4 tahun kemudian,
Kedengaran tangisan kanak-kanak di ruang tamu.
Segera Dara yang sedang memasak untuk berbuka berlari ke ruang tamu.
"Dinda!! Ibu dah kata jangan kacau Fahim kan?"
Dinda yang berusia 4 tahun itu hanya tersengih.
Mainan yang dipegang Fahim diambil. Memang menangis la budak laki tu.
Fahim Malique, anak kedua Dara dan Hilman. Berusia 3 tahun. Ye, beza setahun je dengan Dinda.
"ha?! Nak pergi mana pulak tu?? "soal Dara bila terlihat Dinda menghampiri buaian elektrik yang berada di tepi sofa.
"baby la. "kata Dinda.
"nak kacau baby pulak?? Duduk Dinda. Kang ibu babap kang. Nak ke??"soal Dara
Dinda menggeleng.
"tahu tak nak. Duduk sini. "kata Dara.
Namun, Dinda ni perangai sebijik Dara. Degil!!
Boleh pulak dia gegar buaian tu dan jerit
"baby!!!! "
"Dinda Haleena!!!! "
Kelihatan makhluk di dalam buaian itu bergerak gerak lalu tangisan seorang bayi pun kedengaran.
"Ya Allah!! Tak masak la aku macam ni!! "omel Dara.
Buaian dihampiri.
Bayi berusia 3 bulan di dalam buaian itu dilihat.
Bayi lelaki itu memandang Dara dengan mata bulatnya.
Dara mengeluh.
"Dinda ni memang la. "marah Dara lalu mengambil Asyraf dari dalam buaian.
Afiy Asyaf. Anak ketiga Dara dan Hilman. Ye, dah 3 orang anaknya.
Memang kucar kacir la.
Serentak itu, kedengaran enjin kereta di halaman rumah.
"Dinda. Stay!! "kata Dara kepada Dinda yang ingin melangkah ke arah pintu.
Seketika, pintu dibuka dari luar.
"assalamualaikum!! "Hilman memberi salam.
"waalaikummussalam. "kata Dara sambil memandang ke arah Hilman.
"lah, kenapa pandang bie macam tu?? "soal Hilman
"ni, tahu tak apa anak bie tu buat hari ni? "kata Dara
"Dinda buat apa sayang?? Hurm."soal Hilman
"pagi tadi dia tolak Fahim jatuh sofa. Lepas tu tadi dia rebut mainan Fahim. Lepastu, dia bangunkan Asyraf. "
Hilman ketawa.
"sayang dah masak belum?? "
"tak sempat la. Dinda dah buat hal. "kata Dara.
"hahaha, kejap-kejap. Bagi bie mandi, tukar baju. Nanti bie turun tengokkan anak. "kata Hilman
Dara mengangguk setuju.
Haih, bulan puasa la bulan paling mencabar sekali. Tahun ni, extra mencabarnya sebab bertambah seorang.
❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️
Hari terakhir berpuasa, Thiya mengambil keputusan untuk pulang setelah hampir 5 tahun Turki.
Orang lain kahwin 5 tahun dah dapat anak 2 3 orang. Dia?? 5 tahun tak jumpa suami.
YOU ARE READING
AFEEYA ADARA ✔️
Romance3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipandang. Tapi, jangan pandang dia sebelah mata. Dia la top3 pemanah paling power di universiti. HILMAN...