A F E E Y A D A R A 3 ❣️

9.4K 450 8
                                    

Pagi yang indah, namun kedengaran sedikit kelam kabut di dalam rumah itu.

Dara yang baru bangun terpinga-pinga mendengar bunyi pintu almari dibuka dan di tutup daripada bilik yang berada di kanan dan kiri biliknya.

Pintu bilik dibuka.

"kenapa ni?? "soal Dara

Kelihatan ibunya sedang melipat baju dan dimasukkan ke dalam beg.

Diintai bilik sebelah, bilik Syakira. Syakira juga sedang memasukkan baju ke dalam beg.

"ha along. Siap cepat. Kemas baju. "kata Puan Azura

"buat apa?? Nak pergi mana?? Kenapa?? Ada apa?? "soal Dara

"wan sakit. Kita kena balik kampung. "kata Encik Adnan yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

"wan?? Sakit?? "

"jangan jadi blur boleh tak?? Kemas la cepat. "kata Thiya.

Cepat-cepat Dara melangkah masuk ke dalam bilik.

Beberapa jam kemudian,

"adik dengan along naik sekali. "kata Encik Adnan

Leeya akur.

Beberapa jam dari Selangor ke Kedah. Akhirnya mereka tiba juga di kampung.

Mereka terus sahaja menuju ke hospital.

"mana mak?? "soal Encik Adnan kepada adiknya, Idayu.

"mak tengah berehat kat dalam. Doktor kat jantung mak lemah. "kata Idayu.

Dara, Thiya, Kira dan Leeya menyalami tangan Mak Su nya.

"pergi la jumpa wan. "kata Idayu

Dara mengangguk.

Mereka sekeluarga melangkah masuk ke dalam wad Puan Rokiah.

"wan, kitorang datang ni. "kata Leeya

Mata Puan Rokiah yang tadinya tertutup kini terbuka memandang 4 cucunya.

Tersenyum dia melihat susuk tubuh mereka.

Dara berpelukan seketika dengan wan nya. Tak boleh lama-lama.

"macam mana wan boleh masuk hospital ni?? Mesti wan tak duduk diam kan?? "soal Dara

Puan Rokiah tersenyum.

"wan dah tua Dara. Memang macam ni la. Sakit je memanjang. "kata wan

"wan kena jaga kesihatan tau. Dara nak wan ada masa hari penting Dara. "kata Dara

"hari penting Dara?? Dapat ke wan tengok?? "

"eh, apa wan cakap macam tu. Lagi berapa bulan je Dara nak habis belajar. Tu la hari penting Dara. "kata Dara

Wan menggeleng

"tak, tu bukan hari penting Dara. "

"habis?? Apa hari penting Dara?? "

"hari di mana cucu pertama wan ni diserahkan kepada orang yang bergelar suami dia. "

Dara mengerutkan dahinya.

"wan nak tengok Dara kahwin. Wan nak tengok cucu pertama wan kahwin. "kata Puan Rokiah

Dara menelan air liur. Pehh, pahitnya.

"Dara dah ada?? "

Dara menggeleng.

"tapi Athiya ada. "kata Dara

AFEEYA ADARA ✔️Where stories live. Discover now