A F E E Y A D A R A 9 ❣️

8.4K 396 1
                                    

Dara melangkah turun dari tingkat atas. Ditangannya cukup kelengkapan untuk memanah.

Dia akan berlatih memanah dihalaman rumah.

Turun sahaja, dia terus melangkah ke dapur.

Namun, baru satu tapak masuk ke dapur. Dia kembali berundur ke ruang tamu.

Mata dikecilkan.

Susuk tubuh seseorang sedang tidur di sofa dilihat. Susuk tubuh itu dihampiri.

Suaminya.

Dahi berkerut bila terlihat kesan lebam dipipi kanan Hilman.

Lebam itu disentuh dan ditekan sikit.

"hmm. "

"sakit ek?? "soal Dara

Namun, sekali lagi ditekan lebam itu sambil tersengih.

"hmm, sakitlah. "omel Hilman

"sikit je nihh. "kata Dara dan menekan sekali lagi.

"sakittt. "

Dara tersengih. Baru sahaja Dara hendak menekan lagi, tangannya digenggam tangan Hilman.

"masa untuk main dah tamat Dara. Best awak tekan tekan lebam saya?? "soal Hilman lalu bangun dari baringnya.

"best jugak. Sir bergaduh ek?? "

"haah. "

"dengan siapa?? "

"beruk. "

"betul-betul la. "

"nampak muka saya main-main ke?? "

"okay. "kata Dara akur.

"okay. "kata Hilman

"okay tu okay la. Lepas la tangan saya. "

Hilman memandang ke arah tangannya yang memegang tangan Dara.

Perlahan-lahan tangan itu dilepaskan.

"thanks. "kata Dara lalu bangun dari posisi melututnya.

"awak nak pergi mana?? "

"luar. Berlatih. "

Hilman mengangguk.

"nanti letak ais kat lebam tu. "pesan Dara dan terus melangkah keluar.

Hilman mengangguk.

"peduli jugak dekat aku. "omel Hilman

"saya peduli dekat sir sebab takut orang ingat saya pukul sir!! "laung Dara dari luar

Hilman ketawa kecil.

❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️

Mata memandang tepat ke arah targets face.

Busur di angkat dan anak panah dari quiver di ambil. Quiver ialah beg yang diletakkan anak panah di dalamnya.

Anak panah pertama dilepaskan. Tepat ke bulatan tengah targets face.

Anak panah kedua pula di lepaskan, sedikit tersasar dari bulatan tengah.

Akhirnya, anak panah terakhir dilepaskan. Tepat di tengah bulatan. Kini, targets face sudah penuh dengan anak panah yang dilepaskan oleh Dara.

Serentak itu, satu tepukan di dengari.

Dara berpaling.

Hilman sedang duduk di buaian bulat di tepi rumah.

AFEEYA ADARA ✔️Where stories live. Discover now