"hmmm. "
Mata digosok sedikit. Menggeliat, menguap. Okay done. Bangun.
Pertama sekali, matanya tertancap pada katil.
Kemas. Tak de orang kat atas tu.
Baru sahaja Dara hendak bangun dari sofa, sesuatu yang tertampat di kepala sofa menarik perhatiannya. Untuk maklumat, sofa Dara yang dulu kecik dah ditukar ke sofa yang besar.
Sticky note itu di ambil.
"jangan bangun lambat. Ingat, kelas pertama awak hari ni kelas saya. Start pukul 10. Lambat, duduk luar. "
"what the???? "terus sahaja Dara mencapai kain tualanya dan berlari masuk ke dalam bilik mandi.
Selesai mandi dan sebagainya, dia terus melangkah turun ke tingkat bawah.
Kereta di tuju dan terus dipandu ke universiti.
Dia ada lagi 30 untuk sampai ke U. Perjalanan dah 15 minit. 15 minit lagi untuk cari parking dan berlari ke kelas.
Baru sahaja hendak menekan pedal minyak, Dara teringat sesuatu.
Harini dia ada latihan memanah!!
Alatan memanah di dalam rumah.
Terus dia keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
Alatan memanahnya di ambil dan dia terus bergerak ke universiti.
Sampai sahaja, jam tepat pukul 9.50.
10 minit lagi.
"Dara, 10 minit. Lari hanya 10 minit. "kata Dara.
Kasut sneakers yang berada di seat belakang di ambil dan di pakai.
Setelah itu, mula lah sesi berlari Dara. Dengan beg galasnya, beg memanahnya.
Pintu dewan sudah kelihatan.
"opppssss. Brake brake!! "kata Dara.
Tak sempat brake, Dara sudah bertembung dengan seseorang yang nak masuk ke kelas itu juga.
"Dara. "tegur suara itu.
Dara memejamkan matanya. Dia kenal sangat dengan suara itu.
"tak lambat kan??? 9.59 sir. Saya masuk dulu. "kata Dara dan terus menolak pintu untuk masuk.
Hilman menggelengkan kepalanya.
Dara terus melangkah mendekati kawan-kawannya.
"Dara!! "kata Yana.
"pahal kau selekeh sangat ni?? Mana getah rambut kau?? "soal Fara
Setahunya, Dara bukanlah seorang yang suka melepaskan rambutnya. Dia lagi suka ikat.
"dalam beg. Tak sempat nak ikat. "kata Dara
"macam mana Afeeya Adara yang penuh dengan disiplin, kata tak sempat untuk ikat rambut?? "soal Carina
"semua sebab dia. "omel Dara sambil memandang ke arah Hilman yang baru melangkah masuk ke dalam kelas.
"ha?? Kau cakap apa?? "tanya Yana, Fara dan Carina serentak.
"eh, tak de apa-apa. "kata Dara sambil tersengih.
Dalam masa yang sama, sempat dia menjeling Hilman.
Kebetulan, Hilman juga memandang ke arah nya.
Dijelirkan lidah ke arah Hilman.
"beb, kau jelir lidah kat siapa?? Lidah kau sakit ke?? "soal Yana
YOU ARE READING
AFEEYA ADARA ✔️
Romance3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipandang. Tapi, jangan pandang dia sebelah mata. Dia la top3 pemanah paling power di universiti. HILMAN...