Yuri p.o.v
" Aku kat mana ni?" Yuri memegang kepalanya yang sakit. Dia memandang sekeliling bilik mewah itu. Dia baru teringat kejadian semalam. Hyunjin bawa aku ke sini ke lepas aku tertidur dalam kereta dia semalam? Aku ingat dia hantar aku balik ke rumah appa semula. Yuri bangun dari katil itu dan membuka pintu. Dia berjalan-jalan di rumah besar itu sehingga tiba di dapur dan seseorang menegurnya.
" Cik yuri dah bangun.. Semalam tidur lena?" Tanya seorang wanita kelihatan sedikit berumur. Yuri berkerut. Dia tak kenal perempuan ni. Siapa? Ibu hyunjin ke?
" Ahjumma lupa nak perkenalkan diri. Kamu boleh panggil ahjumma choi je. Nak panggil omma pun boleh. Ahjumma tak kisah. Ahjumma pembantu rumah hyunjin.. Duduklah dulu sementara ahjumma siapkan sarapan." Kata ahjumma choi dengan senyuman. Yuri hanya mengikut arahan walaupun dia masih blur. Tiba-tiba, ada satu tangan mengusap rambut dia.
" Lena tidur semalam?" Tanya pemilik tangan itu. Hyunjin rupanya.. Dia duduk di depan yuri sebelum menuang teh ke dalam cawannya dan cawan yuri.
" Lena.. Sampai pagi ni baru sedar. Saya ingat awak hantar saya ke rumah appa saya balik.." Balas yuri semula. Hyunjin tersenyum manis.
" Tak mungkin saya hantar awak balik lepas saya tengok apa yang dia buat yuri.. Saya jaga awak mulai sekarang. Jangan risau. Dia takkan jumpa awak lagi." Hyunjin menerangkan tentang rancangannya kepada yuri.
" Tapi, kalau saya ke sekolah nanti, mesti dia akan jumpa kat sekolah. Macam mana? Dia tau kat mana sekolah saya.." Balas yuri pula. Ahjumma choi menghidangkan sarapan pagi pada pagi itu. Sarapannya ialah bijiran dan wafel coklat.
" Omma tak makan sekali ke?" Tanya yuri polos. Ahjumma choi menggeleng sebelum ke dapur semula. Yuri memandang hyunjin untuk jawapan soalannya tadi.
" Oh pasal tu, awak tak payah risau. Saya dah tukar awak sekolah. Awak akan masuk sekolah lain. Sayang betul takde orang tau awak pindah.. Lepas ni kita beli baju awak dan segalanya barang awak." Ajak hyunjin. Yuri hanya mengangguk sebelum menikmati sarapan.
-------
Rumah yena,
Changbin p.o.v
" Selamat datang tuan changbin. Appa kamu tak datang sekali?" Tanya tuan choi ramah. Changbin menggeleng sebelum selambanya dia duduk di sofa di ruang tamu. Dia memetik jarinya dan seorang anak buahnya datang dengan dua beg bimbit.
" Ni dadah yang pak cik minta kat appa saya. Harga semuanya 5 juta won." Dua beg bimbit dibuka dan diletakkan di atas meja. Tuan choi tersenyum dan menyuruh anak buahnya mengambil duit di dalam sebuah beg.
" Saya tak perlukan duit pak cik. Apa yang saya nak hanya anak perempuan pak cik. Choi yena." Kata changbin tenang. Appa dia langsung tak tahu tentang ini. Dia hanya kata dia nak dapat rasa perasaan menghantar permintaan pelanggan mereka pasal dadah ni je.
" Yena? Tuan tunggu kejap. Saya bawa budak tu.." Tuan choi meghilang naik ke tingkat atas. Changbin memandang ke arah tangga walaupun tuan choi dah hilang.
Yena p.o.v
" CHOI YENA!" Cermin mata yang dipakai yena hampir terjatuh dari hidungnya. Dia memandang ke belakang dan ternampak appanya berdiri. Dia hanya memandang toya sebelum appanya menarik tangannya turun ke bawah. Sebelum mereka tiba di bawah, appanua sempat masuk dalam bilik ibunya dan mengambil segala dokumen sulit yena. Yena yang pelik melihat saja dan ikut sehingga dia ternampak changbin di ruang tamu bersama dua beg bimbit dadah.
" Changbin..." Dia bersuara perlahan memandang lelaki yang relak di sofa rumahnya. Changbin mungkin terdengar dan tersenyum sinis.
" Ini anak saya choi yena. Tuan boleh ambil dia. Yena, mulai sekarang kamu duduk dengan lelaki ni. Jangan balik rumah lagi." Arah tuan choi. Salah seorang anak buah changbin menggenggam tangan yena erat. Yena memberontak.
" Appa jual yena dekat lelaki pelik ni? YAH! Jangan pegang aku! UMPH!!" Mulut yena ditutup dengan sehelai sapu tangan yang mempunyai klorofom dan sekelip mata dia pengsan. Yena diangkat dan diletakkan di dalam kereta.
" Terima kasih pak cik. Saya ambil ni sekali." Changbin masuk ke dalam keretanya bersama dokumen meklumat yena. Dia tergelak sinis sebelum kereta itu beredar dari kawasan perumahan yena.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
THE HEALER MAFIA
RandomIZONE BERSAHABAT BAIK DENGAN STRAY KIDS TANPA MENGETAHUI IDENTITI SEBENAR STRAY KIDS. MEREKA MENGANGGAP STRAY KIDS ADALAH PEAJAR YANG BIASA-BIASA JE SAMA MACAM MEREKA. NAMUN, SUATU HARI RAHSIA TERBESAR STRAY KIDS TERBONGKAR. BUKAN ITU SAHAJA, RAHSIA...