What is Ratu dan Raja Emythyst? Berbeza daripada Sultan dan Permaisuri yang memerintah empayar, Kedua-dua pemegang gelaran ini merupakan tulang belakang mereka dan suara kepada rakyat di empayar itu. Jika Sultan dan Permasuri empayar memerintah dan menangani masalah politik luar empayar dan bertidak sebagai pasangan, Raja dan Ratu bukan pasangan kekasih. Sebaliknya individu yang melepasi ujian ujian ketat untuk menduduki takhta itu. Fungsi mereka ialah untuk menangani perkara seperti masalah dalaman antara negeri-negeri, perkauman dan ideologi yang dapat melemahkan empayar.
Untuk memperolehi gelaran itu, Akademi khas diwujudkan bagi melatih pelajar-pelajar moral dan peraturan sebagai Ratu dan Raja. Berbalik kepada Nayla, dia sudah berkali-kali mengeuh kebosanan. Klishe. Balik-balik sekolah baru. Entah berapa kali Nayla mengeluh mengenangkan nasibnya. "Okey, lepas ni apa? Langgar budak lelaki paling handsome dalam akademi? Jumpa perempuan bimbo? Sesat? Urgh!" Rungut Nayla. Tangannya dibawa mengibas muka sendiri.
"Er...Cik Muda Nayla, mari." Hanz menegur Nayla. "Hah, ni lagi satu hal. Yang kau kat sini ni dah kenapa? Tak ada kerja lain? Pergi balik sana. Menyibuk je." Hanz menggosok belakang kepalanya. "Tapi cik muda, Lang Tuan Seri suruh saya hantar cik muda sampai cik muda jumpa Puan Rana. " Nayla lantas membuat muka. Now what? Dengan sebal, kakinya melangkah juga mengikuti si pembantu peribadi.
Sambil berjalan, Nayla melihat sekeliling akademi itu. Besar bagaikan istana. Namun suasananya amat sunyi sekali. Langsung tiada pelajar mahupun guru kelihatan berlegar-legar ketika itu. Memasuki pintu akademi, mereka mendekati kaunter pertanyaan. 'Dah macam hotel pulak kaunter kat depan ni' Komen Nayla.
"Ada apa-apa yang boleh kami bantu, Encik?" Si penyambut tetamu tersenyum mesra sambil menyoal. Namun tiada balasan daripada Hanz. "Errmm....Encik?" Tegur penyambut tetamu sambil tersenyum kekok.
KUK!
"Aduh!" Hanz menggosok kepalanya yang diketuk oleh Nayla itu. Gadis penyambut tetamu itu sudah terlopong. "Kau dah pehal? Pekak tetiba?" Kecik besar ,kecik besar je dia melihat pembantunya ketika ini. " Wajah Hanz mula memerah segan. "Ma...maaf cik muda."
Nayla menggeleng kepala. "Saya nak jumpa Puan Rana."
"Eh, bukan. Kami nak jumpa Tuan Uwais dulu." Pintas Hanz sambil mengeleng laju kepalanya menidakkan kenyataan Nayla. Riak wajah Nayla mula berubah. "Bukan awak kata kita nak jumpa Puan Rana ke?" Soal Nayla serius. "Aaa...itu memanglah cik muda. Tapi sebelum tu kita kena jumpa dengan Tuan Uwais tu pula. Puan Rana pula kita akan jumpa selepas selesai semua urusan pendaftaran. "Jelas Hanz.
"Okey. Wait. maknanya, lama lagilah awak akan ada kat sini?" Suara Nayla sedikit meninggi. Lambat-lambat Hanz mengiakan. Nayla terus mendengus geram. "Hanz, silalah balik cepat." Halau Nayla geram walaupun dia tahu Hanz tak akan berganjak. Hanz sekadar tersengih melihat raut menyampah cik mudanya. Dia kembali memandang penyambut tetamu itu.
"Jadi cik..." Nametag gadis itu dikerling sekilas. "Cik Misha, Tuan Uwais ada?" Soalnya. Misha tersenyum nipis. Sedari tadi dia menahan ketawa melihat aksi pekerja dan anak majikan itu. " Ada. Encik dan Cik naik tingkat atas sekali, tingkat 7. Nanti ada seorang pengawal kat situ boleh tunjukkan bilik Tuan Uwais."
Hanz melempar senyum. "Terima kasih,"
Mereka berdua terus menuju ke arah lif. Suasana sunyi antara mereka. Nayla hanya mengikuti Hanz tanpa banyak soal. Kalau dia protes pun tak ada guna. Kenal benar perangai Hanz yang amat patuh itu.
Pintu lif terbuka. Saat mereka berdua keluar dari lif, dua orang pengawal berdiri tegak di hadapan. "Cik muda ada bawa surat yang Tuan Sri bagi?" Soal Hanz. Nayla menyelongkar beg sandangnya dan menyerahkan surat itu kepada salah seorang pengawal itu. "Kami nak jumpa Tuan Uwais. " Ucap Hanz. Selepas meneliti surat tersebut, pengawal itu mengangguk. "Sila ikut saya" Ujarnya tanpa nada. Langkah pengawal itu diikuti manakala seorang lagi kekal di depan lif.
Sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah pintu, surat yang mempunyai logo itu di 'scan' pada sebuah alat yang berada di tepi pintu. Alat tersebut berbunyi dan menyalakan lampu berwarna hijau. Lantas pengawal itu membuka kan pintu kepada mereka berdua.
"Assalamualaikum, Tuan Uwais."
"Waalaikumsalam," Lelaki separuh abad itu mengerutkan dahinya saat melihat mereka berdua masuk ke biliknya itu.
"Tuan Uwais, Saya bawakan Cik Muda Nayla." Wajah lelaki itu terus berubah ceria. "Nayla? Anak Razfi dan Dania tu?" Soalnya girang. Hanz mengiakan manakala Nayla sudah berkerut hairan. Jadi....lelaki itu kenal ibu bapanya? Kawan lama ke? "Ah...baguslah. Silakan duduk. Dah lama saya tunggu kedatangan Cik Nayla ke sini. Ingatkan Lang Tuan Seri takkan benarkan."
"Apa maksud tuan dah lama?" Tanya Nayla. Tuan Uwais tersenyum ringkas. "Panjang ceritanya. Dan Cik pun akan ada banyak masa di sini. Lagipun lepas ni kamu ada urusan dengan Puan Rana kan?" Nayla mengeluh perlahan dan mengiakan. Selepas selesai urusan pendaftaran, mereka berjumpa Puan Rana bagi menyelesaikan urusan selebihnya.
Selesai segala keperluannya, Hanz meninggalkannya mengangkat beg pakaiannya sendirian. Nayla mendengus geram. Bersusah payah dia mengangkut segala barangannya ke bilik. "Hish, masa daftar sibuk nak teman bagai, masa nak angkut barang reti pulak dia nak balik. " Bebel Nayla. Padahal kalau Hanz ada sekalipun; tak mugkin Hanz mampu menolong. Yelah. Takkan lah dia nak masuk asrama perempuan kak oi...
"And....kenapa lama sangat nak sampai bilik SD 154 ni?" Dan Nayla terus membebel seorang diri. Masuk sahaja bilik, Nayla meneleti keseluruhan bilik itu. Bilik yang agak luas sehingga mapu menempatkan empat buah katil bersaiz queen, empat meja belajar, sebuah bilik air...hm...agak lengkap bagi pelajar. Pernah tengok tak cerita barbie yang dapat tawaran masuk akademi puteri tu? Ala...ada scene kat dalam istana tu baju akademi dia kena koyak, so dia jahit jadi baju lain,at the end, dia rupa-rupanya puteri negara tu? Hm....tak ingat dah tajuknya. Nanti kita search sama-sama. Lama tak tengok cerita tu.
Dan sejujurnya Nayla sendiri rasa dia dah termasuk ke dalam cerita tersebut. Korang tak rasa, macam tu ke?
Memandangkan masih waktu belajar, tiada sesiapa yang menyambut kedatangannya di bilik itu. Selesai memerhati sekeliling bilik, Nayla kembali mengangkut barangannya ke tingkat 4 itu. Nasib ada lif. Huh.
Sebaik sahaja barang-barangnya diletakkan disatu sudut memandangkan dia tidak mengetahui yang mana katil kosong, Nayla mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekeliling akademi itu. Lagipun tujuannya ke sini untuk mencari jawapan mengenai ibunya.
Tanpa hala tuju, Nayla membawa diri dan tanpa sedar juga dia sampai di sebuah taman. Senyuman kecil terukir di wajahnya. Suasana tersebut amat menenangkan hatinya kecuali...
Dahinya berkerut. Dia cuba mengamati bunyi tersebut dengan lebih jelas. Rasanya dia tak salah dengarkan? Tu bunyi.....
Dengkuran.
Yup. Tak salah lagi. Kepalanya mencari arah dengkuran itu sehinggalah pandangannya jatuh pada sebuah bangku yang tidak jauh daripadanya. Hm...hanya di sebelah kanan dan berjarak beberapa meter sahaja.
Nayla mendekati pelajar tersebut. Seorang lelaki yang rambutnya hampir menutupi mata sedang enak tidur dengan sebelah tangan dilapikkan di bawah kepala dan tangannya sebelah lagi di atas perut. Sebelah kakinya pula terlunjur.
Kening Nayla automatik menaik. Tiada kelas ke mamat ni?
Tapi.....kacak juga. Nayla mula membuat spekulasi sendiri.
-Pelajar ni di gilai ramai pelajar perempuan
-Nakal?
-Budak bijak?
-Atlet?
Tengok body macam ya.' Kalau di fikirkan balik, mamat macam ni jenis yang paling aku nak elak. Baik aku blah dulu.' Terbatal terus niat mahu mengejutkan lelaki itu gara-gara pemikirannya. Baru sahaja berpaling, seseorang berada tepat di belakangnya menyebabkan Nayla terjerit kecil.
" EH, MAK TIKUS GULING MASUK JAMBAN!" Tak. Tu bukan Nayla. Percayalah.
To Be Countinued...
20 October 2020
Naz_Nazira
YOU ARE READING
Untold Story: Snow White
Teen FictionKisah hidupnya bukan seindah yang dilihat. Dikurniakan keluarga yang kaya tanpa bahagia. Memilik wajah yang cantik tanpa sahabat. Hidup bukannya ibarat fairy tale. Snow White gelaran yang diberi. Humaira bermaksud putih kemerah-merahan. They...