Izfan!!!!!" Jerit Darwish geram.

To Be Countinued

13 NOV 2020

  Guys.... sorry buat sesiapa yang tertunggu. Hahahahaha...maaflah, saya busy. So...siapa boleh teka watak-watak 7 lelaki tu dengan 7 orang kerdil? Watak-wataknya?  Awal sangat nak berterus terang pun. So...let's action talk okey. By the way... watak sneezy dalam  karakter 7 orang kerdil tu saya tukar dengan perwatakan lain. Yalah.....asyik duk sebar virus je..ehem..ehem... Cuba teka watak tu. Hahahaha.. By the way... jaga diri semua...

Naz_Nazira

Untold Story: Snow WhiteWhere stories live. Discover now