"Hm... Kalau ikut peta ni... " Farish jeda. Masing-masing menunggu responnya. "Erm... " Tangannya naik ke dahi.
"Kenapa? " Izzat tayang muka bosan. "Patutnya ada jalan.. " Ujar Farish keliru. Nayla menggulingkan mata ke atas. Ingatkan dia kenapa dia merelakan mamat bertujuh ni bantu dia. Urgh.
Almaklum. Seorang Nayla tak pernah bergaul di sekolah lama. Dah tu magnet apa pula yang tarik mereka ni? Huh.
Buku tersebut dirampas kasar. Sebaik matanya menjengah pada peta tersebut, matanya laju menangkap satu siri nombor diatas anak panah itu. Kecil sahaja tulisannya.
0628
Dinding tangga dipandang. Dinding tu bukannya kosong. Malah beberapa potret lukisan menghiasi tepi tangga itu.
Nayla mendekati setiap lukisan tersebut. Yang ada hanyalah tanda tangan pelukis di hujung lukisan. Rasanya hasil tangan pelajar akadami ini.
Ada 5 lukisan tersusun sebaris sepanjang tangga. Namun, kesemuanya tiada menunjukkan siri nombor tersebut. Nayla mengeluh perlahan.
"Hah, tak ada kan? " Perli Farish. Nayla berpaling ke belakang memandang mereka. Sesaat kemudian, senyuman sinis terukir. Hahaha nice. Memang ada hikmah mereka mengikutinya sekarang ni. Terus buku diberikan kepada Farish.
Lukisan pertama diambil. "Woi! Kau buat apa tu?! " Tegur Izzat dengan dahi berkerut.
"Ada mata boleh tengokkan? Eh, ke kau buta? Ops, sorry. " Perli Nayla. Lukosan itu diserahkan kepada Izqal. "Huh? "
"Pegang. " Arah Nayla. Dengan wajah blur, dia memegang lukisan tersebut. Potret itu menghadap ke arahnya.
Nayla mengambil sebuah lagi dan diserahkan kepada Darwish. Darwish dengan polos dan tanpa banyak kata, terus memegang potret itu.
Potret ketiga, Darren. "Apahal ni? " Soal Darren hairan. Nayla menjungkit kening apabila dipersoalkan. Sudahnya, Darren juga akur.
Yang keempat Arshad. Malas nak tanya. Dia tahu Nayla takkan jawab. Terakhir.... dia ingin menghulurkan kepada Hafiey. Tapi bila tengok mamat tu peluk erat patung arnab dia tu.. Erm. Abaikanlah.
Nak tak nak, Izzat mamat moody tu jugalah kena pegang. lepas tu barulah dia pandang ke arah dinding. Kosong. Yang ada hanyalah bekas segiempat tempat letaknya potret itu.
Izqal didekati. Belakang potert itu diteliti tajam. Tiada. Seterusnya... Tiada. Seterusnya... Pun tiada.
Seterusnya.. "Boleh tak kau cakap apa benda yang kau cari sekarang ni? " Soal Izzat dengan muka bosan. Nayla mengerling sekilas. Abaikan saja watak sampingan itu. Tak penting pun~
Izzat mendengus apabila tidak dilayan. Alala...sian dia. Nayla meneruskan penelitian. "Yes!" Dia bersorak kecil. "
"Hah, apa?! " Serentak mereka menyoal. "Okey yang lain boleh simpan balik." Balasnya selamba. "Hah?!"
Nayla membuat muka selamba. Jangan harap dia nak ulang dua kali. Lukisan di tangan Arshad diambil dan dibaringkan secara terbaring. Nombor 0628 di penjuru belakang lukisan itu mengundang senyuman. Dengan mengikut gerak hati, dia membuka bingkai itu.
"Woi, kau buat apa? " Berkerut dahi lain. Nayla mendengus geram. Diorang tak bosan ke ulang ayat yang sama.
"Bosanlah juga, tapi tak ada skrip lain. " Ujar Darren tiba-tiba menyebabkan gerakan tangan Nayla terhenti lalu memandang ke arah nya. Serious lah?
"What? Tengok muka kau pun aku tahu, kau mesti serabut kitorang tanya benda sama kan? " Ujar Darren bangga. Hebatlah tu kononnya. Tapi Nayla dalah Nayla. Kau ingat dia peduli?
Sebaik sahaja bingkai dibuka, di belakang lukisan itu terdapat sebuah kad. Nayla tersenyum sinis. Sesuatu di sebalik gambar? Dah agak. Yang lain pula terpegun. O... Key. "Pasang balik," Arah Nayla selamba. Melihat ada mulut-mulut yang ingin membantah, pantas dia memintas. "Tadi kata nak tolong sangat, " Sinis Nayla. Izzat mendengus. "Aku tak kata yang aku setuju, "
Tapi untuk apa kad ni? Dia memandang tempat tergantungnya lukisan itu. Tangan dilalukan di sekitar dinding. Tak. Tak ada. Otaknya mula berimaginasi. Ada mesin kecil? Atau ada sesuatu yang lain.
Sementara itu, Izzat mengalami kesukaran untuk menggantung lukisan tersebut. Haih, lembab.
Nayla memandang bosan ke arah Izzat. Huh, dari tadi berlagak cool sekarang benda kecil pun tak boleh handle.
Baru sahaja Nayla ingin membantu, sesuatu menarik perhatiannya. "Tepi." Ujarnya senada.
"Aish, kau ni... Aku tengah gantung ni kan. " Bentak Izzat geram. Namun tubuh Izzat ditolak selamba. Kini, Nayla berhadapan dengan dinding tersebut.
Sekiranya diperhati dengan teliti, terdapat rekahan halus membentuk segi empat kecil di tempat potret kelima itu digantung. Bukan garisan lurus pun. Langsung tak sekata. Nayla menyentuh permukaan tersebut. Satu di tengah-tengah rekahan, satu lagi di sebelahnya.
Terasa ada sesuatu yang lain. Disebalik rekahan itu bagaikan ada ruang kosong. Sedikit tekanan dikenakan. Tepat seperti jangkaannya, bahagian itu berderai.
"Wow, kuatnya kau, " Tu Darren.
"Weyh, vandalisme, " Tu Iqzal.
"Weyh, lapar, " Serentak semua memandang tajam ke arah Hafiy. Like seriously? Hafiey membuat muka kesian.
Satu bar coklat dihulurkan. Hafiy memandang kepada pemilik tangan itu. Darren. "Erm.. Buat alas perut? "
Hafiy menyambut lemah. Erm... Lapar.
Nayla merengus. Urgh.Dia memandang rekahan itu kembali. Satu mesin pengimbas terletak di situ. Entah berfungsi ke tidak. 'Selalu kalau dalam cerita diorang imbas kad macam tu lepas tu keluar pintu rahsia. ' Bisik Nayla. Dia mencuba.
Seperti yang diagak. Lampu hijau berkelip. "Tak sangka benda tu berfungsi. Aku ingat dia dah lama dah, " Ujar Arshad. Farish menolak speknya di pangkal hidung. "Well dia guna tenaga eletrik sekolah. Lagipun dia terlindung, so logik lah kalau dia berfungusi kan. " Farish membuat teori.
Tepat di sebelah potret itu, dinding terbuka menunjukkan ruang rahsia. Masing-masing mula kagum kecuali Nayla. Huh, dah agak. Pintu rahsia. Sama dengan movie-movie perisikan tu.
"Kau, tolong mamat ni gantung lukisan tu balik, " Arah Nayla. Izzat membuat muka. Alah, bukan dia sengaja. Nasib baik jugalah kan? Kalau tak mesti Nayla dah tak perasan dengan rekahan tu kalau dia berjaya letak.
Semua masuk le dalam bilik tersebut diikuti Arshad yang terakhir.
Gelap. Nayla membuka lampu telefonnya. Begitu juga yang lain. Masing-masing tidak bersuara dan menyoal di dalam hati. 'Tempat apa ni?' Nayla berkerut melihat pintu yang masih terbuka. Takkan lah terbiar macam ni. Macam tak logik je.
Serentak dengan itu, satu lagi mesin yang lebih kurang sama ada di sebelah pintu. Nayla mendekati dan memerhati mesin tersebut. Kali ni, tiada alat pengimbas. Cuma, ada ruang dia atas mesin tersebut. Nayla memasukkan kad tadi. Automatik keadaan bilik cerah dan pintu tertutup.
"Wow, "
Sekali lagi, ruang dalam membuatkan mereka terpegun. Darwish berpaling ke belakang. "Alamak weyh, kita tak boleh keluarlah." Ujar Darwish panik. Nayla mendengus. " Nanti boleh lah tu. Lagipun elok juga dia tertutup. Mana tahu kot-kot ada orang datang. " Ujar Nayla.
"Kau pasti? " Nayla mengangkat bahu. "Aku agak je. " Masing-masing menepuk dahi.
"Erm.. By the way guys, bilik apa ni? " Soal Farish.
To be countinued...
14 January 2021
Naz_Nazira
YOU ARE READING
Untold Story: Snow White
Teen FictionKisah hidupnya bukan seindah yang dilihat. Dikurniakan keluarga yang kaya tanpa bahagia. Memilik wajah yang cantik tanpa sahabat. Hidup bukannya ibarat fairy tale. Snow White gelaran yang diberi. Humaira bermaksud putih kemerah-merahan. They...