Wajah Darwish monyok sahaja pada ketika itu. Arshad yang mencuit-cuit bahunya itu ditepis.
"Alah, rileks lah, bukan sengaja, " Pujuk Arshad. Itupun sambil lewa je. Macam nak tak nak pujuknya. Tercebik-cebik mulut Darwish menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
"Tak payah over sangat. Bukan mati pon kau. " Balas Izqal sambil lewa. Yang lain malas melayan. Alah, bukan sekali dua si Darwish ni melatah. Dah jadi penyakit dia agaknya. Pantang terkejut sikit. Nasib tak mencarut je.
Darren sekadar tersengih apabila Darwish menempel kepadanya. Merajuk dengan Arshad. Konon.
"Dah ah. Hah, kau Qal, ke mana? Tidur kat taman? " Arshad mengubah arah perbualannya. "Huh, ke mana lagi, " Gumam Darwish. Izqal tayang muka tak bersalah. "What? Salah ke? "
Pasrah Arshad mendengar jawapan Izqal itu. Apalah nasib. Ada kawan perangai pelik-pelik.
"Lantak lah. Lepas habis kelas nanti aku aku nak jumpa Cik Misya. Korang nak ikut tak? " Soalnya.
"Hurm? Cik Misya? Bolehlah. Alang-alang cuci mata." Ujar Darren selamba.
"Nak ikut jugak! Aku dah lama tak borak dengan Cik Misya. " Bersinar mata Hafiy saat mendengar gerangan itu.
Arshad memandang empat lagi rakannya. Farish mengangkat ibu jari tanda setuju. Izzat mengagguk kecil sambil fokus pada permainannya. Izqal pula sempat menguap sebelum... "Okey" erm... Memberi persetujuan. Darwish pula sekadar mendiamkan diri.
Arshad angkat bahu. Lantak koranglah. Lagipun dia tahu, Darwish pasti akan mengikut mereka juga.
"Puan, " Seorang pemuda yang memakai jaket hitam berhud menutup muka itu tegak berdiri di belakang seorang wanita.Wanita itu memandangnya. Riak wajahnya bertanyakan mengapa. "Dah tiba masanya, untuk bongkarkan semua? Kan? " Penuh berhati-hati pemuda itu menyoal. Wanita itu mengukir senyuman sinis.
'Masanya sudah dekat. Tapi bukan sekadang, '
" Jadi, apa saya harus buat sekarang? " Soalnya.
'Bagaimana kalau awak cari seorang puteri? '
"Maksud Puan? "
Wanita itu ketawa tanpa suara.
'Seorang putera perlukan seorang puteri untuk melengkapkan hidupnya bukan? ' Pemuda itu mengeluh. "In fairy tale? Yes. But now it is not. " Bantahnya.
Wanita itu masih tenang walaupun riak pemuda itu sudah keruh. Walaupun ditutupi hud, jelas wanita tersebut dapat membaca riak lelaki dihadapannya ini.
'Ya. Ni bukan kisah dongeng. Tak ada yang sempurna. Tapi... Tak salah cari yang terbaik kan? '
" Lupakanlah Puan. Mustahil. Takkan ada puteri yang berkeinginan dengan putera ni. Mana-mana gadis sekalipun. "
'Termasuk Puteri Salju? ' Pemuda itu tersentak.
Nayla mengeluh perlahan. Malam itu dia diheret ke kafe oleh tiga rakan sebiliknya itu. Kelakar. Bukan ke sepatutnya dia dibenci ke? Hello? Where the haters?
"Tak payah monyok sangat muka tu. Makan je." Tegur Clara. Qisya dan Haura? Urgh... Dari tadi lagi bergaduh.
"Clara, make her stop please. " Pinta Haura yang bengang dengan Qisya. Clara ketawa kecil. "Why? Bukan selalu kita berkumpul kan? Sekali sekala kau layan lah. " Bidas Clara. "Yeah right, " Qisya dan Clara bertepuk tampar dengan gembiranya.
"Macam tak jumpa dalam bilik. " Sindir Haura. "Memanglah jumpa. Tapi kalau masa-masa macam ni tak kan? " Balas Qisya. "You... Ergh. "
Terlepas tawa kecil Nayla. Mereka bertiga lantas memandangnya. "Apa yang kelakar? " Soal Haura dingin.
Nayla melorek senyuman senget. "Nothing, dah lama rasanya tak rasa macam ni. "
-atau mungkin tak pernah. Sambungnya di dalam hati.
Haura mengangkat kening. Tertanya-tanya maksud Nayla. "Perasan tak? " Soal Qisya secara tiba-tiba. Tumpuan beralih."Nama korang ni macam nak dekat, dekat tahu tak? Clara, Haura, Nayla. "
"Qisya" Sambung Clara. Qisha mengangkat bahu. "Well the vocal is i at the begining. " Balasnya.
"Aqisha, Clara, Haura and Nayla. Sama jugak. " Balas Clara. Nayla mengangkat kening dan menayang wajah bosan. "So what? Korang nak buat nama group? "
Haura turut menongkat dagu memandang mereka berdua. "Ish, taklah. Aku cakap je. Buat apa sampai nak bergroup bagai. " Balas Aqisha. "Good than. "
"Kenapa kau tanya? " Soal Clara. "Nothing, tapi aku malas nak bergroup ni."
" Same goes with me. " Tambah Haura. "Yea... Aku pun. " Balas Qisha. Clara ketawa kecil.
"No worries, aku pun tak berminat. Tapi kadang-kadang pelajar sekolah ni suka ni beri nama sendiri."
"Means? " Nayla mengangkat sebelah kening.
"7 Princess. Contohlah. "
"Aku tak minat budak hot sekolah. " Balas Nayla bosan. Qisya ketawa kecil. "Well, personaliti diorang agak menarik bagi aku. "
"Diorang tu pelik-pelik jelah. " Tambah Haura. "And could be annoying sometimes. " Tambahnya lagi.
"Asal ada rupa, senang je nak famous. " Nyata Nayla. "Hehehe... Tapi ada juga yang orang tak pernah nampak muka jadi famous. Misteri gitu.. " Ujar Qisya.
"Kau maksudkan dia ke? Silent Ghost? " Soal Haura. Qisya mengangguk. "Huh? Silent Ghost?"
"Yup, Silent Ghost. Tak ada orang tahu siapa dia, siapa nama dia. Dan...paling penting, tak ada siapa pernah nampak dia. "
"Apa maksud kau tak ada orang nampak dia? Habis tu macam mana orang tahu dia ada? "
"Yea.. Rumor ni tersebar agak cepat sebenarnya. Sampai ada yang tak percaya yang dia ni wujud. " Clara mengangguk.
"Dah tu? " Nayla kehairanan.
"Orang kata dia ada kat sebuah bilik misteri. Tak bergaul dengan sesiapa. Pelajar sekolah ni juga. Cuma, namanya tak ada siapa yang tahu. So, dalam ranking tu, akan ada satu baris kosong. Tu lah ranking dia."
"Top student? " Soal Nayla. "Erm.. Tak adalah sampai top 10 tu. Turun naik around 30-40? Erm.. Yang pasti dia buka typical excellent student yang popular lah." Ujar Haura.
"30-40. From 150 students bacth kita. Boleh kira top jugaklah kan? " Sinis Qisya. Clara menggulingkan mata. "Well, sekurang-kurangnya tak lah macam 7 princess yang cukup pakej kononnya tu. Handsome, pandai, aktif. Top 10 tak lepas. Jaranglah turun top 20."
"Okey, tu memang tipikal. Lagi? " Soal Nayla. Agak berminat.
"Apa yang lagi?" Qisha bingung.
"Silent Ghost. Mana bilik misteri tu? " Clara menggeleng. "Tak ada siapa yang tahu Nayla. Sebab tu rumor ni ada yang tak percaya. Tapi nak kata tak, result dia memang ada kat ranking. Rumors ni muncul pun sebab ada beberapa kejadian yang orang syak dari orang yang sama. Pasal bilik tu pula gosip dari guru-guru yang sampai ke pelajar. Tapi yang peliknya, cikgu-cikgu pun tak ada yang tahu mana bilik tu. "
Nayla terangguk sendiri. "Sengaja nak famous? " Bisiknya sendiri. "Mustahillah. " Cantas Haura. "Kalau dia nak famous, dia mesti akan tunjuk muka sekali sekala atau munculkan diri. Ini tak pernah. Tapi ada orang cakap juga, dia ni ada mental problem sebenarnya. "
Nayla terdiam. Silent Ghost? Haih, entah kenapa dia rasa lelaki itu beruntung. Tak perlu hadap drama dan manusia yang hipokrit. Mengasing diri dan buat hal sendiri.
To be countinued...
20 December 2020
Naz_Nazira
YOU ARE READING
Untold Story: Snow White
Teen FictionKisah hidupnya bukan seindah yang dilihat. Dikurniakan keluarga yang kaya tanpa bahagia. Memilik wajah yang cantik tanpa sahabat. Hidup bukannya ibarat fairy tale. Snow White gelaran yang diberi. Humaira bermaksud putih kemerah-merahan. They...