A F E E Y A D A R A 5 ❣️

9.7K 413 3
                                    

Kereta diparking di halaman rumahnya.

Dara tidak terus keluar dari kereta, dia termenung dulu. Teringat apa yang wan nya katakan kepada dia sebelum dia bergerak ke KL.

Flashback

"wan, Dara balik dulu ye?? "

"Dara. "seru Puan Rokiah

Dara memandang wajah wan nya.

"wan tahu Dara terpaksa. Wan minta maaf. Wan buat semua ni, untuk kebaikan Dara. "kata Puan Rokiah

Mendengar itu, air mata Dara mula bertakung.

"janganlah menangis cucu wan yang cantik ni. Nanti tak cantik dah. "kata Puan Rokiah lagi.

Terus mengalir air mata Dara. Tubuh wan nya terus di peluk.

"wan dapat rasakan, Hilman adalah pilihan yang terbaik. Wan yakin, dia boleh pimpin Dara dengan baik. Hormat dia ye Dara. Dia suami kamu sekarang. Syurga Dara, bukan lagi pada ibu. Syurga Dara dekat dia. Dara tahu kan?? "

Dara mengangguk.

"wan minta maaf sebab paksa Dara. Wan nak sangat tengok Dara kahwin. Wan sayang Dara. "

"Dara pun sayang wan. Tak perlu minta maaf. Mungkin yang jadi ni, ada hikmahnya. Dara tahu, pilihan wan adalah yang terbaik untuk Dara. "kata Dara

Pelukan dileraikan.

End Flashback

Sebab tu la dia menangis tadi. Haih, sedih naw ayat wan.

Baru sahaja Dara hendak membuka pintunya, sebuah kereta berjenama Honda dipandu masuk ke dalam porch keretanya.

Dara mengerutkan dahi.

"sir Hilman?? Apa dia buat kat sini???? "soal Dara

Dia terus melangkah keluar dari kereta.

Pintu ditutup dan diketuk cermin tingkap kereta Hilman.

Hilman turut melangkah keluar.

"sir buat apa kat sini?? "soal Dara

"balik rumah la. "kata Hilman

"rumah?? "soal Dara

"ye la. Rumah. Kan awak tak nak pindah rumah saya. Jadi saya pindah la rumah awak. "kata Hilman

Tercengang Dara.

"kan kita dah setuju nak sembunyikan perkahwinan kita?? "

"saya tak kata pun yang kita akan duduk berasingan. "kata Hilman

"aaaaa, sir!!! "Dara menghentak hentak kakinya.

"tak baik hentak kaki depan suami. "

Terus Dara berhenti menghentak.

"bukak pintu cepat. "kata Hilman

"jap, amik beg. "

"saya ambil. "kata Hilman

Dara hanya menurut.

Masuk sahaja ke dalam rumah.

Hilman sedikit terpegun. Cantik!! Dia tak dapat nafikan lagi, memang rekaan dalam rumah Dara lagi cantik dari rumahnya.

Semua serba putih dan ada sentuhan warna keemasan pada hiasan.

Ada juga pokok-pokok palsu yang berwarna hijau. Sofa, meja makan, meja kopi dan semua kabinet berwarna putih.

AFEEYA ADARA ✔️Where stories live. Discover now