Pejam celik, sudah 2 minggu mereka tinggal bersama.
Malam itu, seperti biasa. Dara di hadapan tv manakala Hilman di meja makan menghadap lap top dan kertas.
"sir. "seru Dara.
Hilman tidak menjawab.
"sir. "
Senyap.
"sir Hilman!!! "
"sir tak dengar ke saya panggil ni?? Hilman!! "
"apa?? Awak panggil saya ke?? "soal Hilman seolah baru mendengar panggil Dara.
Dara mengeluh.
"sir.. "
"tak ada sir kat rumah ni. Yang ada saya, Hilman dan awak, Dara. "
"okay. Pakcik. "
"Dara. "
"saya still nak panggil pakcik. Okay?? Okay pakcik, mana parent pakcik? Saya tak pernah jumpa pun. "
"parent saya dah tak de. "
"ouh ye ke. Kenapa dah tak de?? Sakit ke?? Ke accident?? "
"kena bunuh. "
Dara terdiam
"sir anak tunggal?? "
"ada 2 adik. "
"mana dorang?? "
"mati. "
Sekali lagi, Dara terdiam.
"kena bunuh jugak?? "
Hilman mengangguk.
Dara mengusap kedua lengannya. Seram pulak.
"dah. Pergi naik, tidur. "
Dara menggeleng.
"saya nak tengok tv. Pukul 12 nanti habis la cerita ni. "kata Dara
Hilman hanya membiarkan.
Tepat jam 12, Hilman bangun dari kerusi meja makan.
Dara yang baring di sofa sambil menonton tv dituju. Ops, bukan Dara menonton tv tapi tv menonton Dara. Puan Dara nya dah selamat tidur.
Hilman menggelengkan kepala.
Remote tv dicapai dan off kan tv.
Perlahan-lahan dia mendekati Dara. Tangan kirinya berada di belakang tengkuk Dara dan tangan kanannya diletakkan dibelakang lutut Dara.
Tubuh Dara di angkat.
Tangga di daki dan bilik dituju.
Sampai sahaja di dalam bilik, Dara diletakkan di atas katil dengan penuh cermat.
"ergh, berat jugak budak kecik ni. Gemuk. "kata Hilman
Setelah itu, Hilman mengambil tempat disebelah Dara.
Lampu dimatikan. Hanya lampu tidur kecil sahaja di pasang. Dara tak suka gelap sangat.
❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️
Tet! Tet! Tet! Tet! Tet! Tet! Tet!
"hmm, bisingnya. "omel Dara.
Mata dibuka perlahan-lahan. Sekeliling dipandang.
Posisinya cuba dianalisis.
Tangannya sedang memeluk sesuatu yang agak besar. Kakinya juga sedang memeluk sesuatu.
![](https://img.wattpad.com/cover/228390999-288-k461984.jpg)
YOU ARE READING
AFEEYA ADARA ✔️
Romance3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipandang. Tapi, jangan pandang dia sebelah mata. Dia la top3 pemanah paling power di universiti. HILMAN...