Bab 1

39 7 0
                                    

  "Nayla, tunggu sekejap sayang, " Panggilan wanita itu langsung tidak dipedulikan. Nayla mencapai kasut hitamnya. Wajahnya kosong tanpa sebarang riak.Tangan yang memegang bahunya ditepis kasar. Tanpa mempedulikan wanita yang cuba menahannya itu, Nayla terus membawa diri keluar rumah dan masuk ke dalam kereta. Pemandunya yang berdiri di tepi pintu kereta sedari tadi masuk dengan teragak-agak.

  "Cik muda, Puan panggil" Ujarnya berhati-hati. "Jalan. " Ujarnya dingin. Tangannya membelek telefon memeriksa notifikasi yang muncul. Pemandu itu mengeluh berat. Dia memandang simpati ke arah wanita yang berdiri di tepi pintu kereta itu.

  "Hanz, jalan. " Arah Nayla lagi. Dalam penuh keterpaksaan, lelaki itu memulakan pemanduannya. Nayla pula menyandar sambil memejamkan mata.

  Mata Hanz sesekali mengerling ke arah cik mudanya. Dikurniakan wajah yang cantik dan kulit yang cerah. Tak hairan ada yang memanggilnya Puteri Salju. Ya. Atau dikenali sebagai snow white. Namun disebalik kecantikan itu, tingkahnya yang dingin dan sering membuat hal sendiri itu menyebabkan tiada siapa yang mendekat. Dia kata apa yang dia mahu. Tanpa mempedulikan perasaan sesiapa.

    Suasana sunyi sepanjang perjalanan itu. Hanz tidak menyuarakan apa-apa. Sedia maklum tingkah Nayla yang sememangnya begitu. Mungkin terlebih dimanjakan. Jarang sekali gadis itu berpuas hati dengan sesuatu. Ada sahaja yang tidak kena di matanya.

   Andai kata ibu tiri selalunya memegang watak jahat, peranan Nayla dan ibu tirinya terbalik. Malah, dia tidak pernah cuba bermesra dengan wanita itu.

   Nayla membuka mata dan memandang ke tepi tingkap. Dalam masa 15 minit, mereka tiba di sekolah. Nayla terus keluar tanpa berkata apa-apa dan memandang ke arah pembantu peribadinya.

  Baru sahaja Hanz ingin beredar, cermin kereta diketuk dari luar. Lantas cermin kereta diturunkan. Dia mengangkat kening sebaik wajah Nayla menyapa pandangan. "Thanks by the way, " Ujarnya dingin dan terus berpaling dan dia berjalan ke arah pintu pagar.  Hanz mengangkat bahu. Ya. Mungkin gadis dingin. Sekurang-kurangnya dia tahu cara beradab. Beradab huh? Bagi seseorang yang baru sahaja mengabaikan orang yang perlu dia hormati, sekurang-kurangnya perkataan terima kasih tu menunjukkan gadis itu masih ada adabnya.

  Nayla melangkah ke kelas dengan wajah dingin. Semua pelajar di dalam kelas itu senyap secara tiba-tiba. Langkah Nayla terhenti dan memerhati sekeliling kelas.

  Nayla tersenyum sinis. Dia menuju ke arah seorang gadis yang memakai cermin mata bulat dan tebal itu. "Kau, pergi duduk tempat aku. " Arah Nayla selamba. Kaki kerusi itu ditendang kasar.

  "Er.. Tapi... " Gadis itu tergagap. Hairan apabila Nayla mahu duduk di hadapan. Selalunya gadis itu lebih gemar berada di belakang agar tidak diganggu. Namun tidak hari ini.

   "No but. Just go. " Tanpa perasaan, Nayla menarik tangan gadis itu dengan kasar sehingga menyebabkannya terjatuh ke lantai. Barang-barang gadis itu dilempar selamba. Habis bertaburan semua buku latihan dan alat tulis yang telah disusun gadis itu diatas meja.

   "Kau melampau kan?! " Marah rakan gadis yang ditarik Nayla. Dia membantu gadis bercermin mata itu bangun. Nayla hanya menayang wajah tanpa riak. Tak heran langsung. "Muka cantik tak padan dengan perangai. " Sampuk seorang pelajar lelaki. Pandangannya penuh dengan kebencian kepada Nayla. Nayla tidak peduli. Semua pelajar kelasnya sudah memandangnya tidak berpuas hati.

  Jahat? Tak guna? Korang ingat dia peduli. Huh. Ni bukan kali pertama. "Kau ingat kau paling cantik dalam sekolah ni kau boleh buat apa yang kau suka?! " Oh, nak gaduh lagi ke. Mehlah.

  "Heh, aku pernah cakap macam tu ke? Ke kau je yang rasa macam tu. Why dear? You tak boleh buat apa yang you suka ke selama ni? Or... You tak cukup cantik. Which mean.... Ugly? " Soal Nayla sinis. Tangannya mula berpeluk tubuh.

  Dia tak pernah mengaku yang dia paling cantik. Tapi mereka yang mengatakannya. Dia buat apa yang dia suka bukan sebab dia rasa dirinya perempuan paling cantik. Please...she's not bimbo. Tapi dia buat apa yang dia suka atas sebab dirinya sendiri.

  "Tak apa Shira. Biar aku duduk belakang. Gadis bercermin mata bulat itu mengalah. Ye guys. Kalau dia tu heroin, memang tipikal drama melayu sangat. Heroin yang terlalu baik. Sakit hati kadang-kadang. Okey stop.

   Gadis yang dihalau itu mengambil tempat duduk yang sepatutnya diduduki oleh Nayla. Nayla terus mengambil tempat itu dan membuat muka selamba. “What?" Soalnya dengan rasa tidak bersalah.

  Baru sahaja gadis yang dihalau melabuhkan punggung, kaki kerusi itu patah menyebabkan dia terjatuh. "Ain! " Cemas Shira menuju ke arah rakannya. Nayla sekadar mencebik apabila masing-masing menerpa ke arah Ain dengan cemas.

  "Kau sajakan? " Marah seorang gadis yang lainnya. Masing-masing menerpa Ain dan membantunya bangun. Siku dan tangannya terluka akibat cuba bertongkat menahan diri dari jatuh sepenuhnya."Apa yang sengaja? " Soal Nayla tanpa perasaan.

  "Kau suruh dia duduk kat situ sebab tahu kerusi tu nak patahkan? "
 
  "Eh, aku tak tahulah pulak kerusi tu nak patah. Aku ingatkan dia yang berat sangat. Kerusi tu terkejut kot. Maklumlah, selama ni aku duduk kat atas dia tak rasa beban sangat. Minah tu datang duduk tetiba ada beban berat. Tu yang patah." Selamba sahaja Nayla memberi jawapan loyar buruknya. Nak marah?  Werk!  Tak kisah pun.

  "Kau?!"  Shira ingin menerpa ke arah Nayla namun ditahan oleh yang lain. Nayla sekadar tersengih sinis. Dia tahu tiada siapa dapat menyentuhnya. Well, dia puteri tunggal salah sorang pegawai tertinggi di Empayar Nara.

  "Apa yang bising-bising ni? " Satu suara garau dan bernada agak tegas muncul. Mereka pantas memandang ke arah empunya suara. Nayla masih dengan riak kosongnya. Tapi, rasanya dia sudah dapat mengagak nasib yang bakal menimpanya.

   "Cikgu, Nayla buli Ain! "Adu Shira.  Nayla mencebik. Dasar kaki adu. Cikgu Saiful memandang ke arah Ain. Terkejut beliau apabila melihat kerusi yang telah patah itu. "Ya Allah, Nayla! Apa kamu dah buat ni? " Nayla memandang kosong ke arah cikgunya. Well I'm just sitting at her place. Is that wrong? Ha...ha...ha...

  "Bawak Ain pergi bilik sakit. Nayla, jumpa saya di bilik disiplin!" Tegas suara itu memberi arahan. Dalam diam dia melepaskan keluhan perlahan.

   What did she expect? She will never escape for what she've done. But...she just change their place. Not her fall when the chair is broke. Ain the one who sit at it. So she the one who should be responsible. Isn't that the case guys?

To be countinued
Naz_Nazira
27 August 2020

 

    

Untold Story: Snow WhiteWhere stories live. Discover now