Hujung minggu, Dara sudah diseru untuk pulang ke rumah ibu nya di Klang.
Sebelum ke Klang, sempat dia singgah ke asrama adik bongsunya, Wan Nur Aleeya Naura yang berusia 15 tahun.
"kau dah makan belum?? "soal Dara
"kau nak lanje ke long?? "soal Leeya.
"kau rasa aku ada duit ke?? "soal Dara
"eleh, macam aku tak tahu bisnes kepuk kepuk kau tuh. Ni la time aku nak paw kau. "
Dara menjeling adiknya.
"tapi an, macam mana kau uruskan ek?? Study, bisnes, archery. "
"tu la pentingnya otak yang cerdhekkk. "kata Dara
Leeya mengangkat keningnya.
"apa angkat-angkat kening?? Kau nak makan apa ni?? "
"mcd. "
"mcd je tau. Aku nak pizza, full stop. "
"oi!!! Baik tak yah tanya!! "marah Leeya
"saja nak buat kau marah. "
"nak beli kat angah ngan kakak ke?? "soal Leeya
"dua ekor tu balik ke?? "
"angah mestilah balik. Si Kira tu, confirm la dia ada kat rumah. Result SPM dia keluar lepas cuti. Dia nak pergi mana. "
"ouh ek, hmm beli je la. Kau nak mcd an. Tu depan simpang tu ada mcd. Kalau kau rajin dan berani pergilah beli. "kata Dara
"duit. "
"ushh, bebetul ke nak pergi?? Jauh yal. Bengap jugak kau ni. "kata Dara
"bodoh la long!!! "
"siapa bodoh sekarang ni?? Aku ke kau?? "
"kau la. Aku tak bodoh. Kalau tak, tak de nya aku masuk asrama. "kata Leeya
"ye la, sebab kan kau tak bodoh. Kau tengok la apa benda kat belakang tu. Aku keluar order pizza jap. "kata Dara.
Setelah Dara melangkah keluar, Leeya berpaling memandang ke arah seat belakang. Ada satu beg.
Beg phone. Phone jenama Vivo. Beg itu diambil. Senyuman terbit dibibirnya.
Beg dibuka, kotak iPhone?? Uwah!! Lagi lebar la senyum Leeya.
Dibuka kotak itu, namun yang ada. Sticky note.
"kau fikir aku nak bagi kau iPhone ke budak?? Aku pun guna Huawei. Memang tak la nak habiskan beribu dekat kau. "baca Leeya.
"dasar kakak tak de hati perut!!! "
Hampir 1 jam lebih berlalu, Dara akhirnya melangkah masuk ke dalam kereta.
Dia perasan akan jelingan tajam dari Aleeya.
"dah kenapa?? "
"kau memang suka bagi fake hope ke?? "
"terasa di fake hope kan ke?? "
"eeeeeee, bagi tahu mama!!! "
"eee, bagi tahu mama. "Dara meniru gaya Leeya tapi lebih kepada gaya yang menyampahkan.
"bukak dashboard tu budak. "
"buat apa natang!! "
"ush, main natang natang ek kau sekarang. Baik baik. "kata Dara
"bukak dashboard tu natang!! "
"erghh. "Leeya merengus geram. Dashboard dibuka. Matanya tertancap pada kotak phone berjenama Vivo itu.
YOU ARE READING
AFEEYA ADARA ✔️
Romansa3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipandang. Tapi, jangan pandang dia sebelah mata. Dia la top3 pemanah paling power di universiti. HILMAN...