A F E E Y A D A R A 1 3 ❣️

8.3K 357 2
                                    

3 hari sudah berlalu, mereka sudah pun balik dari kampung.

Hubungan mereka?? Macam biasa. Nak kata mesra pun tak, tak mesra pun tak.

Petang selepas habis kerja, Hilman tidak terus balik ke rumah seperti biasa. Dia bertemu dengan Razwin di sebuah restoran.

"nenda suruh sampaikan pesanan dia untuk kau. "kata Razwin

Hilman mengangkat keningnya.

"lusa, Jessica sampai Malaysia. Nenda nak buat makan-makan. Nenda suruh bawak isteri kau sekali. "kata Razwin

Air muka Hilman terus berubah.

"Jes balik sini?? "

Razwin mengangguk.

"kau takut?? Kau masih rahsiakan lagi ke?? "soal Razwin

Hilman mengangguk.

"aku tak ready lagi. "

"bro, better dia dengar dari mulut kau sendiri dari dengar dari mulut orang lain."kata Razwin

"ye, aku memang nak bagitahu dia sangat-sangat. Dia isteri aku, dia berhak tahu. "kata Hilman sambil jarinya mengetuk meja.

"jadi?? Apa yang susah?? "

"susah la Win. Of course la bila dia tahu siapa aku, dia marah. Gile ke dia nak rileks macam tu. Aku ni, bukan 'sesuci' yang dia fikir. "kata Hilman

"hahaha, kau punya 'sesuci' tu macam kau betina lak Man. "kata Razwin sambil tersenyum.

"ye la. Maksud aku, aku ni bukannya baik sangat pun. Masa lampau aku, banyak benda buruk aku buat Win. "kata Hilman

Razwin mengeluh.

"tu masa lalu kau bro. Sekarang, here you are. Muhammad Hilman Ukasyah yang baru!! Kau totally berubah Man. "kata Razwin.

❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️

Dara, Carina, Yana dan juga Fara melangkah masuk ke dalam sebuah restoran. Turut melangkah ke dalam restoran itu juga, Arfan dan Khairy.

Sanggup Carina, Yana dan Fara menunggu Dara selama 3 jam. 3 jam untuk Dara habiskan latihan memanahnya bersama Khairy.

"err, weh. "Dara menghentikan langkah semua orang.

"pahal?? "soal Yana

"makan tempat lain jom. "katanya.

"ahh!! Tak payah. Aku nak makan sini. Kau jangan ngada-ngada nak makan tempat lain. "kata Carina lalu menarik Dara melangkah ke arah sebuah meja.

"weh!! Sir. "kata Fara yang baru perasan kehadiran Hilman di meja sebelah.

"sir!! "laung Yana yang tak tahu malu.

Dara menunduk.

"aku dah lama nampak mamat tu kat situ. "omel Dara.

Hilman yang sedang berborak dengan Razwin mengalihkan pandangan bila seseorang menegurnya.

Bila dia memandang Yana, Yana melambaikan tangan ke arahnya. Dia hanya mengangguk.

Mata terus mencari seseorang. Isterinya.

"jom weh kita duduk dengan sir. "ajak Carina.

"dia busy la tu. "kata Dara

"jap aku tanya. "kata Yana

Dara dan Fara menggeleng kepala.

Yana mendekati Hilman.

"sir busy ke?? "soal Yana

AFEEYA ADARA ✔️Where stories live. Discover now