Chan p.o.v
" Sini pegang tangan saya. Jangan jauh-jauh dari saya... Susah kalau awak kena culik nanti..." Arah Chan perlahan. Eunbi mmegang lembut tangan Chan yang dihulurkan kepadanya. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam Mansion mewah itu selepas kedua-duanya menggenggam tangan pasangan masing-masing. Ada beberapa mata memandangnya kemudian berbisik-bisik membuatkan Eunbi rasa tak selesa. Dia cuba nak meleraikan genggaman Chan namun lelaki itu masih erat memegang tangannya.
" Awak malu ke, Eun? Jangan malu... Mereka berbisik sebab kata awak bertuah dapat lelaki macam saya... Mereka tak kutuk awak sebab awak nampak sangat cantik malam ni..." Bisik Chan perlahan di telinga gadis itu. Eunbi tergelak kecil dan menepuk bahu lelaki itu dengan perlahan. Chan hanya tersenyum. Gembira dapat buat Eunbi tersenyum.
" CHRIS!" Suara seorang perempuan memanggil Chan dari belakang membuatkan dua kepala itu melihat ke belakang. Seorang perempuan memakai gaun panjang bewarna putih dan seorang lelaki memakai tuksedo putih melambai ke arah mereka berdua. Chan tersenyum memandang kedua-duanya sebelum menarik Eunbi mendekati mereka.
" Nasib datang... Soyeon baru nak merajuk sebab kau tak datang tadi..." Kata lelaki itu perlahan sebelum memandang ke perempuan di sebelahnya. Bahunya ditepuk perlahan oleh perempuan bernama Soyeon itu.
" Kau dengarlah cakap si Hongjoong ni. Mengarut je dia ni... Btw, majlis kali ni kau tak seorang diri macam selalu. Siapa ni? Kekasih kau ke?" Soyeon memandang ke Eunbi sebelum tersenyum kecil. Eunbi hanya membalas dengan senyuman kecil juga.
" Kau rasa siapa? Eun, ni kawan saya. Soyeon dan Hongjoong. Diaorang ni nampak je macam musuh tapi dua-dua dah kahwin. Kita datang majlis ni sempena anniversary diaorang kedua dan satu lagi sebab saya tak tahu. Mereka masih rahsiakan. Korang, Ni Eunbi. Korang ada otak kan? Fikirlah sendiri siapa dia ye..." Kata Chan. Soyeon mencebik dan Hongjoong hanya tergelak kecil.
" Itulah... Datang lambat lagi. Kan dah tak tahu climax majlis ni. Tadi, baru kitaorang umumkan. Kitaorang akan jadi ibu bapa tak lama lagi..." Kata Soyeon perlahan. Chan mengangguk faham.
" Oh, tahniah... Kejap. Korang jadi ibu bapa? Maksudnya, Soyeon, kau mengandung?" Soyeon menjulingkan mata menyampah sambil masih lagi mencebik melihat Chan lambat menangkap maksud yang dikatakan oleh Hongjoong.
YOU ARE READING
THE HEALER MAFIA
SonstigesIZONE BERSAHABAT BAIK DENGAN STRAY KIDS TANPA MENGETAHUI IDENTITI SEBENAR STRAY KIDS. MEREKA MENGANGGAP STRAY KIDS ADALAH PEAJAR YANG BIASA-BIASA JE SAMA MACAM MEREKA. NAMUN, SUATU HARI RAHSIA TERBESAR STRAY KIDS TERBONGKAR. BUKAN ITU SAHAJA, RAHSIA...