A F E E Y A D A R A 1 0 ❣️

8.8K 394 9
                                    

"nak pergi dah?? "soal Hilman

Dara berpaling dan mengangguk. Dia tengah pakai kasut.

"sir nak pergi kerja?? "soal Dara

Hilman mengangguk.

"saya tak masuk kelas sir tau. "

Hilman terus berpaling memandang Dara.

"kenapa pulak?? "

"saya takut tak sempat. Saya lawan kat Shah Alam. "kata Dara

"macam mana kalau saya kata, awak kena sempatkan jugak. "

"sirrrr. "

Hilman mengangkat bahu.

"harini saya plan nak ajar bab paling penting sekali. Kalau awak tak datang, tak ada ulangan. "kata Hilman sambil meletakkan beg nya di sebelah seat penumpang.

"sir boleh ajar saya kat rumah, kan?? "

"kat rumah, saya suami awak bukan lecturer. "

"aaaaa, sir!! "rungut Dara

"saya tahu awak sempat. Saya dah tanya coach awak. "kata Hilman

"sir tanya coach saya?! "soal Dara terkejut.

Hilman mengangguk.

"rahsia kita, selamat. "kata Hilman.

"sempatkan tau. "kata Hilman

"kelas kita pukul 3 petang. "kata Hilman sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Dara hanya melihat tindak tanduk Hilman di dalam kereta. Boleh lagi ikat rambut. Maklumlah, rambut dia dengan rambut Dara kan spesis. Kalau tengok dari belakang tak tahu mana laki mana perempuan.

Nasib la rambut Dara panjang lagi dari rambut dia.

❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️

"hai Khai. "sapa Dara

Khairy mendongak memandang Dara yang baru sampai itu

"hai. Jem ke?? "

Dara mengangguk.

"coach mana?? "soal Dara

"kat luar kot. Kat padang. "kata Khairy.

"harini berpasukan je kan?? "soal Dara

Khairy mengangguk.

"awak dengan Sazzy dulu kan?? "

"haah, lepas tu kita berdua. Tak sabar nak memanah dengan awak. Hahah. "

"awak bersedia ke nak memanah dengan saya?? Awak selesa. "

"selasa ke tak selesa ke, saya tetap kena jugak. Saya cuba untuk selesakan. Aura awak mungkin tak sama dengan aura pasangan saya dulu. Tapi, saya try. "

Khairy mengangguk faham.

"Dara, Khairy. Dah ready?? "soal coach Nazim.

Dara dan Khairy mengangguk serentak.

❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️

Selesai sahaja perlawanan, Dara terus mengemas barangannya.

"nak pergi mana cepat-cepat ni? "soal Khairy.

"kelas. "kata Dara

"kelas? Bukan boleh ke tak masuk kelas harini?? Kita kan ada game. "kata Khairy.

"tu lecturer lain, bukan lecturer yang ni. "kata Dara

"siapa? "

"sir Hilman. "

AFEEYA ADARA ✔️Where stories live. Discover now