Dum! Ketujuh-tujuh jejaka kacak itu terkejut dengan hentakan tersebut. Dan... Seperti biasa, "Mak Datuk kahwin lain! " Nayla memandang bosan kearah Darwish. Kaki latah ke apa? Enam sekawan itu hanya mengabaikannya. Sekali sekala tu bolehlah nak bahan. " Kau dah kenapa terjah - terjah macam ni." Tegur Izzat dingin.
Satu kelas turut memandang gadis itu. Tapo tak lama. Jelingan padu di beri kepada mereka. Takkan nak intai lagi? Tengok muka pun tak mesra. Gerunlah jugak sedikit sebanyak. Apa lagi? Buat hal masing-masinglah.
Nayla hanya memasang wajah beku. "Mana buku aku." Mendatar suaranya.
Tujuh lelaki itu berpandangan sesama sendiri.
“Buku apa? " Soal Darwish. Izzat mengangkat bahu. “Kau ada ambil buku dia? " Soal Iqzal kepada Darren di sebelahnya. Darren menggeleng lantas dia memandang Hafiy disebelah kiri. Hafiy juga lantas menggeleng dengan wajah polos.Arshad mengangkat kening manakala Farish tayang muka bingung. Lantas Nayla membuat muka. “Buku yang ada peta semalam" Bisiknya kasar.
“Oh, ada dalam bilik aku. " Ujar Farish tenang. Nayla mengeluh kuat. “Petang ni. Kat taman. Pukul 3 sharp. Aku nak buku aku. " Datar nada suaranya. “Urgghh.... Mana sempat, pukul 2 habis kelas. Lepas tu aku nak mandi, rehat, makan, mandi, get ready untuk....errr okey, okey. Pukul 3 petang. " Farish mengubah bicaranya saat tatapan dingin diberi oleh Nayla.
“Good" Ujarnya tanpa nada. Jelingan di beri sebelum meninggalkan kelas tersebut.
Sebaik sahaja gadis itu meninggalkan kelas, satu kelas mula memberi perhatian kepada tujuh jejaka itu.
“Tu ke budak baru yang diorang bising-bising tu? "
“Perghh... Cantik siot"
“Dasar jalang, baru masuk pun ada hati nak dekat dengan princes kita, "
“Muka tak ada lah lawa mana, berlagak je lebih. "
“Huh, dasar sombong, "
Hmmm... Biasalah, kita takkan dapat puaskan hati semua. Tak semua akan suka kita. Jadi apa patut buat? Contohilah Nayla. Let them be. Buang masa layan orang-orang low confident ni. Kenapa? Well, apa lagi sebab kita nak downgrade orang kalau bukan sebab kita rasa kita tak cukup bagus? Tak faham? Abaikan.
“Arshad siapa nama budak baru tu? ”
“Macam mana boleh rapat dengan korang tho? "
“Siapa yang date dengan dia ni? Kau ke Farish?
“Ke... Dia kaut semua? "
Masing-masing saling berpandangan. Pelik, menyampah, bengang bercampur baur. Semuanya hanya dua sebab.
1. Seriously? Rapat? Diorang tengok pakai mata ke kepala lutut? Tak nampak ke gaya Nayla macam nak serang diorang tadi? Seram tho bila minah tu start menjeling. Diorang pikir jeling manja? Tu jeling nak bunuh orang namanya. Tajam nakmati. Okey,cam over sikit. Alah, sikit je. Tak banyak pun.
2. Memang perlu ke fikir negatif? Kenal pun tidak nak judge lebih-lebih. Haihlah manusia.
Izzat menyandar tenang pada belakang kerusinya. Kedua-dua tangan disilang ke belakang kepala. Sebelah kakinya turut naik ke atas lututnya yang sebelah lagi. Mata dipejam. Santai. Eh jap, korang boleh bayang tak tu? Ehem.
“Nak mengata tu pakai otak sikit boleh tak? Habis tu korang nak cakap kitorang ni apa? Bodoh? Gila? Nak berkongsi girlfriend bagai? Korang ingat kitorang ni terdesak sangat nak ber couple bagai? Kalau ya pun korang yang terdesak nak bercople, jangan samakan kami dengan korang semua please. " Sinis Izzat menyidir. Yup. Izzat is Izzat. Kirim salamlah dia nak cakap elok-elok. Habis terdiam satu kelas.
Arshad ketawa sinis. Ambik kau. Lancang sangat mulut tu. Kan dah kena sedas.
Putra mengeluh perlahan. Bukunya ditutup perlahan. Dia bangun dari kerusi dan meregangkan badan. Hud di kepala ditolak jatuh. Namun bahagian depan topi masih menutup sebahagian mukanya.
Dia melangkah ke arah cermin besar yang berada di bilik tersebut.
Tangan di masukkan ke dalam hoodie berwarna biru gelap itu. Senyum sinis terukir. Lebih kepada menyindir diri sendiri.
“It is Snow White story, or beauty and the beast? Huh? " Soalnya sendiri.
“She’s have everything. And I just..." Bibirnya menyenget penuh sinis pada diri. “Nothing but mess”
Beberapa ketika, senyuman sinis itu kendur. Dia mengetap bibir. “But... I just can keep my promise. To be her gurdian. Forever. "
Dia berpaling dari cermin dan melangkah ke arah salah satu rak buku. Satu buku ditarik secara rawak. Baru sahaja ingin duduk di sofa, telefonnya berbunyi nyaring.
Buku diletak di atas meja kopi. Langkah kaki di bawa ke arah telefonnya. Bersebelahan dengan buku tersebut, sebingkai gambar terletak elok di atas meja.
Dua lelaki dan dua perempuan. Dan salah seorang lelaki itu ialah.... Dato’ Sri Razfi.
“Jangan risau, saya tahu apa yang perlu saya buat. Saya akan bantu dia. " Tenang Putra bersuara. Menenangkan gerangan di sebelah sana.
“Dia takkan dapat bertindak. Dan kalau ya, saya sendiri akan halang dia. ”
Tegas.
“Saya pegang pada janji saya dan takkan sesekali khianat. Mungkin kami tak pernah kenal, tapi saya takkan langgar janji yang saya sendiri buat. ”
Amanah.
“Kalau dia nak, silakan bertindak. Saya tak peduli. "
Berani.
“They can’t hurt her. As long I’m alive. "Yakin.
Ada sesiapa nak? Eh, gurau. Tak lengkap cerita ni nanti.
Selepas beberapa ketika, panggilan diputuskan. Putra meletakkan telefonnya di atas meja dan kembali mencapai buku tadi.
Baru sahaja helaian pertama dibuka, sekeping sampul jatuh ke atas ribanya. “Eh? "
Sampul biru gelap itu diambil dan dibeleknya. Bahagian tepi segi empat tepat berwarna putih dan berbingkai emas. Terkedu Putra saat melihat nama pemberi dan penerima. Tangannya menggeletar.Dengan terburu-buru, sampul itu dibuka. Sekeping kertas dikeluarkan. Seiring dengan itu, seutas rantai jatuh bersama. Putra mengambil rantai bersimbolkan bulan sabit itu.
Lipatan kertas dibuka. Matanya kekiri dan ke kanan membaca bait bait ayat yang tertulis diatas kertas itu. Aksara-aksara itu sudah sedikit kabur namun masih dapat dibaca dengan jelas.
Selesai membaca, kertas itu terlepas dari tangan. Putra bersandar pada sofa. Cuba menghadam maklumat yang baru diterima. Jika benar apa yang terkandung di dalam surat itu, maknanya....
Dia perlu bersedia untuk apa jua kemungkinan kerana, saat ini dia tahu. Hatta orang terdekat pun boleh jadi orang yang paling berbahaya. Dia perlu lebih peka. Atau mereka akan jatuh ke dalam perangkap.
Mahu tak mahu, dia perlu hadapinya. Kerana permainan sudah bermula. Dan permainan ini melibatkan nyawa.
Well, reality not as simple as fairytale. Dunia. Penuh dengan tipu daya dan pelbagai jenis manusia.
Dia tahu, dia perlu berhati-hati dengan orang sekelilingnya termasuk,
PUAN.
To be countinued....
Naz_Nazira
20 May 2021Haiiiii..... Lama tak tunggu??
Hehehehe
Sorry lewat sikit update
Biasalah, lepas cuti ni cari mood dulu sehari dua.
It is too late to wish...
Selamat Hari Raya??
YOU ARE READING
Untold Story: Snow White
Teen FictionKisah hidupnya bukan seindah yang dilihat. Dikurniakan keluarga yang kaya tanpa bahagia. Memilik wajah yang cantik tanpa sahabat. Hidup bukannya ibarat fairy tale. Snow White gelaran yang diberi. Humaira bermaksud putih kemerah-merahan. They...