Chaeyeon p.o.v
" Semua salah kau perempuan tak guna! Sebab kau anak aku mati! Baik kau berambus je keluar dari rumah ni!" Puan Lee menolak badan chaeyeon kuat sehingga gadis itu terjatuh betul-betul di hadapan pintu rumah kediaman Lee itu.
" Omma! Jangan buat kakak macam ni! Kakak tak bunuh chaemin dengan chaeryeong! OMMA!!" Jerit chaeyeon kuat namun tidak dipedulikan. Bajunya sudah basah kuyup akibat hujan yang masih lebat membasahi bumi. Puan Lee tidak mempedulikan anak sulungnya itu alu terus menutup pintu rumah. Meraung-raung chaeyeon meminta ommanya membuka pintu.
" Omma... Jangan buat kakak macam ni.. Kakak tak bunuh adik omma.. Adik korbankan diri sebab nak selamatkan kakak.. Bukan kakak bunuh adik..." Chaeyeon menjerit sambil emngetuk-ngetuk pintu rumah itu. Adiknya chaemin dan chaeryeong meninggal dunia ketika sedang bermain pantai bersama-samanya. Mereka tak sedar air terlampau deras ketika itu sehingga ombak membawa chaemin ke tengah laut. Dia yang nak cuba selamatkan chaemin tiba-tiba cramp. Jadi, chaeryeong yang juga tahu berenang selamatkan dia dulu dan pergi cari chaemin. Namun, hampir 2 jam chaeryeog atau chaemin langsung tak muncul menyebabkan ibu mereka menelefon polis. Mayat mereka ditemui berpelukan tak jauh dari tempat mereka hanyut. Sejak kejadian itu, ibu mereka menghadapi depress teruk lebih-lebih lagi apabila Tuan lee berkahwin dengan perempuan lain.
" Kau pergi dari sini anak tak guna! Jangan panggil aku ibu kau lagi! Aku takde anak pembunuh macam kau!" Balas puan lee semula. Chaeyeon takde pilihan lain selain pergi je dari situ. Kalau dia merayu sekalipun, ibunya tetap takkan bukakan pintu untuk dia. Dia berjalan meredah hujan dengan berkaki ayam sehingga tiba di sebuah bus stop. Perlahan-lahan dia duduk di kerusi yang disediakan.
" Kenapa omma buat macam ni kat kakak? Kakak tak bunuh adik-adik..." Tangis chaeyeon perlahan sambil meraup mukanya. Kepalanya tiba-tiab pening. Dia cuba berdiri namun terhuyung-hayang dan tanpa menunggu masa dia jatuh sebelum visinya gelap.
-------
Han p.o.v
" Hyung! Stop kat sini! Han nampak perempuan kat depan tu tadi." Arah han pada pemandunya. Lelaki itu terus menghentikan kereta itu. Tanpa menggunakan payung, han terus keluar mendekati perempuan itu. Terkejut dia melihat gadis itu.
" Chaeyeon. Kenapa ni? Adui.. Pengsan lah pulak. Panas gila badan..." Tanpa melengahkan masa, han terus mengangkat chaeyeon ke keretanya. Pintu kereta dihempas kuat sebelum dia berkata,
" Hyung jalan hyung. Bawa ke mansion aku. Nanti aku call Dr. Kim." Arah han. Lelaki itu mengikut arahan han. Han mengambil sehelai tuala kecil dalam keretanya sebelum mengelap muka chaeyeon. Macam mana tuala boleh ada dalam kereta han ni? Telefon dicapai sebelum dia mendail nombor seseorang.
" Helo doktor kim. Ada emergency. Kawan han pengsan ni. Badan dia panas. Mansion han tau. Jangan datang ke mansion omma dengan appa, mati han kena soal nanti. Okey, thanks ahjussi." Han tersenyum sebaik sahaja menamatkan panggilan namun mukanya bertukar muram sebaik sahaja melihat chaeyeon yang masih tak sedarkan diri di pangkuannya.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
THE HEALER MAFIA
РазноеIZONE BERSAHABAT BAIK DENGAN STRAY KIDS TANPA MENGETAHUI IDENTITI SEBENAR STRAY KIDS. MEREKA MENGANGGAP STRAY KIDS ADALAH PEAJAR YANG BIASA-BIASA JE SAMA MACAM MEREKA. NAMUN, SUATU HARI RAHSIA TERBESAR STRAY KIDS TERBONGKAR. BUKAN ITU SAHAJA, RAHSIA...