A F E E Y A D A R A 8 ❣️

8.5K 377 5
                                    

Dara menolak pintu utama rumah dengan penuh kemalasan.

"Dara. "

Dara yang baru hendak mendaki tangga itu terhenti. Dia berpaling memandang Hilman yang sedang duduk di sofa.

"apa?? "

Hilman bangun dan mendekati Dara.

"sorry. "kata Hilman

"hmm. "kata Dara dan ingin menyambung mendaki tangga namun tangannya dipegang Hilman.

"kenapa ni?? "soal Hilman.

Tangan Dara yang berbalut bandage itu dibelek.

"sir la yang buat. "kata Dara lalu menarik tangannya.

"saya buat?? "

"habis tu?? Kalau bukan sir siapa lagi?? Takkan saya dah gila nak lukakan diri saya sendiri. Dah la esok saya ada game. Sir nihhhh. "

"macam mana boleh kena?? Saya buat apa?? "soal Hilman sambil menggaru kepala.

"sir tak ingat?? Kan sir marah saya sebab saya sentuh frame gambar tu. Then sir naik hantu, sir tengking saya then rampas frame tu. Tajam tau frame tu. Kalau nak marah pun, tak yah ah main rampas rampas. Sakit tau tak?? "bebel Dara

"okay okay, saya minta maaf okay?? "

"tak guna minta maaf. Esok saya ada game. Kalau saya kalah, siap sir. "kata Dara dan terus mendaki tangga.

"awak pergi klinik ke??!! "soal Hilman

"rumah Carina!! Dia yang balutkan!! "jawab Dara dari tingkat atas.

Hilman mengangguk faham.

❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️

"kau ni Man. Dengan perempuan mana boleh kasar kasar. Lagi-lagi dengan perempuan macam Dara tu. Manja, lemah lembut, cantik pulak tu. "kata Izran.

"lemah lembut sangat. "omel Hilman

"kenapa kau nak kahwin dengan dia ek??? Sanggup doh kau habiskan 6 tahun kau untuk belajar balik. Then masuk mengajar kat situ. "kata Izran

"sebab... Suka hati aku la. "

"kau fikir ek, 3 tahun kau amik degree dalam business administration. Tup tup, selang setahun kau amik degree dengan master dalam account. Lepas tu, lagi terkejutkan aku kau boleh pulak masuk mengajar kat U tu. Mesti derita anak murid kau dapat lecturer yang tak bertauliah sangat macam kau ni. "kata Izran

"ada sebab aku buat benda ni. Bertahun aku tunggu dia. Bertahun aku tunggu masa yang sesuai. Bertahun aku bazirkan masa, untuk dia. Semua ada sebab. "

"apa sebabnya?? Sebab rasa bersalah??? "

"bodoh la aku kalau aku tak rasa bersalah. Terlalu kejam la aku kalau aku rasa tak bersalah, Ran. "kata Hilman

"memang patut pun kau rasa bersalah an?? Nyawa kot, bukan boleh bawak main. "kata Izran

"dan aku rasa, ni semua balasan. Aku hilang parents aku. Hilang Luq, hilang Qila. "

Izran mengangguk setuju.

❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️

Dara melangkah turun dari tingkat atas.

Senyap dan gelap. Dia terlelap selepas solat maghrib tadi.

"sir!! "laung Dara.

"sir!!! "

"dia keluar ke?? "soal Dara

Dara terus menuju ke sofa. Punggung dilabuhkan disitu.

Phone dibuka.

AFEEYA ADARA ✔️Where stories live. Discover now